SEMAKAN MYKAD 2026 : KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA

SEMAKAN MYKAD 2026 : KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA

Bantuan SARA iaitu Sumbangan Asas Rahmah tidak diberikan dalam bentuk tunai. Namun, ianya disalurkan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang boleh digunakan untuk pengesahan pembelian barang keperluan asas di lebih 10,000 kedai terpilih yang berdaftar seluruh Malaysia.

Bagaimanakah semakan kelayakan penerima bayaran Bantuan SARA dalam MyKad? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : MYSALAM 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

FUNGSI BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2026

Berikut merupakan fungsi Bantuan SARA dalam MyKad setiap penerima :

  • ✅ Boleh digunakan untuk :
    • Pembelian secara tanpa tunai dengan pengesahan MyKad untuk barang seperti :
      • Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera, minuman (kopi, teh, coklat, susu & lain-lain), makanan dalam tin, bahan perasa, semua makanan sejuk beku (daging burger, bebola daging, sosej, kentang & lain-lain), sabun mandian, syampu, lampin pakai buang, ubat-ubatan, barang sekolah dan produk kebersihan rumah.
  • ❌ Tidak boleh digunakan untuk :
    • Pengeluaran tunai dari MyKad / pembayaran pengangkutan awam / pembelian barang seperti :
      • Alatan elektronik, rokok, tembakau, pakaian (baju, seluar, tudung & lain-lain), buah-buahan, alatan perhiasan rumah dan sebagainya yang tidak mempunyai label SARA pada rak tanda harga.

CARA GUNA BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2026

Penerima yang disahkan layak menerima Bantuan SARA setiap bulan atau sekali sahaja (one-off), boleh menggunakannya dengan mudah mengikut cara-cara berikut :

LANGKAHCARA GUNA BANTUAN SARA
1.Kunjungi kedai runcit / pasar raya / pasar mini
yang berdaftar dengan SARA
2.Pilih barang keperluan asas yang ingin
dibeli berdasarkan label SARA pada rak
tanda harga
3.Berikan MyKad kepada juruwang untuk
pengesahan penerima SARA
4.Juruwang akan sahkan baki yang ada
dan kembalikan MyKad penerima
5.Setiap barang yang dipilih akan diimbas
mengikut kategori yang diluluskan
6.Transaksi bayaran akan disahkan guna
MyKad penerima
7.Resit pembelian akan diberikan untuk
rujukan baki

HAD BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2026

Setiap kategori perlu mengetahui had Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad dan boleh digunakan setiap bulan dan sekali (one-off) seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN
PENERIMA
HAD BANTUAN SARA
SETIAP BULAN
HAD BANTUAN SARA
SEKALI SAHAJA
Isi Rumah B40RM200RM100
Isi Rumah M40RM100RM100
Semua Isi Rumah
(termasuk T20)
RM100
  • Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN
PENERIMA
HAD BANTUAN SARA
SETIAP BULAN
HAD BANTUAN SARA
SEKALI SAHAJA
Warga Emas B40RM150RM100
Warga Emas M40RM50RM100
Semua Warga Emas
(termasuk T20)
RM100
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN
PENERIMA
HAD BANTUAN SARA
SETIAP BULAN
HAD BANTUAN SARA
SEKALI SAHAJA
Bujang B40RM100RM100
Bujang M40RM50RM100
Semua Bujang
(termasuk T20)
RM100

TARIKH & TEMPOH KREDIT BANTUAN SARA DALAM MYKAD 2026

Pengkreditan Bantuan SARA dalam MyKad adalah pada tarikh yang ditetapkan dan mempunyai tempoh sah guna seperti jadual di bawah :

JENIS
PENERIMAAN
TARIKH KREDITTEMPOH GUNA
Setiap Bulan9-16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
12 bulan
(sehingga
31 Disember 2026)
Sekali Sahaja
(One-Off)
9 Februari 202611 bulan
(sehingga
31 Disember 2026)

SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA MYKAD 2026

Untuk mengetahui status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA, sila ikuti cara semakan kelayakan yang lengkap di bawah :

  1. Layari laman web rasmi SARA di sini : https://www.sara.gov.my/.
  2. Pada halaman utama SARA, klik pada [Semak Kelayakan].
  3. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  4. Masukkan Nombor MyKad* anda.
    • *tanpa <jarak> dan tanpa tanda sengkang (-).
      • Contoh : 800530112345.
  5. Tandakan pada kotak verify you are human [✅].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima Bantuan SARA akan dipaparkan.
  8. Selesai.

** Contoh paparan status penerima Bantuan SARA Bulanan :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)200.00

MAKLUMAT LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment