SKAS 2026 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARAWAK
Kerajaan Negeri Sarawak memperuntukan sebanyak RM539.8 juta Bantuan SKAS untuk diagihkan kepada seramai lebih 857,814 juta rakyat Sarawak dari pelbagai kategori seperti isi rumah, warga emas dan bujang yang layak.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima bayaran Bantuan SKAS Sarawak? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di sini.
BACA JUGA : SEMAK STATUS MYKASIH NET – KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BULANAN 2026
APA ITU BANTUAN SKAS?
Bantuan SKAS adalah singkatan daripada Sumbangan Keperluan Asas Sarawak yang merupakan sebuah inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Sarawak khas diberikan kepada rakyat Sarawak yang layak untuk menampung kos perbelanjaan barang keperluan asas harian.
KADAR BAYARAN BANTUAN SKAS 2026
Pembayaran Bantuan SKAS diberikan dengan kadar yang berbeza bermula RM300 sehingga RM950 bergantung kepada kategori penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| Bujang | RM300 |
| Warga Emas Tiada Pasangan | RM500 |
| Isi Rumah | RM950 |
JADUAL BAYARAN BANTUAN SKAS 2026
Namun, daripada jumlah tersebut, Kerajaan Negeri Sarawak akan agihkan bayaran Bantuan SKAS secara ansur berperingkat dari fasa ke fasa mengikut tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 1 | 10 Mac 2026 (Selasa) |
| Fasa 2 | 15 Mei 2026 (Jumaat) |
| Fasa 3 | 10 November 2026 (Selasa) |
PLATFORM BAYARAN BANTUAN SKAS 2026
Bagi memudahkan rakyat Sarawak menerima Bantuan SKAS, Kerajaan Negeri Sarawak menetapkan hanya satu (1) sahaja platform bayaran yang mudah, iaitu melalui :
| JENIS BAYARAN | PLATFORM |
|---|---|
| Bayaran secara pengkreditan tanpa tunai (baucar digital) | Aplikasi S Pay Global (e-Wallet) |
SKAS 2026 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN
Status kelayakan sebagai penerima Bantuan SKAS boleh disemak secara online melalui Portal Rasmi SKAS Sarawak seperti berikut :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| SKAS Sarawak | https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/ |
- Layari pautan Portal Rasmi SKAS Sarawak (di atas 👆).
- Halaman utama SKAS Sarawak akan dipaparkan.
- Layarkan skrin ke bahagian bawah.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- Tanpa tanda sempang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh : 990230112345.
- Tanpa tanda sempang (-) dan tanpa <jarak>.
- Klik pada butang [Cari].
- Status kelayakan sebagai penerima Bantuan SKAS akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT
Untuk ketahui maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan SKAS Sarawak, sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel yang rasmi seperti di bawah :
- Pusat Talikhidmat : +6082-555999
- E-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/.