PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM50 MINIMUM)
Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah menambah satu (1) lagi jenis akaun simpanan yang membolehkan ahli untuk membuat pengeluaran setiap masa / pada bila-bila masa bagi tujuan tertentu dengan kadar minimum sebanyak RM50 sekali pengeluaran.
Bagaimanakah cara check status dan pengeluaran KWSP setiap masa? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN SARAWAK – SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS (SKAS)
APA ITU PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA?
Akaun KWSP yang menyediakan pengeluaran setiap masa adalah merupakan Akaun Fleksibel iaitu Akaun Tiga (3) yang dapat memudahkan ahli untuk mengakses simpanan pada bila-bila masa bagi keperluan kecemasan atau keperluan dengan kadar segera.
SYARAT-SYARAT PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA
Namun, untuk pengeluaran wang simpanan KWSP setiap masa ini hanya diluluskan kepada ahli yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN AHLI |
|---|---|
| Warganegara | Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara |
| Had Umur | Belum mencapai umur 55 tahun |
| Status Simpanan | Mempunyai simpanan dalam Akaun Fleksibel |
| Kadar Pengeluaran | Pengeluaran sekurang-kurangnya RM50 untuk setiap transaksi pengeluaran |
HAD PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA 2026
Setiap ahli sama ada Warganegara Malaysia atau Bukan Warganegara ditetapkan had pengeluaran KWSP setiap masa seperti berikut :
| WARGANEGARA | HAD MINIMUM | HAD MAKSIMUM |
|---|---|---|
| Warganegara Malaysia | RM50 (melalui i-Akaun tanpa perlu hadir ke pejabat KWSP) | RM3,000 hingga RM30,000 atau lebih (perlu hadir ke pejabat KWSP) |
| Bukan Warganegara | RM50 (perlu hadir ke pejabat KWSP) | RM3,000 hingga RM30,000 atau lebih (perlu hadir ke pejabat KWSP) |
KAEDAH BAYARAN KWSP SETIAP MASA 2026
Bayaran bagi pengeluaran KWSP dari Akaun 3 (Fleksibel) adalah secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank ahli yang lulus permohonan dan akaun bank mestilah didaftarkan atas nama ahli sendiri dan bukan akaun bank bersama / syarikat atau atas nama orang lain.
*Bagi ahli yang tidak mempunyai akaun bank hendaklah membuka akaun bank sebelum membuat permohonan pengeluaran.
PENGELUARAN KWSP SETIAP MASA 2026
Ahli yang berkelayakan serta ingin membuat pengeluaran KWSP dari akaun 3 (Fleksibel) setiap masa, boleh buat pengeluaran melalui tiga (3) saluran, iaitu :
- Aplikasi KWSP i-Akaun; atau
- Laman Web Rasmi KWSP; atau
- Pejabat KWSP terdekat.
Bagi yang ingin membuat pengeluaran secara atas talian dengan jumlah di bawah RM3,000, ikuti cara pengeluaran di bawah :
- Layari laman web rasmi KWSP https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login atau buka apliksi KWSP i-Akaun dalam telefon pintar anda.
- Log Masuk i-Akaun sedia ada anda.
- Pergi ke bahagian [Pengeluaran].
- Klik pada butang [Fleksibel].
- Masukkan Kata Laluan anda.
- Klik pada butang [Teruskan].
- Layarkan skrin ke bawah dan klik [Keluarkan Simpanan].
- Terus klik pada butang [Ok].
- Masukkan jumlah amaun yang anda ingin keluarkan (minimum RM50).
- Klik pada butang [Teruskan].
- Pilih akaun bank anda (pastikan atas nama sendiri).
- Klik pada butang [Hantar].
- Permohonan pengeluaran akan diproses oleh KWSP.
- Selesai.
*Jika diluluskan, wang akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam masa tiga (3) ke tujuh (7) hari bekerja.
RUJUKAN LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Pengeluaran KWSP, sila rujuk pihak berwajib KWSP melalui talian atau laman web rasmi seperti yang tertera di bawah :
- Pusat Talian Khidmat Pelanggan KWSP : 03-8922 6000
- (Waktu operasi : Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang).
- Laman Web Rasmi KWSP : https://www.kwsp.gov.my/ms/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-akaun-fleksibel.