CEK SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAYARAN

CEK SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2026 : SEMAK STATUS KELAYAKAN & BAYARAN

Bayaran tambahan Sumbangan Asas Rahmah diberikan secara One-Off iaitu sekaligus sebagai penghargaan kepada seramai lebih 22 juta rakyat Malaysia tanpa mengira pendapatan (B40 / M40 / T20).

Setiap penerima yang layak akan terima bayaran melalui Kad Pengenalan (MyKad) dan boleh digunakan untuk beli barang keperluan di lebih 10,000 kedai runcit / pasar mini / pasar raya terpilih seluruh Malaysia.

Bagaimanakah cek status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah One Off? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN MRSM : (SESI 2026) CHECK RESULT ONLINE

TARIKH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2026

Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah secara One-Off dilakukan mengikut tarikh yang tertera di bawah :

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Isi Rumah09 Februari 2026 (Isnin)
Bujang09 Februari 2026 (Isnin)

JUMLAH BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2026

Semua penerima dari pelbagai kategori akan terima bayaran Sumbangan Asas Rahmah secara One-Off dengan jumlah sebanyak berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BAYARAN
Isi Rumah B40 & M40RM100 (suami)
dan
RM100 (isteri)
Isi Rumah T20RM100 (suami)
dan
RM100 (isteri)
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BAYARAN
Bujang Umur
21 hingga 59 tahun
RM100 (individu)
Bujang Umur
60 tahun & ke atas
RM100 (individu)

SYARAT KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAN ONE OFF 2026

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang diletakan untuk menerima Sumbangan Asas Rahmah secara One-Off :

SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Had Umur18 tahun dan ke atas
Status PerkahwinanBujang
atau
Berkahwin
Kadar PendapatanTiada had pendapatan
(terbuka kepada semua)
*NOTA : Terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun dan ke atas tanpa mengira kadar pendapatan dan status perkahwinan.

CEK STATUS KELAYAKAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2026

Rujuk panduan lengkap cara cek / semak status kelayakan sebagai penerima Sumbangan Asas Rahmah One-Off seperti berikut :

  1. Sila layari laman web rasmi Sumbangan Asas Rahmah.
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama Sumbangan Asas Rahmah.
  3. Untuk semakan, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor Kad Pengenalan pada ruang tersebut.
    • *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
      • Contoh : 900431112345.
  6. Sahkan verifikasi dengan klik kotak [/] Verify you are human.
  7. Klik pada butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan anda akan dipaparkan.
  9. Selesai.

*Contoh paparan status penerima yang layak :

Nama ProgramSARA One-Off 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/02/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00
*NOTA : Penerima boleh menggunakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) One-Off apabila program bermula.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut berkaitan Sumbangan Asas Rahmah, sila buat rujukan melalui pihak berwajib di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment