REGISTER PRASEKOLAH 2027 : CARA PENDAFTARAN ONLINE (eprasekolah.moe.gov.my)
Permohonan bagi kemasukan prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sesi 2027 untuk pendidikan awal kanak-kanak kini di buka, dan boleh di mohon dengan mudah secara online di laman Rasmi ePrasekolah.
Bagaimanakah register prasekolah 2027? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SEMAKAN BANTUAN MYKAD BULANAN : JIKA LAYAK BANTUAN DIKREDITKAN SETIAP BULAN
PENGENALAN PRASEKOLAH
Prasekolah ialah program pendidikan awal kanak-kanak sebelum memasuki alam sekolah rendah untuk persediaan pelajar dari segi perkembangan kognitif, emosi, sosial, fizikal dan intelek.
Selaras dengan itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membangunkan sistem ePrasekolah khas untuk memudahkan ibu bapa atau penjaga mendaftar anak-anak bagi kemasukan ke Prasekolah secara atas talian (online).
Kemasukan program pendidikan awal kanak-kanak (prasekolah) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) membolehkan ibu bapa anda anak-anak untuk menikmati manfaat berikut :
- Yuran sangat minimum / percuma;
- Menggunakan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK); dan
- Diselia guru terlatih di sekolah rendah kerajaan.
SYARAT KELAYAKAN REGISTER PRASEKOLAH 2027
Ibu bapa boleh membuat permohonan kemasukan prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk sesi 2027 sekiranya anak anda memenuhi kelayakan seperti berikut :
- Kanak-kanak Warganegara Malaysia;
- Kelahiran pada 2 Januari 2021 sehingga 31 Disember 2023 :
| KRITERIA | UMUR 6 TAHUN (5+) | UMUR 5 TAHUN (4+) | UMUR 4 TAHUN (3+) |
|---|---|---|---|
| Tahun Kelahiran | 2 Januari 2021 – 1 Januari 2022 | 2 Januari 2022 – 1 Januari 2023 | 2 Januari 2023 – 31 Disember 2023 |
TARIKH & JADUAL REGISTER PRASEKOLAH 2027
Kemasukan prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) tahun 2027 boleh di register, di daftar oleh ibu bapa secara dalam talian bermula tarikh berikut :
- Tarikh Permohonan Prasekolah :
| TARIKH BUKA PERMOHONAN | TARIKH TUTUP PERMOHONAN |
|---|---|
| 2 Mac 2026 | 31 Mei 2026 |
- Jadual Permohonan Prasekolah :
| FASA PERMOHONAN | TARIKH PROSES | TINDAKAN / STATUS |
|---|---|---|
| FASA 1 (PERMOHONAN) | Mac – Mei 2026 | 1) Isi borang permohonan secara online; 2) Cetak & hantar dokumen permohonan yang telah diisi ke sekolah pilihan dalam tempoh 14 hari bekerja selepas borang diisi. |
| FASA 2 (PEMPROSESAN) | April – Julai 2026 | 1) Sekolah membuat semakan permohonan; 2) Pemilihan kemasukan murid melalui Mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan. |
| FASA 3 (KEPUTUSAN PENEMPATAN) | Ogos – September 2026 | 1) Semakan keputusan; 2) Permohonan Rayuan; 3) Pendaftaran Kemasukan ke Sekolah |
CARA REGISTER PRASEKOLAH 2027
Panduan lengkap permohonan prasekolah 2027 secara online seperti berikut :
- Pendaftaran pengguna ePrasekolah KPM;
- Log Masuk ePrasekolah KPM untuk permohonan Prasekolah.
Daftar Pengguna ePrasekolah KPM:
- Layari portal rasmi ePrasekolah KPM di pautan : https://eprasekolah.moe.gov.my/
- Laman utama portal akan dipaparkan.
- Sekiranya belum pernah menggunakan Sistem ini, Ibu bapa atau penjaga perlu membuat pendaftaran sebagai pengguna terlebih dahulu seperti berikut :
- Masukkan Nama Penuh, Nombor MyKad dan Nombor Telefon terkini.
- Cipta Kata Laluan mengikut syarat yang ditetapkan.
- Masukkan alamat e-Mel yang terkini dan aktif.
- Pilih and ingat soalan keselamatan dan jawapan yang dipilih.
- Klik pada butang [Simpan].
- Selesai.
Log Masuk ePrasekolah KPM :
- Layari portal rasmi ePrasekolah KPM di pautan : https://eprasekolah.moe.gov.my/index.php
- Log masuk dengan nombor MyKad dan kata laluan yang telah dicipta.
- Isi dan lengkapkan semua maklumat yang diperlukan dengan tepat dalam borang permohonan.
- Setelah pengisiian maklumat, anda perlu sahkan dan klik hantar permohonan.
- Kemudian, [simpan] dan [cetak] borang permohanan dan hantar ke sekolah yang dipilih berserta dokumen yang diperlukan.
- Selesai.
DOKUMEN SOKONGAN REGISTER PRASEKOLAH
Berikut merupakan salinan dokumen-dokumen penting yang perlu disediakan semasa pendaftaran prasekolah 2027 :
- Sijil Lahir Kanak-kanak / Sijil Anak Angkat
- Mykad Ibu Bapa / Penjaga
- Slip Gaji / Penyata Pendapatan / Pengesahan Pendapatan
- Bil Utiliti (Elektrik / Air /Telefon) Untuk pengesahan alamat
- Surat Nikah / Cerai (Jika berkaitan)
- Hak Penjagaan / Perintah Mahkamah (Jika berkaitan)
- Laporan Doktor / Kad OKU (Jika berkaitan)
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Pendaftaran Prasekolah 2027, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Portal Rasmi : https://eprasekolah.moe.gov.my/
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.moe.gov.my/permohonan-kemasukan-ke-kelas-prasekolah-kpm