DUIT RM200 DALAM MYKAD 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK
MyKad / Kad Pengenalan dicipta tidak boleh untuk pindahan wang atau simpanan wang dan pengeluaran. Namun, iainya diguna pakai untuk pengesahan penerimaan Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) yang diberikan khas untuk pembelian barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima duit RM200 dalam MyKad? Ikuti panduan dan baca info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN 2026 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
FUNGSI DUIT RM200 DALAM MYKAD
Bantuan SARA yang dikreditkan dalam MyKad penerima adalah berfungsi untuk pembelian barang keperluan asas secara tanpa tunai (cashless). Jika anda tidak tahu cara penggunaan, ikuti langkah-langkah di bawah :
| LANGKAH | CARA-CARA GUNA DUIT DALAM MYKAD |
|---|---|
| 1. | Kunjungi premis terpilih berhampiran https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list |
| 2. | Pilih barang keperluan asas yang diinginkan (pastikan ada label MyKasih pada rak tanda harga) |
| 3. | Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima dan baki |
| 4. | Juruwang akan imbas setiap barang keperluan yang dipilih |
| 5. | Transaksi bayaran akan disahkan dengan MyKad penerima |
| 6. | Resit pembelian akan diberikan untuk rujukan transaksi |
JADUAL KREDIT DUIT RM200 DALAM MYKAD
Pengkreditan duit Bantuan SARA ke dalam MyKad penerima dilaksanakan secara ansur setiap bulan mengikut tarikh-tarikh yang ditetapkan seperti dalam jadual di bawah :
| TARIKH KREDIT | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| 9 Januari 2026 | RM200 |
| 1 Februari 2026 | RM200 |
| 9 Februari 2026 | RM100 |
| 1 Mac 2026 | RM200 |
| 1 April 2026 | RM200 |
| 1 Mei 2026 | RM200 |
| 1 Jun 2026 | RM200 |
| 1 Julai 2026 | RM200 |
| 1 Ogos 2026 | RM200 |
| 1 September 2026 | RM200 |
| 1 Oktober 2026 | RM200 |
| 1 November 2026 | RM200 |
| 1 Disember 2026 | RM200 |
SYARAT LAYAK TERIMA DUIT RM200 DALAM MYKAD
Namun, bukan semua rakyat layak terima duit Bantuan SARA bernilai RM200 dalam MyKad. Kerana ianya diberikan khusus kepada mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Taraf Perkahwinan | Berkahwin atau Balu / Bercerai (ada anak / tanggungan) |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa |
| Status Daftar e-Kasih | Lulus dan tersenarai dalam rekod data e-Kasih (sehingga 31 Oktober 2025) |
| Status Mohon STR 2026 | Lulus |
Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA DUIT RM200 DALAM MYKAD 2026
Bagaimanapun, status kelayakan sebagai penerima duit Bantuan SARA RM200 dalam MyKad boleh disemak secara atas talian (online) mengikut seperti panduan di bawah :
- Cara Semakan Status Kelayakan Penerima SARA :
- Layari laman web rasmi SARA di sini : https://www.sara.gov.my/.
- Halaman utama SARA akan dipaparkan.
- Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor MyKad* anda.
- *pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 990220112345.
- *pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Untuk pengesahan klik [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
**Contoh paparan status penerima yang layak :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 200.00 |
TEMPOH GUNA DUIT DALAM MYKAD 2026
| JENIS KREDIT | TEMPOH GUNA | TARIKH AKHIR GUNA |
|---|---|---|
| Pengkreditan secara bulanan | Selama 12 bulan | 31 Disember 2026 |
| Pengkreditan secara sekaligus (one-off) | Selama 11 bulan | 31 Disember 2026 |
RUJUKAN LANJUT
Untuk rujukan lebih lanjut berkaitan masalah dan pertanyaan Bantuan SARA eKasih (Sumbangan Asas Rahmah) hubungi talian atau lewati laman rasmi pihak berwajib di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 7720 1800
- Laman Pertanyaan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian eKasih : 03 8000 8000
- Laman Pertanyaan : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna.
Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian. Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami tidak pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.