MYKASIH 2026 RM200 SEBULAN : AKAN DIBAYAR SETIAP BULAN DALAM IC KEPADA PEMOHON YANG LULUS KELAYAKAN
Program MyKasih iaitu Subangan Asas Rahmah diperluaskan daripada 5.4 juta penerima bagi tahun 2025 dan kini bagi tahun 2026 terdapat seramai lebih 8.1 juta penerima yang layak terima bayaran sehingga RM200 sebulan dikreditkan dalam IC untuk sepanjang tahun 2026.
Bagaimanakah semakan MyKasih RM200 sebulan dalam IC? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN
KEGUNAAN MYKASIH RM200 SEBULAN
Inisiatif MyKasih yang dikreditkan sehingga RM200 sebulan dalam IC adalah khas untuk penerima membuat pembelian barang-barang keperluan asas mengikut kategori yang diluluskan seperti berikut :
| KATEGORI BARANG | SENARAI DILULUSKAN |
|---|---|
| Barang dapur asas | Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya. |
| Makanan ringan | Roti, biskut, bijirin dan sebagainya. |
| Minuman | Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya. |
| Produk penjagaan diri | Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya. |
| Keperluan asas bayi | Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya. |
| Ubat-ubatan | Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM. |
| Barang persekolahan | Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya. |
| Produk pencuci rumah | Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya. |
TARIKH KREDIT MYKASIH 2026 RM200 SEBULAN
Sebulan sekali Bantuan MyKasih RM200 dikreditkan dalam IC penerima yang layak dan ianya dikreditkan secara automatik pada tarikh-tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| TARIKH KREDIT | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| 09 Januari 2026 | RM200 |
| 01 Februari 2026 | RM200 |
| 01 Mac 2026 | RM200 |
| 01 April 2026 | RM200 |
| 01 Mei 2026 | RM200 |
| 01 Jun 2026 | RM200 |
| 01 Julai 2026 | RM200 |
| 01 Ogos 2026 | RM200 |
| 01 September 2026 | RM200 |
| 01 Oktober 2026 | RM200 |
| 01 November 2026 | RM200 |
| 01 Disember 2026 | RM200 |
SIAPA LAYAK MYKASIH RM200 SEBULAN
Bantuan MyKasih sebanyak RM200 sebulan hanya layak diterima oleh mereka yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan oleh Kerajaan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Umur | Tiada had umur |
| Kategori | Ketua Isi Rumah (KIR) |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa |
| Status Permohonan STR 2026 | Lulus ✅ |
SEMAKAN KELAYAKAN MYKASIH 2026
Bagaimanapun, status kelayakan sebagai penerima Bantuan MyKasih boleh disemak secara atas talian (online) mengikut panduan yang kami sediakan di bawah :
- Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
- Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
- Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
- [SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
- [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
- Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100 One-off].
- Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
- Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima RM200 setiap bulan akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT MYKASIH
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://mykasih.com.my/.