BANTUAN SKAS SARAWAK : SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAYARAN 2026

BANTUAN SKAS SARAWAK : SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAYARAN 2026

Pembayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) dilaksanakan setiap 4 bulan sekali (3 kali bayaran setahun) kepada rakyat Sarawak yang layak dengan kadar bermula RM300 hingga RM950 setahun.

Bagaimanakah semak status kelayakan dan bayaran Bantuan SKAS Sarawak? Ikuti panduan di bawah.

BACA JUGA : MY STR SEMAKAN STATUS BAYARAN FASA 2 2026

APA ITU BANTUAN SKAS SARAWAK?

Kerajaan Negeri Sarawak telah menyediakan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) khas untuk dibelanjakan bagi pembelian barangan makanan asas harian di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA SKAS SARAWAK

Berikut merupakan syarat kelayakan penerima Bantuan SKAS :

  • Kelayakan Umum :
    • Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus ‘K’.
    • Beralamat dan menetap di Sarawak.
    • Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026.
  • Kelayakan Setiap Kategori :
SYARATISI RUMAHWARGA EMASBUJANG
Status
Perkahwinan
Berkahwin
atau
Ibu / bapa
tunggal
(ada anak)
Bujang
atau
Balu / Duda /
Janda
(tiada anak)
Bujang
atau
Balu / Duda /
Janda
(tiada anak)
Pendapatan
Bulanan
Bawah
RM5,000
Bawah
RM5,000
Bawah
RM2,500
Had UmurTiada had60 tahun
dan
ke atas
21 hingga
59 tahun

JUMLAH BAYARAN BANTUAN SKAS SARAWAK

Setiap kategori akan menerima bayaran Bantuan SKAS sebanyak berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi RumahRM950
Warga EmasRM500
BujangRM300

CARA TERIMA BAYARAN BANTUAN SKAS SARAWAK

Bagi memudahkan rakyat Sarawak menerima Bantuan SKAS, Kerajaan menyediakan cara bayaran berikut :

CARA TERIMA BAYARANPLATFORM
Bayaran secara tanpa tunai
(baucar digital)
Aplikasi S Pay Global
(dalam e-Wallet)

SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SKAS SARAWAK

Status kelayakan sebagai penerima boleh disemak secara online seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi di sini : https://sarawak.gov.my/.
  2. Klik [Semak Kelayakan]
  3. Sila pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
  4. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda
  5. Seterusnya, klik butang [Teruskan].
  6. Klik pada [Akaun Individu].
  7. Masukkan nombor MyKad anda.
  8. Kemudian, klik [Carian].
  9. Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  10. Sekiranya layak, sila kemaskini maklumat S Pay Global anda.
  11. Selesai.

INFO LANJUT

Bagi yang ingin mengetahui informasi lebih lanjut berkaitan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan emel berikut :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/821/.

Leave a Comment