CEK STATUS BANTUAN RM300 SEBULAN 2026 : ADAKAH LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA
Bantuan Keluarga B40 di Selangor diteruskan bagi meringankan cabaran kos sara hidup, dengan pemberian bantuan tunai melalui Program Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS).
Bagaimanakah cek status bantuan rm300 sebulan 2026? Ikuti Info lanjut disini.
BANTUAN RM300 SEBULAN
Bantuan RM300 sebulan atau Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) ialah bantuan Kerajaan Negeri Selangor untuk membantu keluarga-keluarga yang memerlukan bantuan untuk memenuhi keperluan asas harian dan menampung perbelanjaan pendidikan.
Program BINGKAS Selangor dilaksanakan seperti berikut :
| Nama Program | Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) |
| Kadar Bantuan (RM) | 300.00 Sebulan |
| Kaedah Pembayaran | Pengkreditan secara tanpa tunai (melalui e-Wallet SELANGAH) |
| Tempoh Bantuan | 12 Bulan |
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN RM300 SEBULAN 2026
Syarat Kelayakan Bantuan BINGKAS 2026, terdiri daripada :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Kewarganegaraan | Warganegara Malaysia |
| Tempat Tinggal / Negeri Kelahiran | Pemilih berdaftar di Selangor; Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun; |
| Pendapatan Bulanan | Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000 dan ke bawah |
| Tanggungan | Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah |
CEK JADUAL BANTUAN RM300 SEBULAN 2026
Bantuan BINGKAS Selangor akan dikreditkan setiap bulan seperti berikut :
| JADUAL BAYARAN | KADAR BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Januari 2026 | RM300 |
| Februari 2026 | RM300 |
| Mac 2026 | RM300 |
| April 2026 | RM300 |
| Mei 2026 | RM300 |
| Jun 2026 | RM300 |
| Julai 2026 | RM300 |
| Ogos 2026 | RM300 |
| September 2026 | RM300 |
| Oktober 2026 | RM300 |
| November 2026 | RM300 |
| Disember 2026 | RM300 |
Info Penting Bantuan RM300 :
- Had bulanan pembelian barangan keperluan asas sebanyak RM300;
- Baki nilai bagi bulan terdahulu perlu dihabiskan dan tidak dibawa ke bulan hadapan;
- e-Wallet BINGKAS (SELANGKAH) akan ditambah nilai sebanyak RM300 setiap bulan secara automatik.
CEK STATUS KELAYAKAN BANTUAN RM300 SEBULAN 2026
Status Permohonan dan Kelayakan BINGKAS boleh disemak seperti berikut :
- Portal Rasmi BINGKAS; atau
- Aplikasi Selangkah.
Semakan status di Portal Rasmi BINGKAS :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
- Laman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Tekan Butang [Semak Status Permohonan].
- Anda akan dibawa kepada laman Semakan Status Permohonan.
- Masukkan [Nombor Telefon] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
- Kemudian, tekan klik [Log Masuk].
- Setelah berjaya log masuk, maklumat akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak BINGKAS 2026.
- Selesai.
Semakan status di Aplikasi Selangkah :
- Muat turun aplikasi ‘Selangkah’ melalui Apps Store / Play Store dalam telefon bimbit anda.
- Kemudian, buka aplikasi tersebut.
- Daftarkan akaun anda.
- Masukkan maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
- Log Masuk akaun yang telah didaftarkan.
- Buka bahagian [BINGKAS].
- Semak status kelayakan anda.
- Selesai.
CARA GUNA DUIT BANTUAN RM300
Penerima boleh menggunakan Bantuan BINGKAS untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan cara seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Berdaftar di bawah Program BINGKAS yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan Asas yang ingin dibeli.
- Tunjuk ID anda di Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
- Tekan butang bayar, dan masukkan pin 6 digit untuk pengesahan pembayaran.
- Tunjukkan Kod QR dalam Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk diimbas bagi tujuan pembayaran.
- Selesai.
INFO LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 1800-22-6600
- Portal Rasmi BINGKAS : https://bingkasselangor.com/
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://bingkasselangor.com/soalan-lazim/