CHECK BAKI MYKASIH ONLINE : BERAPA DUIT BANTUAN YANG ADA DALAM IC
Sebahagian daripada penerima MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) yang menerima pengkredit dalam IC telahpun menggunakannya untuk pembelian barang keperluan asas. Namun, masih ada yang belum menggunakannya. Ia menjadika baki setiap penerima tidak sama mengikut penggunaan samasa masing-masing.
Bagaimanakah cara check baki MyKasih dalam IC secara online? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI HASIL GOV MY : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN 2026
JUMLAH BAKI TERKUMPUL MYKASIH
Mengikut kepada pengkreditan MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) yang telah dilaksanakan secara bulanan dan juga sekaligus oleh Kerajaan, jika penerima tidak pernah menggunakan bantuan untuk pembelian, baki terkumpul setakat hari ini (Mac) adalah sebanyak berikut :
- Isi Rumah :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | JUMLAH BAKI TERKUMPUL MYKASIH |
|---|---|
| Isi Rumah Status Miskin & Miskin Tegar | RM600 (bulanan :Jan + Feb + Mac) dan RM100 (sekaligus) = RM700 setakat ini |
| Isi Rumah Status Asas Bukan Miskin | RM300 (bulanan : Jan + Feb + Mac) dan RM100 (sekaligus) = RM400 setakat ini |
- Warga Emas :
| KELAYAKAN WARGA EMAS | JUMLAH BAKI TERKUMPUL MYKASIH |
|---|---|
| Warga Emas Status Miskin & Miskin Tegar | RM450 (bulanan : Jan + Feb + Mac) dan RM100 (sekaligus) = RM550 setakat ini |
| Warga Emas Status Asas Bukan Miskin | RM150 (bulanan : Jan + Feb + Mac) dan RM100 (sekaligus) = RM250 setakat ini |
- Bujang :
| KELAYAKAN BUJANG | JUMLAH BAKI TERKUMPUL MYKASIH |
|---|---|
| Bujang Status Miskin & Miskin Tegar | RM300 (bulanan : Jan + Feb + Mac) dan RM100 (sekaligus) = RM400 setakat ini |
| Bujang Status Asas Bukan Miskin | RM150 (bulanan : Jan + Feb + Mac) dan RM100 (sekaligus) = RM250 setakat ini |
CHECK BAKI MYKASIH ONLINE
Bagaimanapun, untuk mengetahui baki terkumpul yang ada dalam IC anda secara jelas, sila ikuti panduan lengkap cara check baki MyKasih secara online melalui Portal Rasmi berikut :
🔗 Portal Rasmi MyKasih : https://mykasih.com.my/.
- Klik pada pautan Portal Rasmi MyKasih di atas.
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor IC anda.
- *Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Contoh 950230112345.
- *Tanpa tanda sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Tandakan pada [ ] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan dan baki yang ada dalam IC akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA GUNA BAKI MYKASIH
Setiap penerima yang disahkan layak MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) boleh menggunakan bantuan untuk beli barang keperluan asas. Rujuk cara guna yang mudah seperti berikut :
| LANGKAH | CARA-CARA GUNA MYKASIH |
|---|---|
| 1. | Pergi ke premis berdaftar dengan MyKasih (Mydin, Lotus, 99 Speedmart dan sebagainya) |
| 2. | Pilih barang keperluan asas yang ingin dibeli (rujuk label MyKasih pada rak tanda harga) |
| 3. | Berikan IC kepada juruwang untuk pengesahan penerima dan baki |
| 4. | Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih |
| 5. | Transaksi pembelian akan disahkan dengan IC dan baki akan ditolak |
| 6. | Resit bayaran akan diberikan untuk rujukan baki |
TARIKH AKHIR GUNA BAKI MYKASIH
Penerima yang masih mempunyai lebihan baki MyKasih (Sumbangan Asas Rahmah) dalam IC, perlu menggunakannya untuk pembelian barangan keperluan asas sebelum tarikh akhir (luput), iaitu sebelum pada :
| JENIS KREDIT | TARIKH AKHIR GUNA BAKI |
|---|---|
| Pengkreditan Bulanan (Januari – Disember) | Sebelum 31 Disember 2026 |
| Pengkreditan Sekaligus (Februari) | Sebelum 31 Disember 2026 |
MAKLUMAT LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan di atas, sila rujuk pihak berwajib di bawah :
- Talian : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- Laman : https://mykasih.com.my/contact-us/.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://mykasih.com.my/.