PENGELUARAN KWSP TERKINI 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENGELUARAN AKAUN 1 & 2 & 3

PENGELUARAN KWSP TERKINI 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK PENGELUARAN AKAUN 1 & 2 & 3

Pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) boleh mempertimbangkan pengeluaran simpanan oleh ahli dari akaun 1, 2 dan 3 bagi kes tertentu yang mendesak meskipun di luar syarat dan kaedah sedia ada yang ditetapkan.

Bagaimanakah semakan status kelayakan dan pengeluaran KWSP terkini? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : CARA SEMAK STR – STATUS BAYARAN FASA 2 2026

PENGENALAN AKAUN KWSP TERKINI 2026

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyediakan tiga (3) jenis akaun iaitu akaun 1, 2 dan 3 yang mana setiap caruman dibahagikan kepada tiga (3) untuk kegunaan tertentu seperti :

  1. Akaun 1 (Akaun Persaraan) :
    • Caruman sebanyak 75% dimasukkan ke akaun 1 untuk hari persaraan dan boleh dikeluarkan apabila mencapai umur 55 dan 60 tahun.
  2. Akaun 2 (Akaun Sejahtera) :
    • Caruman sebanyak 15% dimasukkan ke akaun 2 untuk tujuan tertentu seperti pendidikan, beli rumah, perubatan dan sebagainya.
  3. Akaun 3 (Akaun Fleksibel) :
    • Caruman sebanyak 10% dimasukkan ke akaun 3 yang boleh dikeluarkan pada bila-bila masa jika berkeperluan mendesak.

*Contoh kiraan caruman dimasukkan ke dalam akaun KWSP ahli sebanyak RM1,000 dari gaji :

JENIS AKAUNKADAR CARUMAN
Akaun 1
(Persaraan)
RM750
Akaun 2
(Sejahtera)
RM150
Akaun 3
(Fleksibel)
RM100

CARA PENGELUARAN KWSP AKAUN 1 TERKINI 2026

Bagi ahli yang telah mencapai umur 55 tahun atau lebih, boleh membuat pengeluaran wang KWSP dari akaun 1 mengikut cara seperti berikut :

  1. Log masuk ke KWSP i-Akaun di : https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login atau melalui aplikasi i-Akaun yang telah anda muat turun.
  2. Log Masuk ke akaun sedia ada anda.
  3. Klik pada butang [Pengeluaran].
  4. Pilih jenis pengeluaran [Akaun 1 Persaraan].
  5. Isi maklumat permohonan KWSP yang diperlukan secara online.
  6. Muat naik dokumen sokongan yang diperlukan seperti Kad Pengenalan.
  7. Klik pada butang [Hantar].
  8. Permohonan pengeluaran akan diproses oleh pihak KWSP.
  9. Selesai.

*Wang simpanan KWSP akan dimasukkan dalam 5 hingga ke 7 hari berkerja jika lulus.

CARA-CARA PENGELUARAN KWSP AKAUN 2 2026

Untuk akaun 2 (Sejahtera) pula terdapat banyak jenis pengeluaran yang dibolehkan untuk ahli yang memerlukan seperti berikut :

  • Pembelian Rumah.
  • Pendidikan.
  • Kesihatan.
  • Mencapai Umur 50 Tahun.
  1. Pergi ke KWSP i-Akaun https://iakaun.kwsp.gov.my/portal/member/login atau dalam aplikasi i-Akaun.
  2. Sila log masuk akaun sedia ada anda.
  3. Klik pada bahagian [Pengeluaran].
  4. Pilih jenis pengeluaran [Akaun 2 Sejahtera].
    • Pilih menu pengeluaran yang anda perlukan.
  5. Isi maklumat permohonan pengeluaran.
  6. Sertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan.
  7. Klik pada butang [Hantar].
  8. Permohonan pengeluaran akan diproses dan diluluskan oleh pihak KWSP.
  9. Selesai.

PENGELUARAN KWSP AKAUN 3 TERKINI 2026

Bagi ahli yang mempunyai wang simpanan dalam akaun 3 (fleksibel) pula boleh buat pengeluaran pada bila-bila masa sahaja jika perlu. Ikuti panduan pengeluaran yang mudah seperti berikut :

  1. Buka aplikasi KWSP i-Akaun dalam telefon pintar anda.
  2. Log Masuk ke akaun sedia ada anda.
  3. Pergi ke bahagian [Pengeluaran].
  4. Klik pada butang [Keluarkan simpanan anda].
  5. Pilih menu [Akaun Fleksibel].
  6. Layarkan skrin ke bawah dan klik [Keluarkan Simpanan].
  7. Klik pada butang [Ok].
  8. Masukkan jumlah pengeluaran yang anda perlukan mengikut baki yang ada.
  9. Klik pada butang [Teruskan].
  10. Permohonan pengeluaran akan diproses dan diluluskan oleh pihak KWSP.
  11. Selesai.

*Wang akan dimasukkan ke dalam akaun bank anda dalam masa 3 ke 5 hari bekerja.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan Pengeluaran KWSP, pihak tuan / puan boleh kunjungi Pejabat atau cawangan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang terdekat di negeri masing-masing atau hubungi talian berikut :

  • Talian Pusat Khidmat Pelanggan KWSP : 03 8922 6000
    • (Waktu operasi Isnin – Jumaat, 8:00 pagi – 5:00 petang).

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.kwsp.gov.my/ms/ahli/fasa-kehidupan/pengeluaran-umur-55-60.

Leave a Comment