SEMAK BANTUAN SARA HIDUP 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN & STATUS BAYARAN BULANAN

SEMAK BANTUAN SARA HIDUP 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN & STATUS BAYARAN BULANAN

Kos sara hidup kini semakin meningkat dan ianya memberikan kesan kepada rakyat terutamanya golongan yang kurang berkemampuan seperti B40 dan M40. Oleh itu, bagi membantu menampung perbelanjaan, Kerajaan menyediakan Bantuan Sara Hidup yang dibayar secara bulanan untuk sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah cara semak kelayakan dan status bayaran Bantuan Sara Hidup? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN BANTUAN KASIH JOHOR : FASA 3 2026 STATUS KELAYAKAN & BAYARAN

KADAR BANTUAN SARA HIDUP 2026

Supaya Bantuan Sara Hidup diberikan dengan adil, Kerajaan menetapkan kadar bayaran mengikut kategori dan kelayakan penerima iaitu B40 dan M40 seperti berikut :

  • BAYARAN UNTUK B40 (MISKIN & MISKIN TEGAR) :
KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
ISI RUMAH
(berpasangan
ada / tiada anak
atau
balu / duda / janda
ada anak)
RM200 setiap bulan
hingga
RM2,400 setahun
WARGA EMAS
(tiada pasangan)
RM150 setiap bulan
hingga
RM1,800 setahun
BUJANG
(belum berkahwin
atau
balu / duda / janda
tiada anak)
RM100 setiap bulan
hingga
RM1,200 setahun
  • BAYARAN UNTUK M40 (ASAS BUKAN MISKIN TEGAR) :
KATEGORI PENERIMAKADAR BAYARAN
ISI RUMAH
(berpasangan
ada / tiada anak
atau
balu / duda / janda
ada anak)
RM100 setiap bulan
hingga
RM1,200 setahun
WARGA EMAS
(tiada pasangan)
RM50 setiap bulan
hingga
RM600 setahun
BUJANG
(belum berkahwin
atau
balu / duda / janda
tiada anak)
RM50 setiap bulan
hingga
RM600 setahun

KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SARA HIDUP

Penerima Bantuan Sara Hidup dipilih secara automatik adalah berdasarkan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN
PENERIMA B40
KELAYAKAN
PENERIMA M40
Warga
negara
MalaysiaMalaysia
Had Umur21 tahun ke atas21 tahun ke atas
Kategori
Penerima
– Bujang
– Isi Rumah
– Warga Emas
– Bujang
– Isi Rumah
– Warga Emas
Kadar
Pendapatan
Bawah RM2,500RM2,501 hingga
RM5,000
Status
Permohonan
STR 2026
LulusLulus

SEMAK STATUS BANTUAN SARA HIDUP 2026

Status kelayakan sebagai penerima dan status bayaran Bantuan Sara Hidup bulanan boleh disemak secara atas talian (online) mengikut panduan berikut :

  1. Layari laman web rasmi SARA di sini : https://www.sara.gov.my/.
  2. Halaman utama SARA akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda.
    • Ikuti format ‘tanpa sengkang – dan tanpa jarak’.
  6. Tandakan pada [ ] Verify you are human.
  7. Klik pada butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan penerima dan bayaran bulanan akan dipaparkan.
  9. Selesai.

MEDIUM PENGKREDITAN BANTUAN SARA HIDUP

Untuk memudahkan penerima menerima Bantuan Sara Hidup, Kerajaan mengkreditkan bayaran dengan satu (2) medium sahaja bagi setiap penerima seperti berikut :

KATEGORI &
KELAYAKAN PENERIMA
MEDIUM PENGKREDITAN
Isi rumah, Warga emas dan Bujang
(B40 dan M40)
Pengkreditan adalah secara
automatik terus ke dalam
akaun Kad Pengenelan penerima
pada setiap bulan khas
untuk pembelian barang
keperluan asas tanpa tunai
(cashless)

JADUAL KREDIT BANTUAN SARA HIDUP 2026

Bantuan Sara Hidup dikreditkan secara bulanan automatik mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan seperti jadual di bawah :

KATEGORI PENERIMATARIKH KREDIT
Isi Rumah & Warga Emas
(B40 & M40)
9 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
Individu Bujang
(B40 & M40)
16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib melalui talian, laman dan e-mel berikut :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.

Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment