SENARAI NAMA PENERIMA EKASIH 2026 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BANTUAN RM200 SETIAP BULAN

SENARAI NAMA PENERIMA EKASIH 2026 : CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BANTUAN RM200 SETIAP BULAN

Berdasarkan pengkalan data eKasih yang terkini untuk tahun 2026, kira-kira seramai 400,000 ribu individu telah berdaftar dan nama-nama telah tersenarai sebagai penerima yang layak secara automatik menerima bayaran sehingga RM200 setiap bulan.

Bagaimanakah semak senarai nama penerima eKasih? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SUMBANGAN ASAS RAHMAH ONE OFF 2026 BILA BAYAR : SEMAK STATUS KELAYAKAN SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK

KADAR BANTUAN EKASIH 2026

Bantuan SARA yang dikreditkan setiap bulan bagi penerima eKasih dan bukan eKasih mempunyai perbezaan seperti berikut :

  • Bayaran Bantuan SARA Untuk Penerima eKasih :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
Isi RumahRM200 setiap bulan
sehingga
RM2,400 setahun
Warga EmasRM150 setiap bulan
sehingga
RM1,800 setahun
BujangRM100 setiap bulan
sehingga
RM1,200 setahun
  • Bayaran Bantuan SARA Untuk Penerima Bukan eKasih :
KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
Isi RumahRM100 setiap bulan
sehingga
RM1,200 setahun
Warga EmasRM50 setiap bulan
sehingga
RM600 setahun
BujangRM50 setiap bulan
sehingga
RM600 setahun

KELAYAKAN PENERIMA EKASIH 2026

Berikut merupakan pemilihan kriteria kelayakan penerima eKasih yang ditetapkan :

KRITERIAKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
UmurTiada had umur
Status
Perkahwinan
Berkahwin
atau
Balu / Duda / Janda
(ada anak masih tanggungan)
Kadar
Pendapatan
Bawah Garis Kemiskinan (PGK)
*Catatan : Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) ialah pendapatan isi rumah yang ditetapkan oleh Kementerian Hal Ehwal Ekonomi (MEA) sebagai pengukuran kepada status kemiskinan bagi sesuatu isi rumah yang berdaftar dalam Sistem eKasih.

SENARAI NAMA PENERIMA EKASIH 2026

Untuk tahu nama anda tersenarai atau tidak sebagai penerima eKasih bagi tahun 2026, ikuti cara cek di bawah :

  1. Sila layari portal rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada eKasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-) contoh : 700129101234.
  4. Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  6. Status nama penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CEK KELAYAKAN PENERIMA SARA EKASIH 2026

Bagi mengetahui kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA setiap bulan (bulanan), ikuti cara cek kelayakan yang mudah di bawah :

  1. Sila klik pada pautan Portal Rasmi SARA di sini : https://www.sara.gov.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
  5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA eKasih, sila rujuk pihak berkuasa melalui talian dan laman yang tertera di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment