SEMAKAN BANTUAN KASIH JOHOR : FASA 3 2026 STATUS KELAYAKAN & BAYARAN
Menerusi Belanjawan Johor 2026, YAB Menteri Besar Johor mengumumkan Bantuan Tunai Kasih Johor secara one-off kepada pekerja ekonomi Gig diteruskan untuk Fasa 3, 2026.
Bagaimanakah semakan bantuan kasih johor? Ikuti Info lanjut disini.
Baca juga: CEK EKASIH 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BAYARAN
BANTUAN KASIH JOHOR 2026
Bantuan Kasih Johor ialah Bantuan tunai secara one-off kepada Pemandu E-Hailing, P-Hailing Kereta Sewa dan Teksi yang layak seperti yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar Johor menerusi Belanjawan Johor 2026.
Tujuan utama pelaksanaan Bantuan Kasih Johor adalah untuk :
- Meringankan beban kos sara hidup golongan sasar yang terkesan dengan peningkatan harga barang serta ekonomi yang tidak menentu.
- Sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan Kerajaan Negeri Johor terhadap kebajikan barisan hadapan ekonomi gig dan sektor pengangkutan awam di Negeri Johor.
Butiran lanjut Bantuan Kasih Johor adalah seperti berikut :
| Nama Program | Bantuan Kasih Johor (BKJ) Fasa 3 |
| Kadar Bantuan | RM200 (one-off) |
| Kelayakan | Pemandu e-Hailing, p-Hailing, Pemandu Kereta Sewa/Teksi, |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KASIH JOHOR 2026
Penerima BKJ 2026, mestilah terdiri daripada kategori berikut :
- Anak Kelahiran Negeri Johor; atau
- Bermastautin di Johor;
- Mempunyai lesen memandu dan permit/kad pendaftaran yang sah daripada agensi yang menyediakan perkhidmatan seperti :
- Pemandu e-Hailing;
- p-Hailing;
- Pemandu Kereta Sewa/Teksi.
- Berdaftar dalam pangkalan data yang disahkan oleh pihak berkuasa atau syarikat operator masing-masing.
PERMOHONAN BANTUAN KASIH JOHOR
Tiada permohonan untuk Bantuan Kasih Johor untuk Pemandu E-Hailing, P-Hailing & Pemandu Teksi Fasa 3 bagi tahun 2026, di mana kelayakan penerima adalah secara automatik berdasarkan pangkalan data sedia ada.
Jika anda adalah pemandu/penghantar yang aktif dan maklumat anda sudah dikemaskini dengan syarikat operator masing-masing, nama anda secara automatik akan masuk ke dalam sistem semakan Bantuan Kasih Johor (BKJ).
SEMAKAN KELAYAKAN BANTUAN KASIH JOHOR 2026
Status kelayakan penerima Bantuan Kasih Johor, Fasa 3 boleh di semak secara online seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Bantuan Kasih Johor Fasa 3 di : https://bkj.paj.com.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Masukkan Nombor MyKad anda yang diisi tanpa (-) di ruangan yang telah disediakan.
- Seterusnya, tekan butang (Semak Status).
- Sekiranya berjaya, anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- “Sukacita memaklumkan bahawa anda berjaya menerima Bantuan Tunai One-Off RM 200 Pemandu E-Hailing, P-Hailing & Pemandu Teksi Fasa 3.”
- Tarikh dan Lokasi agihan mengikut kawasan DUN masing-masing juga akan dipaparkan.
- Cetak dan simpan salinan maklumat sebagai rujukan semasa pengambilan bantuan di DUN.
- Selesai.
TARIKH PENGKREDITAN DUIT BANTUAN KASIH JOHOR
Tarikh Bantuan Kasih Johor Fasa 3, 2026 belum diumumkan, namun kini dalam proses pelaksanaan, dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa.
Sekiranya anda layak, anda boleh rujuk tarikh-tarikh penting Program Bantuan ini :
| TARIKH PENTING | BUTIRAN |
|---|---|
| 20 Februari 2026 | Tarikh Semakan Kelayakan Bantuan Kasih Johor Fasa 3, 2026 |
| Bulan Ramadan (Mac 2026) | Pengumuman Kerajaan Negeri Johor mengenai kategori BKJ (termasuk kumpulan sasar terpilih) akan disalurkan sepanjang bulan Ramadan bagi membantu persiapan hari raya |
| Februari – Mac 2026 | Pengkreditan tunai dilakukan secara berperingkat mengikut kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) masing-masing |
CARA DUIT BANTUAN KASIH JOHOR DISALURKAN
Bantuan Kasih Johor Fasa 3, RM200 ONE-OFF akan disalurkan dengan kaedah seperti berikut :
| KAEDAH PEMBAYARAN | MEDIUM PEMBAYARAN |
|---|---|
| Pengkreditan | Terus/Tunai Pengkreditan ke Dalam Akaun Bank |
| Agihan Mengikut DUN | Pemberian tunai/fizikal mengikut kawasan DUN masing-masing |
MAKLUMAT LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kasih Johor 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan Pengangkutan Awam Johor : 07-5225400
- Portal Rasmi Pengangkutan Awam Johor : https://semakan.paj.com.my/
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://www.johor.gov.my/bantuan-kasih-bangsa-johor