SEMAKAN PLKN 2026 ONLINE : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

SEMAKAN PLKN 2026 ONLINE : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diteruskan lagi bagi sesi 2026 yang mana peserta-peserta telah dipilih untuk menyertai latihan pada tarikh dan lokasi yang ditetapkan selama 7 minggu mengikut siri.

Bagaimanakah semakan status PLKN secara online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : EKASIH ICU GOV MY SEMAKAN : 2026 ONLINE SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN RM200 SETIAP BULAN

PENGENALAN PLKN 2026

Program Latihan Khidmat Negera (PLKN) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Malaysia sejak tahun 2023 sebagai program latihan asas ketenteraan merangkumi modul fizikal, khidmat komuniti, pembinaan karakter dan kenegaraan yang melibatkan aspek kepimpinan, ketahanan diri, aktiviti kawad kaki dan pengenalan kepada senjata api.

Namun begitu, program ini dihentikan pada tahun 2015, kemudian diteruskan semula pada tahun 2016 sebagai PLKN siri 2.0 dan seterunya dimansuhkan pula pada tahun 2018 kerana menelan banyak kos. Kini, kerajaan bersetuju untuk meneruskan lagi pada tahun 2025 dan sehingga kini 2026.

MANFAAT PELAKSANAAN PLKN

Antara manfaat pengenalan dan pelaksanaan semula Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) adalah untuk :

  • Meningkatkan semangat patriotisme.
  • Memupuk perpaduan dan integrasi masyarakat.
  • Melahirkan generasi muda yang cergas dan berdisiplin.
  • Memberikan asas ketenteraan dan latihan komuniti.
  • Menyediakan laluan kerjaya kepada pelatih berbakat.
  • Membuka peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET & industri.
  • Menambah merit permohonan kerja sektor awam.

TARIKH PELAKSANAAN PLKN 2026

Berikut merupakan tarikh-tarikh pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi sesi 2026 :

SIRI LATIHANTARIKH PELAKSANAAN
Siri 117 Januari – 3 Mac 2026
Siri 225 April – 8 Jun 2026
Siri 311 Julai – 24 Ogos 2026
Siri 43 Oktober – 16 November 2026

LOKASI PENEMPATAN PLKN 2026

Setiap peserta Porgram Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang terpilih bagi setiap siri akan ditempatkan mengikut lokasi berikut :

BIL.LOKASI PENEMPATAN PLKN
1.Kem Rejimen 515 Askar Wataniah
(Kuala Lumpur)
2.Kem Rejimen 505 Askar Wataniah
(Pekan, Pahang)

SYARAT KELAYAKAN PESERTA PLKN 2026

Berikut merupakan syarat kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) :

SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Had UmurTidak kurang 16 tahun
dan
Tidak melebihi 35 tahun
(pada tarikh pendaftaran)
Tahun KelahiranBermula 2008
Keadaan KesihatanSihat dari segi
Fizikal dan Mental
Status PenyertaanBelum pernah menyertai
PLKN sesi sebelum ini

SEMAKAN PLKN 2026 ONLINE

Untuk mengetahui sama ada anda terpilih atau tidak sebagai peserta Program Latihan Khidmat Negera (PLKN) bagi sesi 2026, ikuti semakan berikut :

  1. Layari Portal Rasmi e-PLKN di : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
  2. Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan].
  4. Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”.
  5. Kemudian, Klik [Semak].
  6. Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
  7. Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar: [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0].
  8. Kemudian, klik butang [Daftar] untuk boleh membuat pengesahan kehadiran.
  9. Ikuti proses pendaftaran Sistem yang ditetapkan, kemudian Log Masuk ke dalam Sistem untuk Sahkan kehadiran.
  10. Selesai.

*NOTA : Setelah selesai membuat semakan tawaran, pelatih yang telah terpilih dikehendaki membuat pengesahan kehadiran dengan segera.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN), sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian PLKN : 03-4012 7306 / 03-4012 6151 / 03-4012 6538 (Waktu pejabat)

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang PLKN.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.mod.gov.my/index.php/en/information/plkn-3-0.

Leave a Comment