SEMAK PLKN 2026 ONLINE : CEK SENARAI NAMA SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK JADI PESERTA SESI 2/2026
Semakan tawaran penyertaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) SESI 2, 2026 kini dibuka. Calon yang layak boleh membuat pengesahan kehadiran dengan segara sebelum tarikh pengesahan dan semakan ditutup.
Bagaimanakah semak plkn 2026 online? Ikuti info lanjut disini.
Baca juga: SYUKUR SABAH FASA 1 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
SYARAT KELAYAKAN PLKN 2026
Kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia;
- Calon berusia tidak kurang dari 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh pendaftaran;
- Kelahiran tahun 2008;
- Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
- Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini.
LATIHAN PLKN 2026
Berikut merupakan beberapa maklumat penting yang perlu yang perlu diingatkan oleh para pelatih, antaranya :
- Tempoh PLKN adalah selama 45 hari;
- Elaun harian sebanyak RM8 digantikan dengan elaun perjalanan yang lebih berstruktur.
- Kehadiran pelatih yang terpilih adalah DIWAJIBKAN;
- Kegagalan untuk melapor diri tanpa alasan yang munasabah akan dianggap sebagai ingkar arahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah peruntukan sedia ada di bawah Seksyen 18(1), Akta Latihan Khidmat Negara.
SEMAK JADUAL LATIHAN PLKN 2026
Pelaksanaan Latihan PLKN 2026, dijadualkan akan berlangsung seperti ketetapan berikut :
| SIRI LATIHAN | TARIKH & TEMPOH PENYERTAAN |
|---|---|
| Siri 1/2026 | 17 Januari – 02 Mac 2026 (45 Hari) |
| Siri 2/2026 | 25 April – 03 Jun 2026 (45 Hari) |
| Siri 3/2026 | 11 Julai – 24 Ogos 2026 (45 Hari) |
| Siri 4/2026 | 03 Oktober – 16 Nov 2026 (45 Hari) |
LOKASI PLKN SIRI 2 2026
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan sebanyak empat (4) siri latihan bagi tahun 2026. PLKN Siri 2/2026 akan dilaksanakan seperti berikut :
| TARIKH & SIRI PLKN | LOKASI |
|---|---|
| LATIHAN PLKN SIRI 2 (25 April – 03 Jun 2026) | Kem Rejimen 515 Askar Wataniah (AW), Kuala Lumpur; dan Kem Rejimen 505 Askar Wataniah (AW), Pekan Pahang |
TARIKH SEMAK TAWARAN PLKN SIRI 2 2026
Semakan pengambilan pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN 3.0) Siri 2 tahun 2026, bagi warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2008, boleh di semak dan membuat pengesahan kehadiran dalam tempoh masa berikut :
| TARIKH BUKA SEMAKAN | TARIKH TUTUP SEMAKAN / PENGESAHAN |
|---|---|
| 20 Februari 2026 (Jumaat) 5.00 Petang | 28 Februari 2026 (Sabtu) |
Info Penting : Sekiranya anda tercalon sebagai calon simpanan, anda dikehendaki membuat semakan semula pada 28 Februari 2026 (Sabtu) untuk semakan status terkini.
CARA SEMAK TAWARAN PLKN 2026 ONLINE
Status tawaran Pelatih PLKN 3.0 Siri 2/2026 boleh disemak secara online di Sistem e-PLKN seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi e-PLKN di : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
- Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan]
- Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”
- Kemudian, Klik [Semak]
- Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
- Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar: [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0].
- Kemudian, klik butang [Daftar] untuk boleh membuat pengesahan kehadiran.
- Ikuti proses pendaftaran Sistem yang ditetapkan, kemudian Log Masuk ke dalam Sistem untuk Sahkan kehadiran.
- Selesai.
Setelah selesai membuat semakan tawaran, pelatih yang telah terpilih dikehendaki membuat pengesahan kehadiran dengan segera selewat-lewatnya pada 28 Februari 2026 (Sabtu) agar proses pendaftaran dan urusan pentadbiran berjalan lancar.
Pelatih juga boleh rujuk panduan Manual yang disediakan untuk pengesahan kehadiran : https://plkn.mod.gov.my/Downloads/manual-pengguna-pelatih.pdf
DOKUMEN LATIHAN PLKN 2026
Semasa melapor diri, berikut beberapa dokumen yang wajib disediakan oleh pelatih, antaranya :
- Surat tawaran / surat melapor diri;
- Tiga (3) Salinan Kad pengenalan;
- Slip pengesahan Akaun Bank (atas nama sendiri);
- Borang Perakuan Kesihatan;
- Borang pemeriksaan kesihatan (jika ada);
SEMAK CALON SIMPANAN PLKN 2026
Calon simpanan merupakan senarai menunggu yang telah dimaklumkan awal ke peringkat sekolah. Sekiranya anda tercalon sebagai calon simpanan, anda dikehendaki membuat semakan semula pada 28 Februari 2026 (Sabtu) untuk semakan status terkini.
Jika tidak terpilih pada siri awal, sila semak semula pada siri akan datang (siri 3 & 4/2026) selewatnya 2-3 minggu selepas pengumuman rasmi dari jlkn atau sebelum siri latihan berikutnya bermula.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian PLKN : 03-4013 (Sambungan 3612 / 3613 / 3614 / 3603 / 3604 / 3626)
- e-Mel : [email protected]
- Laman Web Rasmi : https://jlkn.mod.gov.my/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://jlkn.mod.gov.my/