SEMAK BANTUAN RAYA AIDILFITRI – STATUS KELAYAKAN PENERIMA

SEMAK BANTUAN RAYA AIDILFITRI – STATUS KELAYAKAN PENERIMA

Tidak lebih dari sembilan (9) hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri dan tentunya ramai yang telah sibuk membuat persiapan. Oleh itu, Kerajaan memperuntukan bantuan khas untuk disalurkan sebelum hari perayaan.

Bagaimanakah semak status kelayakan penerima Bantuan Raya Aidilfitri? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK SUMBANGAN TUNAI RAHMAH BAYARAN FASA 2 2026

APA ITU BANTUAN RAYA AIDILFITRI?

Kerajaan menyediakan dua (2) jenis Bantuan Raya Aidilfitri iaitu Bantuan Khas Kewangan (BKK) untuk penjawat awam serta pesara kerajaan dan juga Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 yang disalurkan sebelum perayaan untuk semua rakyat Malaysia yang merupakan golongan berpendapatan rendah B40 dan M40.

JUMLAH BANTUAN RAYA AIDILFITRI

Sebelum perayaan Aidilfitri, Kerajaan akan menyalurkan bantuan dengan jumlah yang mengikut kelayakan penerima, iaitu sebanyak berikut :

  • Bayaran Bantuan Khas Kewangan (BKK) Aidilfitri :
KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BANTUAN
Penjawat Awam
(Gred bawah 56, Kontrak
dan mySTEP)
RM500
Pesara / Veteran
(berpencen / tidak berpencen)
RM250
  • Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Aidilfitri :
KELAYAKAN PENERIMAJUMLAH BANTUAN
Isi Rumah B40RM200 hingga RM600
(tertakluk jumlah tanggungan)
Isi Rumah M40RM100 hingga RM300
(tertakluk jumlah tanggungan)
Warga EmasRM150

TARIKH BAYARAN BANTUAN RAYA AIDILFITRI

Pembayaran Bantuan Raya Aidilfitri (BKK dan STR) akan dilaksanakan sebelum Hari Raya, iaitu pada :

JENIS BANTUANTARIKH BAYARAN
Bantuan Khas Kewangan (BKK)
Aidilfitri
13 Mac 2026 (Jumaat)
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Aidilfitri
10 Mac 2026 (Selasa)
dan
berperingkat

SEMAK BANTUAN RAYA AIDILFITRI

Semua penjawat awam dan pesara tidak perlu membuat semakan status kelayakan kerana pasti akan menerima bayaran BKK tersebut. Namun, untuk penerima STR pula boleh buat semakan seperti berikut :

  1. Layari laman rasmi STR di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login.
  2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pemohon.
  3. Klik pada butang [Semak].
  4. Kata Kunci Keselamatan pemohon akan dipaparkan.
  5. Klik butang [Ya] jika betul.
  6. Masukkan Kata Laluan pengguna baharu yang sah.
  7. Klik pada butang [Log Masuk].
  8. Dashboard pemohon akan dipaparkan.
  9. Terus ke bahagian [Semakan Permohonan].
  10. Status kelayakan penerima STR Fasa 2 akan dipaparkan.
  11. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan berkaitan Bantuan Khas Kewangan (kepada penjawat awam) boleh rujuk kepada bahagian setiausaha perbendaharaan. Namun, untuk pertanyaan berkaitan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah STR), boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR : [email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami tidak pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mof.gov.my/portal/ms/berita/pengumuman/bantuan-khas-kewangan-aidilfitri-tahun-2026-kepada-individu-contract-for-service dan https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.

Leave a Comment