BANTUAN RAYA 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA (RM500)
Sebagai penghargaan kepada rakyat Malaysia, Perdana Menteri mengumumkan pemberian bonus melalui Bantuan Kewangan Khas (BKK) kepada semua penjawat awam dan pesara di Malaysia yang akan disalurkan sempena persiapan sambutan Hari Raya Aidilfitri,
Bagaimanakah semakan kelayakan bantuan raya 2026? Ikuti info lanjut disini.
BANTUAN RAYA 2026
Sempena persediaan sambutan hari raya Aidilfitri, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan Bantuan Khas Kewangan (BKK) atau bonus hari raya kepada pekerja lantikan kerajaan dalam sektor perkhidmatan awam (Penjawat Awam dan Pesara) termasuk kontrak.
Bantuan Hari Raya (BKK) dilaksanakan seperti berikut :
- Pemberian BKK kepada Pegawai Awam Gred 15 dan ke bawah, dan pegawai/ kakitangan lantikan kontrak;
- Pemberian BKK kepada pesara Kerajaan, veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
- Pemberian BKK ini akan dikecualikan daripada cukai pendapatan selaras dengan peruntukan di bawah subseksyen 127(3A) Akta Cukai Pendapatan 1967.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RAYA 2026
Bantuan Khas Kewangan (BKK) akan diberikan kepada individu yang menepati syarat kelayakan di bawah :
- Pegawai Perkhidmatan Awam, Gred 15 dan ke bawah atau setara :
- Pegawai lantikan tetap, sementara dan lantikan kontrak [Contract of Service (COS) dan Pekerja Sambilan Harian];
- Pegawai yang bercuti bergaji penuh;
- Pegawai yang bercuti separuh gaji;
- Pegawai yang bercuti tanpa gaji; dan
- Pegawai yang dipinjamkan termasuk ke agensi yang diasingkan pengurusan saraannya, yang mana BKK ini akan dibayar oleh agensi yang meminjam pegawai berkenaan.
- Personel mystep yang masih berkhidmat;
- Guru interim;
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh pegawai Gred Utama B dan ke atas serta Gred Khas A dan ke atas yang layak pemandu tetapi tidak disediakan pemandu oleh jabatannya; dan
- Pemandu yang dilantik sendiri oleh Anggota Pentadbiran, Hakim dan Pesuruhjaya Kehakiman.
Pesara Kerajaan - Veteran berpencen dan veteran tidak berpencen dengan bayaran sebanyak RM250.
JUMLAH & TARIKH PENYALURAN BANTUAN RAYA 2026
Bantuan Khas Kewangan Kerajaan (BKK) dilaksanakan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|---|
| Penjawat Awam (Gred 15 dan ke bawah termasuk pegawai/kakitangan lantikan kontrak) | RM500 | 13 Mac 2026 |
| Pesara Kerajaan Berpencen & Tidak Berpencen | RM250 | 13 Mac 2026 |
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Khas Kewangan (Penjawat Awam & Pesara) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian JPA : 03 8000 8000
- Laman Web Rasmi Jabatan Perkhidmatan Awam : https://www.jpa.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.jpa.gov.my/perkhidmatan/surat-edaran/surat-edaran-pemberian-bantuan-khas-kewangan-tahun-2026