SEMAK BANTUAN MYKAD 2026 : AKAN TERIMA BAYARAN SEBANYAK RM100 SECARA ONE-OFF
Pemegang MyKad iaitu rakyat dewasa Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas layak menerima bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA MyKasih) yang dikreditkan secara ansur setiap bulan dan secara One-Off (sekaligus).
Bagaimanakah semak bayaran Bantuan MyKad? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN MRSM : (SESI 2026) CHECK RESULT ONLINE
JADUAL BAYARAN BANTUAN MYKAD 2026
Pembayaran Bantuan dalam MyKad kepada penerima yang layak adalah dijadualkan seperti berikut :
| JENIS PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| One-Off (Sekaligus) | 9 Februari 2026 |
| Setiap Bulan | 9 & 16 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKAD 2026
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan dalam MyKad bagi setiap kategori penerima :
- BAYARAN ONE-OFF :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Semua Isi Rumah | RM100 |
| Semua Warga emas | RM100 |
| Semua Bujang (18 tahun ke atas) | RM100 |
- BAYARAN SETIAP BULAN :
| KATEGORI PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah Miskin Tegar | RM200 setiap bulan |
| Isi Rumah Bukan Miskin | RM100 setiap bulan |
| Warga Emas Miskin Tegar | RM150 setiap bulan |
| Warga Emas Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
| Bujang Miskin Tegar | RM100 setiap bulan |
| Bujang Bukan Miskin | RM50 setiap bulan |
SEMAK BANTUAN MYKAD 2026
Ikuti panduan lengkap cara semak Bantuan dalam MyKad :
| PORTAL RASMI | PAUTAN |
|---|---|
| SARA (Sumbangan Asas Rahmah) | https://www.sara.gov.my/ |
- Klik pada pautan Portal Rasmi SARA di atas.
- Anda akan dibawa ke halaman utama SARA.
- Sila klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor MyKad anda.
- *Tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Klik pada [Verify you are human].
- Klik pula pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
SENARAI BARANG BOLEH BELI GUNA BANTUAN MYKAD 2026
Penerima yang layak Bantua dalam MyKad boleh membeli barang-barang keperluan asas yang disenaraikan seperti berikut :
| KATEGORI BARANG | PRODUK YANG DILULUSKAN |
|---|---|
| Bahan asas masakan | Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya. |
| Makanan sejuk beku | Burger, nuget, bebola daging, ayam, daging, itik dan sebagainya |
| Makanan ringan | Roti, biskut, bijirin dan sebagainya. |
| Minuman | Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya. |
| Produk penjagaan diri | Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya. |
| Keperluan asas bayi | Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya. |
| Ubat-ubatan | Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM. |
| Barang keperluan sekolah | Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya. |
| Produk kebersihan rumah | Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya. |
CARA GUNA BANTUAN MYKAD 2026
Ikuti langkah cara-cara guna Bantuan dalam MyKad seperti berikut :
| LANGKAH | CARA-CARA GUNA |
|---|---|
| 1. | Kunjungi premis terpilih SARA MyKasih yang terdekat anda |
| 2. | Pilih barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut label SARA MyKasih |
| 3. | Pergi ke kaunter ‘MyKasih’ |
| 4. | Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima dan baki |
| 5. | Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih |
| 6. | Transaksi bayaran akan ditolak dari MyKad |
| 7. | Resit pembelian akan diberikan untuk semakan baki dalam MyKad |
RUJUKAN LANJUT
Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA One-Off dalam MyKad, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami TIDAK sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau pelawat dan kami TIDAK pernah mengenakan sebarang bayaran bagi maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini adalah untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarka sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.