PENDAFTARAN PRASEKOLAH 2027 : CARA PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KPM (PANDUAN LENGKAP)

PENDAFTARAN PRASEKOLAH 2027 : CARA PERMOHONAN KEMASUKAN KE PRASEKOLAH KPM (PANDUAN LENGKAP)

Ibu bapa atau penjaga yang mempunyai anak yang berumur lima (5) atau enam (6) tahun bagi tahun 2027 boleh mendaftar permohonan untuk kemasukan ke Prasekolah bagi sesi 2027 secara atas talian (online) dan juga manual.

Bagaimanakah cara pendaftaran prasekolah? Ikuti panduan lengkap dalam artikel ini.

BACA JUGA : DUIT DALAM MYKAD 2026 : CARA SEMAK BAKI BANTUAN & BELI BARANG MYKASIH GUNA IC

PENGENALAN PRASEKOLAH

Prasekolah adalah peringkat pendidikan awal untuk kanak-kanak sebelum memasuki sekolah rendah. Fungsi Prasekolah adalah untuk membantu perkembangan fizikal, emosi, sosial dan intelek kanak-kanak supaya mengenal huruf, nombor, membaca, menulis dan mengira secara santai.

Selaras dengan itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menbangunkan sistem aplikasi ePrasekolah khas untuk memudakan ibu bapa atau penjaga mendaftar anak-anak bagi kemasukan ke Prasekolah secara atas talian (online).

Fungsi ePrasekolah oleh KPM :

  • Permohonan ke Prasekolah
    • Borang permohonan;
    • Rayuan Permohonan.
  • Kemaskini maklumat permohonan
    • Jika terdapat perubahan, ibu bapa boleh mengemaskini permohonan.
  • Carian maklumat institusi prasekolah
    • Ibu bapa boleh membuat carian institusi prasekolah yang berdaftar dengan KPM.
  • Semakan status pendaftaran
    • Untuk tahu sama ada anak layak atau tidak masuk prasekolah juga boleh disemak.

TARIKH PENDAFTARAN PRASEKOLAH 2027

Setiap ibu bapa yang ingin mendaftar permohonan Prasekolah sesi 2027 boleh mula membuat pendaftaran pada tarikh seperti berikut :

JENIS PENDAFTARANTARIKH PERMOHONAN
Secara Atas Talian (Online)1 Mac 2026
hingga
30 April 2026
Secara Manual1 Mac 2026
hingga
31 Mei 2026

SYARAT KELAYAKAN PRASEKOLAH KPM 2027

Tidak semua kanak-kanak layak memasukan Prasekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kerana ianya terhad kepada yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Kanak-kanak merupakan Warganegara Malaysia;
  • Lahir pada 2 Januari 2021 atau sehingga 15 Januari 2023 sahaja.

CARA PENDAFTARAN PRASEKOLAH 2027

Ikuti panduan lengkap cara mendaftar Prasekolah secara atas talian (online) seperti berikut :

  1. Layari laman rasmi ePrasekolah di sini : https://eprasekolah.moe.gov.my/.
  2. Bagi Ibu bapa yang baru menggunakan sistem ini, sila daftar terlebih dahulu.
  3. Klik pada butang [Daftar Pengguna].
  4. Masukkan Nama Penuh, Nombor MyKad dan Nombor Telefon terkini.
  5. Cipta Kata Laluan mengikut syarat yang ditetapkan.
  6. Masukkan alamat e-Mel yang terkini dan aktif.
  7. Ingat soalan keselamatan dan jawapan yang dipilih.
  8. Klik pada butang [Simpan].
  9. Log masuk dengan nombor MyKad dan kata laluan yang telah dicipta.
  10. Lengkapkan maklumat yang diperlukan dengan betul,
  11. Permohonan yang telah lengkap didaftarkan perlu [Catak] dan hantar ke sekolah yang dipilih berserta dokumen yang diperlukan.
  12. Selesai.

Bagi yang ingin mendaftar permohonan Prasekolah secara manual pula boleh dilakukan seperti berikut :

  1. Ibu bapa / penjaga perlu mendapatkan borang permohonan di sekolah yang ingin dimohon.
  2. Isi borang permohonan secara manual dengan lengkap.
  3. Sertakan bersama dokumen sokongan yang diperlukan.
  4. Hantar borang permohonan berserta dengan dokumen sokongan ke sekolah yang dipilih.
  5. Selesai.

NOTA PERMOHONAN PRASEKOLAH

Ibu bapa / penjaga perlu mengetahui bahawa :

  • Kemaskini permohonan boleh dibuat selagi permohonan berstatus ‘MENUNGGU PENGESAHAN’
    • Tindakan pengesahan SEBELUM dibuat oleh pihak sekolah.
  • Permohonan yang berstatus TIDAK LENGKAP perlu dikemas kini semula oleh ibu bapa / penjaga.
  • Ibu bapa / penjaga perlu mencetak dan menghantar semula borang permohonan sekiranya membuat sebarang pindaan maklumat dalam sistem.
  • Setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, pemohon hanya dibenarkan untuk mencetak borag permohonan sahaja.
  • Sekiranya terdapat perubahan maklumat setelah permohonan disahkan oleh pihak sekolah, ibu bapa / penjaga perlu memaklumkan kepada pihak sekolah maklumat yang berkaitan untuk dikemaskini.

SEMAKAN KEPUTUSAN PENDAFTARAN PRASEKOLAH

Semakan keputusan dan rayuan permohonan kemasukan Prasekolah bagi sesi 2027 boleh dilakukan seperti berikut :

  1. Secara atas talian (online) :
  2. Secara manual :
    • semakan boleh dilakukan melalui pihak sekolah yang dimohon.

*Bagi permoonan yang telah berjaya dan ditawarkan tempat di Prasekolah yang dimohon, ibu bapa / penjaga perlu cetak surat tawaran tersebut.

RUJUKAN LANJUT

Untuk sebarang masalah atau pertanyaan lebih lanjut berkaitan Pendaftaran Prasekolah, pihak tuan / puan boleh rujuk pihak berwajib Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti berikut :

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang Kemasukan Prasekolah.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.moe.gov.my/permohonan-kemasukan-ke-kelas-prasekolah-kpm.

Leave a Comment