JUMLAH BANTUAN STR FASA 2 2026 AKAN DIBAYAR : SEMAK AMAUN BAYARAN YANG AKAN DITERIMA PEMOHON YANG LAYAK SEGERA
Pembayaran Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) Fasa 2 akan melibatkan peruntukan sehingga sebanyak RM1.3 billion untuk dibayar kepada 5.2 juta penerima yang layak bermula RM100 sehingga RM600 (bergantung kelayakan penerima).
Bagaimanakah cara semak jumlah Bantuan STR Fasa 2 yang akan dibayar? Sila baca maklumat lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK BAKI MYKASIH ONLINE : BERAPA DUIT BANTUAN YANG ADA DALAM IC
JUMLAH BANTUAN STR FASA 2 2026 AKAN DIBAYAR
Supaya penerima dapat menerima Bantuan STR selayaknya, Kerajaan akan membayar Bantuan STR Fasa 2 dengan jumlah yang mengikut kategori dan bilangan tanggungan penerima seperti berikut :
- 👰🤵 Penerima Isi Rumah :
| BIL. TANGGUNGAN | ISI RUMAH B40 | ISI RUMAH M40 |
|---|---|---|
| Tiada | RM200 | RM100 |
| 1 – 2 orang | RM350 | RM150 |
| 3 – 4 orang | RM450 | RM200 |
| >5 orang | RM600 | RM350 |
- 🧑🦱 Penerima Bujang :
| BIL. TANGGUNGAN | BUJANG 21 HINGGA 59 TAHUN | BUJANG 60 TAHUN & KE ATAS |
|---|---|---|
| Tiada | – | RM150 |
PLATFORM BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2026
Bagi memudahkan penerima yang tiada akaun bank dan yang ada akaun bank menerima Bantuan STR Fasa 2, Kerajaan menyediakan dua (2) platform bayaran berikut :
| JENIS PENERIMA | PLATFORM BAYARAN |
|---|---|
| Penerima tiada akaun bank atau tidak melengkapkan maklumat bank dalam permohonan | Penunaian di kaunter cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang terdekat |
| Penerima ada akaun bank serta melengkapkan maklumat bank dalam permohonan | Pengkreditan tunai terus ke dalam akaun bank penerima / akaun bank pasangan |
TARIKH BANTUAN STR FASA 2 2026 AKAN DIBAYAR
Bantuan STR Fasa 2 2026 akan dibayar kepada setiap penerima sedia ada dan penerima baharu mengikut pada tarikh seperti berikut :
- Penerima Sedia Ada :
| PLATFORM BAYARAN | TARIKH BANTUAN STR DIBAYAR |
|---|---|
| Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | Mulai 10 Mac 2026 (Selasa) pada waktu bekerja 8:00 pagi – 5:00 petang |
| Kredit dalam akaun bank penerima | Mulai 10 Mac 2026 (Selasa) dan berperingkat tiga (3) – lima (5) hari |
- Penerima Baharu :
| PLATFORM BAYARAN | TARIKH BANTUAN STR DIBAYAR |
|---|---|
| Tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) | Mulai 30 Mac 2026 (Isnin) pada waktu bekerja 8:00 pagi – 5:00 petang |
| Kredit dalam akaun bank penerima | Mulai 30 Mac 2026 (Isnin) dan berperingkat tiga (3) – lima (5) hari |
SEMAK MAKLUMAT BAYARAN STR FASA 2 2026
Selain status kelayakan, maklumat bayaran Bantuan STR Fasa 2 yang lebih terperinci boleh disemak melalui laman rasmi STR sahaja. Ikuti cara semakan lanjut di bawah :
- Sila layari laman rasmi STR di sini :
- Halaman utama STR akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
- Tanpa – dan tanpa <jarak> (contoh : 700222112345).
- Klik pada butang [Semak].
- Kata Kunci Keselamatan anda akan dipaparkan.
- Jika betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard akan dipaparkan.
- Terus klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan dan maklumat bayaran Bantuan STR Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.