BANTUAN AWAL RAMADHAN 2026 TERKINI : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA
Bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat khususnya yang kurang berkemampuan untuk membuat persiapan bekalan makanan dalam bulan Ramadhan, Bantuan Awal Ramadhan akan disalurkan dalam bentuk wang tunai dan baucar barang makanan.
Bagaimanakah semak status Bantuan Awal Ramadhan 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : PERMOHONAN DARJAH 1 2027 : CARA DAFTAR TAHUN 1 GUNA IDME – PANDUAN LENGKAP
TARIKH RAMADHAN 2026
Berdasarkan Kalendar dan anak bulan yang akan dilihat, seluruh umat Islam di Malaysia dijangka akan memasuki bulan Ramadhan yang bertarikh pada :
🗓️ Bermula 19 Februari 2026 (Khamis) sehingga 20 Mac 2026 (Jumaat).
APA ITU BANTUAN AWAL RAMADHAN 2026
Bulan Ramadhan adalah bulan yang mulia kerana seluruh umat Islam diwajibkan untuk berpuasa iaitu menahan diri dari makan dan minum selama sebulan bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari.
Oleh itu, Kerajaan serta institusi majlis agama islam menyediakan ‘Bantuan Awal Ramadhan’ seperti zakat untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan untuk membuat persiapan bekalan seperti makanan dan sebagainya dalam menyambut bulan Ramadhan ini.
SENARAI BANTUAN AWAL RAMADHAN 2026 TERKINI
Antara Bantuan Awal Ramadhan yang diberikan adalah termasuk dalam senarai di bawah :
- Bantuan oleh Kerajaan MADANI :
- SARA One-Off diberikan khusus untuk semua rakyat dewasa membuat pembelian barang keperluan asas bagi persediaan bulan Ramadhan.
- Bantuan oleh Majlis Agama Islam :
- MAIWP (Wilayah Persekutuan) – Bantuan Zakat Ramadhan.
- MAIM (Melaka) – Bantuan Zakat Ramadhan.
- MAIPP (Pulau Pinang) – Bantuan Zakat Ramadhan.
- MAIK (Kelantan) – Bantuan Zakat Ramadhan).
- MAIDAM (Terengganu) – Bantuan Zakat Ramadhan.
- MAINJ (Johor) – Bantuan Zakat Ramadhan.
- LZNK (Kedah) – Bantuan Zakat Ramadhan.
- MAINS (Negeri Sembilan) – Bantuan Zakat Ramadhan.
- MAIPk (Perak) – Bantuan Zakat Ramadhan.
- MUIP (Pahang) – Bantuan Zakat Ramadhan.
- LZS (Selangor) – Bantuan Zakat Ramadhan.
- MUIS (Sabah) – Bantuan Zakat Ramadhan.
- MIS (Sarawak) – Bantuan Zakat Ramadhan.
KADAR BANTUAN AWAL RAMADHAN 2026 TERKINI
Berikut merupakan kadar Bantuan Awal Ramadhan yang diberikan kepada setiap penerima :
| JENIS BANTUAN | KADAR BAYARAN |
|---|---|
| Bantuan SARA One-Off oleh Kerajaan MADANI | RM100 setiap seorang penerima |
| Bantuan Zakat Ramadhan oleh Majlis Agama Islam | RM100 sehingga RM1,000 setiap seorang penerima (bergantung kepada Majlis Agama Islam di setiap negeri) |
SYARAT PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN 2026
Hanya mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan sahaja layak terima Bantuan Awal Ramadhan. Antara syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan adalah seperti berikut :
- Syarat penerima Bantuan SARA One-Off :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Tiada had pendapatan (terbuka kepada semua).
- Syarat penerima Bantuan Zakat Ramadhan :
- Warganegara Malaysia;
- Beragama Islam;
- Golongan Asnaf :
- Fakir miskin;
- Ibu tunggal;
- Warga emas;
- Orang kurang upaya.
SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN AWAL RAMADHAN 2026
Untuk semak status kelayakan penerima Bantuan Awal Ramadhan, anda boleh lakukan secara online melalui laman web seperti berikut :
- SARA One-Off : https://www.sara.gov.my/.
- MAINPP : https://zakat.mainpp.gov.my/skim-nur-ramadan/.
- MAIM : https://www.maim.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan/perkhidmatan/agihan-zakat/skim-bantuan-zakat.
- MAIWP : https://www.maiwp.gov.my/portal-main/home.
- MAIDAM : http://espmb.com/maidam_zakat/semakanRamadhanLog.aspx.
- MAIK : https://ssba.e-maik.my/.
- MAINJ : https://ebantuan.maij.gov.my/main.
- LZNK : https://www.zakatkedah.com.my/semakan-bantuan/.
- MAINS : https://mainsonline.mainsnet22.com/bantuan/statusbantuan.asp.
- MAIPk : https://yayasanperak.gov.my/ypcenter/.
- MUIP : https://secure.zakatpahang.my/semakstatus/MulaSemakStatuseTaksir.aspx.
- LZS : https://www.zakatselangor.com.my/semak/.
- MUIS : https://appszakat.sabah.gov.my/zakat/user/index.php.
- MIS : https://mis.sarawak.gov.my/web/home/index/.
INFO LANJUT
Untuk sebarang pertanyaan bagi mendapatkan informasi lebih lanjut berkaitan Bantuan Awal Ramadhan dan zakat, pihak tuan / puan boleh dapatkan daripada pihak berwajib melalui laman web majlis agama di negeri masing-masing.
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/ dan laman-laman majlis agama setiap negeri.