SEMAK PLKN SIRI 2026 : TERPILIH ATAU TIDAK SEBAGAI PESERTA

SEMAK PLKN SIRI 2026 : TERPILIH ATAU TIDAK SEBAGAI PESERTA

Terkini! Terdapat penambahan kuota untuk peserta PLKN 3.0 SIRI 2/2026 susulan penggunaan Kem baharu, yang boleh memuatkan seramai 600 peserta. Semakan peserta PLKN 3.0 SIRI 2/2026 juga turut dibuka, dan peserta yang terpilih boleh membuat pengesahan dengan kadar segara sebelum ditutup.

Bagaimanakah semak plkn siri 2026? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BAYARAN SYUKUR FASA 1 2026 : SEMAK MAKLUMAT BAYARAN

SYARAT KELAYAKAN PESERTA PLKN SIRI 2026

Kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Calon berusia tidak kurang dari 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh pendaftaran;
  • Kelahiran tahun 2008;
  • Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
  • Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini.

TEMPOH PENGESAHAN PESERTA PLKN

Semakan dan pengesahan pengambilan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) Siri 2 tahun 2026, bagi warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2008 di buka bermula :

TARIKH BUKA SEMAKAN / PENGESAHANTARIKH TUTUP SEMAKAN / PENGESAHAN
15 Mac 2026 (Ahad)3 April 2026 (Jumaat)

JADUAL KEMASUKAN PLKN SIRI 2026

Pelaksanaan Latihan PLKN 2026, dijadualkan akan berlangsung seperti ketetapan berikut :

SIRI LATIHANTARIKH PROGRAM
SIRI 1/202617 Januari – 02 Mac 2026
(45 Hari)
SIRI 2/202625 April – 08 Jun 2026
(45 Hari)
SIRI 3/202611 Julai – 24 Ogos 2026
(45 Hari)
SIRI 4/202603 Oktober – 16 Nov 2026
(45 Hari)

LOKASI LATIHAN PLKN SIRI 2026

Terdapat beberapa lokasi yang dilaksanakan untuk PLKN SIRI 2/2026 iaitu :

  • Kem Rejimen 515 Askar Wataniah (AW), Kuala Lumpur;
  • Kem Rejimen 505 Askar Wataniah (AW), Pekan Pahang;
  • Kem MALBATT Village di Port Dickson, Negeri Sembilan.

SEMAK STATUS KELAYAKAN PESERTA PLKN 2026

Status tawaran Pelatih PLKN 3.0 Siri 2/2026 boleh disemak secara online di Sistem e-PLKN seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi e-PLKN di : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
  2. Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
  4. Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
  5. Kemudian, Klik [Semak]
  6. Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
  7. Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar: [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0].
  8. Kemudian, klik butang [Daftar] untuk boleh membuat pengesahan kehadiran.
  9. Ikuti proses pendaftaran Sistem yang ditetapkan, kemudian Log Masuk ke dalam Sistem untuk Sahkan kehadiran.
  10. Selesai.

Setelah selesai membuat semakan tawaran, pelatih yang telah terpilih dikehendaki membuat pengesahan kehadiran dengan segera selewat-lewatnya pada 3 April 2026 (Sabtu) agar proses pendaftaran dan urusan pentadbiran berjalan lancar.

Pelatih juga boleh ujuk panduan Manual yang disediakan untuk pengesahan kehadiran : https://plkn.mod.gov.my/Downloads/manual-pengguna-pelatih.pdf

DOKUMEN LAPOR DIRI PLKN

Semasa melapor diri, berikut beberapa dokumen yang wajib disediakan oleh pelatih, antaranya :

  • Surat tawaran / surat melapor diri;
  • Tiga (3) Salinan Kad pengenalan;
  • Slip pengesahan Akaun Bank (atas nama sendiri);
  • Borang Perakuan Kesihatan;
  • Borang pemeriksaan kesihatan (jika ada);

INFO TAMBAHAN PLKN SIRI 2026

Berikut merupakan beberapa maklumat penting yang perlu yang perlu diingatkan oleh para pelatih, antaranya :

  • Tempoh PLKN adalah selama 45 hari;
  • Elaun harian sebanyak RM8 digantikan dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
  • Kehadiran pelatih yang terpilih adalah DIWAJIBKAN;
  • Kegagalan untuk melapor diri tanpa alasan yang munasabah akan dianggap sebagai ingkar arahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah peruntukan sedia ada di bawah Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara.

RUJUKAN LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://jlkn.mod.gov.my/

Leave a Comment