PERMOHONAN GURU COS 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU ATAU

PERMOHONAN GURU COS 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Terkini, Kementerian Pendidikan (KPM) mempelawa jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG49 (Guru) kepada 20,000 ribu graduan (Bukan Pendidikan) yang berkelayakan untuk pengambilan tahun 2026 bagi Sekolah Rendah seluruh Malaysia.

Bagaimanakah permohonan Guru CoS? Ikuti panduan dan maklumat lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : CONTOH NO TIN LHDN : CARA SEMAK, PERMOHONAN, CARIAN

APA ITU GURU COS?

Guru CoS (Contract of Service) myPDPP adalah merupakan pengambilan khas oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk membuka peluang kepada Graduan Ijazah Bukan Pendidikan supaya dapat berkhidmat sebagai pendidik secara lantikan kontrak.

Program Guru CoS adalah laluan utama bagi graduan yang bukan berlatar belakang ijazah perguruan dapat mengisi kekosongan jawatan sebagai guru di sekolah rendah.

SYARAT KELAYAKAN WAJIB GURU COS 2026

Supaya kualiti pendidikan terjaga, pihak Kementerian Pendidikan (KPM) menetapkan syarat kelayakan yang wajib dipatuhi untuk melayakan diri sebagai guru CoS. Antaranya ialah :

  • Warganegara Malaysia;
  • Kepujian Bahasa Melayu SPM / SVM termasuk lulus Ujian Lisan;
  • Graduan bukan bidang pendidikan;
  • Ijazah Sarjana Muda daripada universiti awam atau swasta yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan CGPA minimum 2.50.
    • Calon wajib mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) selama satu tahun (3 semester) di Institut Pendidikan Guru (IPG).
      • Mod Pengajian : Pembelajaran dijalankan secara hibrid.
  • Indeks Jisim Tubuh (BMI) mestilah dalam julat antara 18.5 hingga 32.5.
  • Calon mestilah berumur di bawah 40 tahun pada tarikh permohonan.
  • Bebas daripada sebarang penyakit kronik, kecacatan pancaindera atau masalah mental yang boleh menjejaskan tugas pengajaran.

*Hanya calon yang layak akan dipanggil UKCG dan temu duga. Calon wajib mengikuti latihan perguruan di IPG dalam tempoh kontrak.

GAJI DAN ELAUN GURU COS

Sekiranya layak, para graduan bukan pendidikan yang ditawarkan bagi pengambilan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 CoS (Contract of Service) akan menerima gaji dan elaun sepanjang tempoh kontrak sebanyak anggaran berikut :

PERKARAKADAR
Gaji Permulaan
(Pokok)
RM2,360.00
Kenaikan TahunanRM225.00
KWSP, SOCSO
*Faedah asas termasuk : caruman KWSP, SOCSO, cuti tahunan, cuti sakit, cuti bersalin dan akses kepada rawatan di klik dan hospital kerajaan bagi diri sendiri.

TARIKH PERMOHONAN GURU COS 2026

Graduan yang memenuhi kelayakan boleh kemukakan permohonan guru CoS (Contract of Service) selama tarikh yang dibuka seperti berikut :

TARIKH PERMOHONAN
DIBUKA
TARIKH PERMOHONAN
DITUTUP
2 Mac 2026 (Isnin)20 Mac 2026 (Jumaat)

CARA PERMOHONAN GURU COS 2026

Ikuti cara permohonan Guru CoS (Contract of Service) secara online melalui Portal Rasmi myPDPP seperti di bawah :

  1. Layari Portal Rasmi myPDPP di pautan ini : https://mypdpp.moe.gov.my/pdpp26/.
  2. Halaman utama myPDPP akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Daftar Akaun].
  4. Isi maklumat peribadi asas yang diperlukan.
  5. Kembali ke bahagian log masuk.
  6. Masukkan Nombor ID dan kata laluan anda.
  7. Klik butang [Log Masuk].
  8. Semak Kelayakan : CGPA : Lebih 2.50, BMI ; Bawah 32.5 dan Umur : Bawah 40 tahun).
  9. Lengkapkan maklumat permohonan mengikut data akademik, kokurikulum dan sebagainya.
  10. Semak keseluruhan borang permohonan sebelum hantar.
  11. Buat pengesahan e-UKCG (Ujian Kompetensi) secara online.
  12. Klik pada butang [Hantar] dan simpan rekod.
  13. Klik pada butang [Log Keluar] dan sila pantau status di portal / e-mel.
  14. Selesai.

DOKUMEN SOKONGAN GURU COS

Calon diwajibkan untuk mengemukakan salinan dokumen sokongan dan memuat naik secara digital dalam satu folder di Google Drive. Antara dokumen yang diperlukan adalah termasuk :

  • Kad Pengenalan (depan dan belakang).
  • Sijil Kelahiran.
  • Sijil Keputusan SPM / SVM.
  • Transkrip / Ijazah MQA.
  • dan sebagainya.

*Kegagalan memuat naik dokumen sokongan menyebabkan permohona ditolak automatik.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan atau maklumat lebih lanjut berkaitan Permohonan Gurus CoS (myPDPP) bagi Graduan BUKAN Pendidikan, sila rujuk pihak rasmi melalui laman web berikut :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan jawatan kosong yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang jawatan kosong terkini Guru CoS.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my/.

Leave a Comment