CEK EKASIH ONLINE 2026 : PENERIMA YANG BERSTATUS LAYAK AKAN TERIMA BAYARAN DALAM MYKAD SEBANYAK RM200 SETIAP BULAN
Setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang berpendapatan di bawah Garis Kemiskininan Semasa dan berdaftar eKasih boleh membuat semakan status pendaftaran dengan mudah secara online untuk mengetahui status terkini sama ada proses pendaftaran berjaya atau tidak, untuk menerima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih secara bulanan.
Bagaimanakah cek ekasih online 2026? Ikuti Info lanjut disini.
SYARAT KELAYAKAN SARA EKASIH 2026
Syarat Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih 2026, terdiri daripada :
| JENIS SARA | SYARAT KELAYAKAN |
|---|---|
| SARA EKASIH | Warganegara Malaysia; Ketua Isi Rumah (KIR), berpendapatan di bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa; dan Tersenarai sebagai penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih; dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026; |
Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKASIH adalah secara automatik berdasarkan data penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sistem eKasih 2026.
CEK AMAUN SARA EKASIH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih akan dikreditkan setiap bulan kepada penerima yang layak seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR BANTUAN (RM) |
|---|---|
| Isi Rumah | RM200 Sebulan |
| Warga Emas Tanpa Pasangan | RM150 Sebulan |
| Bujang | RM100 Sebulan |
CEK TARIKH & JADUAL BAYARAN SARA EKASIH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih akan dikreditkan setiap bulan mengikut jadual berikut :
| TARIKH & JADUAL | ISI RUMAH | WARGA EMAS | BUJANG |
|---|---|---|---|
| 9 Januari 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| 1 Februari 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| 1 Mac 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| 1 April 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| 1 Mei 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| 1 Jun 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| 1 Julai 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| 1 Ogos 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| 1 September 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| 1 Oktober 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| 1 November 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| 1 Disember 2026 | RM200 | RM150 | RM100 |
| TOTAL | RM2,400 | RM1,800 | RM1,200 |
CARA PENGKREDITAN DUIT SARA EKASIH 2026
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih akan disalurkan secara tanpa tunai seperti berikut :
| NEGERI PENERIMA | KAEDAH PEMBAYARAN |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia & Sabah, Sarawak, W.P Labuan | Pengkreditan secara tanpa tunai melalui MyKad (Kad Pengenalan) penerima |
CEK SARA EKASIH ONLINE 2026
Status Kelayakan Penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) eKasih boleh disemak secara online melalui kaedah seperti berikut :
| JENIS SEMAKAN | PAUTAN |
|---|---|
| Semakan Status Pendaftaran eKasih | https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx |
| Semakan Status Kelayakan SARA | https://sara.gov.my/ |
Semak Status Pendaftaran eKasih :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx
- Kemudian, anda akan dibawa ke Halaman utama Portal Pangkalan Data Kemiskinan Nasional.
- Masukkan 12 Digit [Nombor Kad Pengenalan] pada ruangan yang disediakan.
- Nombor Kad Pengenalan yang diisi tanpa (-).
- Masukkan Kod Kaptcha yang diberikan di ruangan yang disediakan.
- Kemudian, tekan butang [Klik Untuk Carian].
- Maklumat Status Pendaftaran anda akan dipaparkan seperti berikut :
- Disahkan – Telah dibanci;
- Disemak – Dalam proses banci;
- Ditolak – Tidak layak dibanci; atau
- Baru/Daftar Terbuka – Pemohonan baru;
- Selesai.
Semak Status di Portal SARA :
- Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA 2026 : https://sara.gov.my/
- Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
- Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah 2026.
- Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
- Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
- Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
- Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
- Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
- Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2026
- Status : Layak (jika anda layak)
- Tarikh Program Bermula : 09/01/2026
- Tarikh Program Berakhir : 31/12/2026
- Baki (RM) : 200.00
- Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
- Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sebarang persoalan atau pertanyaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
- Waktu Operasi : (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
- e-Mel : [email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://manfaat.mof.gov.my/b2026/individu/sara-2026