BANTUAN BULANAN JKM 2026 : SEMAK SENARAI, JUMLAH & KELAYAKAN PENERIMA

BANTUAN BULANAN JKM 2026 : SEMAK SENARAI, JUMLAH & KELAYAKAN PENERIMA

Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan pelbagai bentuk Bantuan Bulanan yang khusus untuk membantu rakyat-rakyat yang memerlukan sokongan kewangan untuk kelangsungan hidup sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah semakan Bantuan Bulanan JKM? Ikuti maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI RAYA AIDILFITRI – SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA 2026

TUJUAN PEMBERIAN BANTUAN BULANAN JKM

Antara tujuan utama pemberian Bantuan Bulanan oleh JKM adalah untuk :

  • Meringankan beban kewangan untuk menampung kos keperluan asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal.
  • Memberikan sokongan kepada golongan memerlukan seperti warga emas, orang kurang upaya (OKU), kanak-kanak, ibu / bapa tunggal dan keluarga miskin.
  • Meningkatkan kesejahteraan hidup supaya penerima hidup lebih selamat dan sihat dengan bantuan yang diterima.

SENARAI BANTUAN BULANAN JKM 2026

Terdapat beberapa jenis Bantuan Bulanan yang sediakan oleh JKM, antaranya adalah termasuk :

  • Bantuan Kanak-kanak (BKK) :
    • Untuk keluarga / penjaga kepada kanak-kanak yang tiada / kehilangan penjaga supaya dapat terus tinggal bersama keluarga dan meneruskan kelangsungan hidup.
  • Elaun Pekerja Orang Kurang Upaya (EPOKU) :
    • Sebagai inisiatif kepada pekerja OKU supaya dapat terus bekerja dan mempu berdikari.
  • Bantuan Orang Kurang Upaya (BTB) :
    • Untuk membantu OKU yang tidak berupaya bekerja dan supaya dapat terus tinggal bersama bekerja.
  • Bantuan Penjagaan Orang Kurang Upaya Terlantar / Pesakit Kronik Terlantar dan Pesakit Kronik Tidak Terlantar (BPT) :
    • Mengekalkan pesakit terlantar / OKU terlantar / pesakit kronik tidak terlantar hidup (untuk menggalakkan keluarga / penjaga untuk terus menjaga).
  • Bantuan Warga Emas (BWE) :
    • Supaya dapat meneruskan kelangsungan kehidupan untuk warga emas yang memerlukan.
  • Bantuan Am Persekutuan (BA) :
    • Untuk membantu individu / keluarga yang kurang berkemampuan dan berkeperluan serta menetap di Wilayah Persekutuan supaya dapat meneruskan kelangsungan hidup.
  • Bantuan Anak Pelihara (BAP) :
    • Bagi ibu / bapa atau penjaga yang memelihara anak kurang bernasib baik seperti yatim / yatim piatu, tidak mempunyai saudara-mara supaya terus dapat dijaga seperti anak sendiri.
  • Bantuan Latihan Perantis (BLP) :
    • Membantu klien Jabatan / anak-anak penerima bantuan yang tercicir daripada persekolahan dan menganggur serta bekas pelatih / bekas penghuni institusi kebajikan atau memdapatkan latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja di mana-mana agensi atau syarikat atau mengikuti latihan praktikal di JKM.

JUMLAH BAYARAN BANTUAN BULANAN JKM

Setiap jenis Bantuan Bulanan yang sediakan oleh JKM, dibayar dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :

JENIS BANTUANJUMLAH BAYARAN
Bantuan Kanak-Kanak
(BKK)
RM250 sebulan
(seorang umur 6 tahun
ke bawah)

RM200 sebulan
(seorang umur 7 tahun –
18 tahun)
atau
RM1,000 sebulan
(maksimum sekeluarga)
Elaun Pekerja Orang
Kurang Upaya (EPOKU)
RM450 sebulan seorang
Bantuan Orang Kurang
Upaya (BTB)
RM300 sebulan seorang
Bantuan Penjagaan Orang
Kurang Upaya Terlantar /
Pesakit Kronik
Terlantar dan Pesakit Kronik
Tidak Terlantar (BPT)
RM500 sebulan seorang
Bantuan Warga Emas (BWE)RM600 sebulan seorang
Bantuan Am Persekutuan (BA)RM150 (minimum seorang)
sehingga
RM500 (maksimum sekeluarga)
Bantuan Anak Pelihara (BAP)RM250 sebulan seorang anak
atau
RM500 sebulan sekeluarga
Bantuan Latihan Perantis (BLP)RM200 sebulan seorang

SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN BULANAN JKM

Bagi yang telah kemukakan permohonan salah satu Bantuan Bulanan JKM, status kelayakan sebagai penerima boleh disemak secara online seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan semakan rasmi JKM di sini : https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama portal rasmi JKM.
  3. Kemudian, klik pada [eBantuanJKM].
  4. Pada laman tersebut, sila klik pada [Semakan Status Permohonan Atas Talian].
  5. Masukkan nombor kad pengenalan pemohon pada ruangan No.MyKad.
  6. Klik pada butang [Semak].
  7. Status penerima Bantuan Bulanan akan dipaparkan.
  8. Selesai.

MAKLUMAT LANJUT

Segala maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah untuk mudahkan carian pengguna. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan Bulanan JKM, sila rujuk pihak berwajib JKM seperti berikut :

  • Talian JKM : 03 – 8000 8000
  • Faks : 03 – 8323 2045

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.jkm.gov.my/main/submenu/skimbantuankebajikan?menu=Skim%20Bantuan%20Kebajikan.

Leave a Comment