CHECK KELAYAKAN SYUKUR SABAH : FASA 1 2026

CHECK KELAYAKAN SYUKUR SABAH : FASA 1 2026

SYUKUR Sabah atau rasminya Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah yang merupakan sebuah program bantuan tunai yang diagihkan secara berfasa khusus kepada rakyat di negeri Sabah yang benar-benar berkelayakan.

Bagaimanakah cara check kelayakan SYUKUR Sabah? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAK WANG BANTUAN DALAM IC 2026 : HANYA PENERIMA YANG BERSTATUS LAYAK SAHAJA AKAN DIBAYAR

APA ITU SYUKUR SABAH?

SYUKUR Sabah (Bantuan Sentuhan Kasih Rakyat Sabah) adalah merupakan sebuah program bantuan yang diagihkan secara tunai berperingkat melalui empat (4) fasa yang disasarkan kepada golongan miskin dan miskin tegar di negeri Sabah.

TUJUAN AGIHAN SYUKUR SABAH

Agihan Bantuan SYUKUR Sabah dilaksanakan adalah bertujuan untuk :

  • Meringankan bebanan kewangan penerima untuk memenuhi keperluan asas harian seperti makanan.
  • Menyokong golongan yang memerlukan untuk kehidupan lebih wajar.
  • Mengurangkan kadar kemiskinan tegar di Sabah.
  • Sebagai tanda keprihatinan dan kasih Kerajaan terhadap rakyat Sabah.

JUMLAH BANTUAN SYUKUR SABAH 2026

Peruntukan sebanyak RM339.16 juta akan diagihkan kepada seramai 140,000 ribu penerima yang layak dengan jumlah yang ditetapkan bagi setiap penerima sebanyak berikut :

JUMLAH BAYARAN
(SEBULAN)
SETIAP FASAJUMLAH BAYARAN
(SETAHUN)
RM200 / sebulanRM600 / setiap fasaRM2,400 / setahun

MEDIUM BAYARAN SYUKUR SABAH

Setiap penerima yang layak akan menerima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah melalui dua (2) medium yang ditetapkan mengikut jenis penerima :

JENIS PENERIMAMEDIUM BAYARAN
Mempunyai akaun bankDikreditkan terus ke dalam akaun bank
Tiada akses akaun bankDibayar secara tunai di bank / pusat
agihan yang sesuai

JADUAL BAYARAN SYUKUR SABAH 2026

Pembayaran Bantuan SYUKUR Sabah bakal dilaksanakan secara berperingkat mengikut fasa yang dijadualkan seperti berikut :

PERINGKAT FASATARIKH BAYARAN
Fasa 1
(Januari – Mac)
Februari – Mac 2026
Fasa 2
(April – Jun)
Mei – Jun 2026
Fasa 3
(Julai – September)
Ogos – September 2026
Fasa 4
(Oktober – Disember)
November – Disember 2026

*Nota Bayaran :

  • Penerima bagi Fasa 1 dan Fasa 2 adalah golongan Miskin dan Miskin Tegar yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih dan PADANS setakat 14 Januari 2026.
  • Permohonan yang diterima pada 15 Januari 2026 hingga 31 Jun 2026 akan menerima bayaran Fasa 3 dan Fasa 4.
  • Perubahan tarikh bayara adalah tertakluk kepada terma dan syarat yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Sabah.

SYARAT KELAYAKAN SYUKUR SABAH

Hanya mereka yang memenuhi syarat kelayakan yang ditetapkan sahaja akan dipilih layak menerima bayaran Bantuan SYUKUR Sabah :

SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Status
Kad Pengenalan
Status ‘H’
Alamat & MastautinBeralamat
dan
Bermastautin di
negeri Sabah lebih
satu (1) tahun
Had Umur18 tahun dan ke atas
Kategori PenerimaKetua Isi Rumah (KIR)
Kadar PendapatanPendapatan bawah garis
kemiskinan dan
tersenarai dalam pangkalan
data eKasih dan PADANS
  • Syarat Tambahan :
    • Bukti kediaman seperti bil utiliti, penyata bank atau surat pengesahan ketua kampung untuk pengesahn alamat / mas tempatan diperlukan semasa permohonan.
    • Penerima bukan pelajar sekolah (pemohon hendaklah terdiri daripada golongan dewasa, ibu tunggal, belia lepasan sekolah yang layak dan mengurus rumah tangga.

*NOTA : Kelayakan ditentukan berdasarkan data rasmi dalam sistem eKasih dan PADANS. Pemohon perlu memastikan sentiasa kemaskini maklumat pendapatan dan isi rumah.

  • Garis Pendapatan Kemiskinan Semasa :
KATEGORIPENDAPATAN
ISI RUMAH
(SEBULAN)
PENDAPATAN
PER KAPITA
(SEBULAN)
MISKINRM2,843RM720
MISKIN TEGARRM1,257RM310

CHECK KELAYAKAN SYUKUR SABAH

Rakyat Sabah yang ingin mengetahui status kelayakan sebagai penerima SYUKUR Sabah, anda boleh check melalui dua (2) portal rasmi yang disediakan seperti berikut :

  1. Pilih antara portal rasmi SYUKUR Sabah atau PADANS Sabah di atas.
  2. Anda akan dibawa ke halaman tersebut.
  3. Klik pada butang [Teruskan].
  4. Masukkan Nombor MyKad anda / pemohon pada ruang tersebut.
    • *pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
  5. Klik pada butang [Semak].
  6. Status kelayakan permohonan SYUKUR Sabah akan dipaparkan.
  7. Selesai.

*Bagi yang belum memohon Bantuan SYUKUR Sabah, boleh kemukakan permohonan secara online melalui Portal Rasmi di sini : https://padans.sabah.gov.my/.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan SYUKUR Sabah, sila rujuk pihak berwajib melalui talian dan e-mel rasmi sepeti di bawah :

  • Talian Program Sentuhan Kasih Rakyat : 088 338 338
  • Talian WhatsApp : 010-582 8207
  • E-mel :[email protected]

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://padans.sabah.gov.my/.

Leave a Comment