BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2026 ONE OFF : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2026 ONE OFF : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Berita baik kepada semua rakyat dewasa di Malaysia, Kerajaan akan mula menyalurkan Bantuan Asas Rahmah secara One-Off (sekaligus) untuk membantu meringankan bebanan kewangan rakyat dalam membuat persiapan menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan bulan Ramadan tidak lama lagi.

Bagaimanakah semakan status kelayakan dan bayaran Bantuan Asas Rahmah One-Off? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SENARAI NAMA PENERIMA EKASIH 2026 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BANTUAN RM200 SETIAP BULAN

TARIKH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2026 ONE OFF

🗓️ Tarikh Pembayaran Bantuan Asas Rahmah secara One-Off adalah pada :

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Isi Rumah,
Warga Emas
dan
Bujang
09 Februari 2026, Isnin

JUMLAH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH ONE OFF

Bantuan Asas Rahmah secara One-Off dibayar dengan jumlah mengikut kategori penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BAYARAN
Isi RumahRM100 – Suami
&
RM100 – Isteri
Warga EmasRM100
BujangRM100

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN ASAS RAHMAH ONE OFF

Namun, ianya diberikan khusus kepada rakyat Malaysia yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
Umur18 tahun dan ke atas
KategoriIsi Rumah, Warga Emas dan Bujang
Kadar PendapatanTidak mengira kadar pendapatan
(terbuka kepada semua)

CARA TERIMA BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH ONE OFF

Semua penerima yang layak akan terima bayaran Bantuan Asas Rahmah One-Off melalui cara-cara berikut :

KELAYAKAN PENERIMACARA TERIMA BAYARAN
Semua
(Isi Rumah, Warga Emas
dan Bujang)
Terima bayaran secara tanpa tunai
yang dikreditkan automatik
terus ke dalam Kad Pengenalan
penerima dan boleh digunakan
untuk beli barang keperluan asas

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH 2026 ONE OFF

Rakyat Malaysia kini boleh membuat semakan status untuk tahu kelayakan sama ada layak atau tidak terima Bantuan Asas Rahmah secara One-Off, ikuti cara semakan yang mudah dan lengkap di bawah :

PORTAL RASMIPAUTAN
Bantuan Asas Rahmahhttps://www.sara.gov.my/
  1. Sila layari pautan Portal Rasmi Bantuan Asas Rahmah di atas.
  2. Halaman utama Bantuan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor MyKad* pada ruang yang disediakan.
    • *Pastikan tanpa (-) dan tanpa <jarak>.
      • Contoh : 900230112345.
  6. Tandakan pada kotak [Verify you are human].
  7. Klik pada butang [Semakan Status].
  8. Status kelayakan penerima Bantuan Asas Rahmah (SARA) One-Off akan dipaparkan.
  9. Selesai.

*Contoh paparan status penerima yang layak :

Nama ProgramSARA One-Off 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/02/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki (RM)100.00

RUJUKAN LANJUT

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA One-Off, sila rujuk pihak berwajib di bawah :

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
  • E-mel Bantuan SARA : [email protected]

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment