BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN
Bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 1 diberikan kepada seramai 5 juta penerima. Namun, untuk bayaran Fasa ke-2 dijangka lebih dari 5 juta kerana permohonan baharu yang dibuka dan telah dimohon oleh rakyat Malaysia yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
Bagaimanakah semakan status penerima bayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN SARA 2026 ONLINE : JUMLAH BAYARAN YANG DITERIMA OLEH PENERIMA BERSTATUS LAYAK DI DALAM MYKAD
PENGENALAN BANTUAN TUNAI RAHMAH
Bantuan Tunai Rahmah atau ringkasnya lebih dikenali STR adalah merupakan sebuah bantuan kewangan yang diberikan kepada rakyat berpendapatan rendah seperti B40 dan M40 untuk menampung kos sara hidup dari semasa ke semasa.
PLATFORM BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH
Kerajaan menyediakan dua (2) platform bayaran Bantuan Tunai Rahmah untuk memudahkan penerima menerima bayaran :
🏦 Platform Bayaran Secara Tunai Di Bank :
| JENIS PENERIMA | CARA TERIMA BAYARAN |
|---|---|
| Tiada akaun bank atau tidak melengkapkan maklumat akaun bank semasa pengisian permohonan | Perlu menuntut bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional yang berhampiran (termasuk penerima di Sabah dan Sarawak) |
📱 Platform Bayaran Secara Kredit Dalam Bank :
| JENIS PENERIMA | CARA TERIMA BAYARAN |
|---|---|
| Mempunyai akaun bank dan melengkapkan maklumat akaun bank semasa pengirian permohonan | Perlu menunggu bayaran dikreditkan ke dalam akaun bank secara berperingkat melalui sistem ‘IBG Fund Credit’ |
NILAI BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH
Berikut merupakan nilai bayaran Bantuan Tunai Rahmah bagi setiap kategori :
🤵👰 Kategori Isi Rumah :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | NILAI BAYARAN |
|---|---|
| Pendapatan Bawah RM2,500 | Tiada anak : RM700 1 – 2 anak : RM1,200 3 – 4 anak : RM1,700 >5 anak : RM2,200 |
| Pendapatan Bawah RM5,000 | Tiada anak : RM200 1 – 2 anak : RM450 3 – 4 anak : RM700 >5 anak : RM950 |
🧑🦱 Kategori Bujang :
| KELAYAKAN BUJANG | NILAI BAYARAN |
|---|---|
| Berumur 21 hingga 59 tahun | – |
| Berumur 60 tahun & ke atas | RM600 (setiap individu) |
TARIKH BAYARAN BANTUAN TUNAI RAHMAH FASA 2 2026
Pembayaran Bantuan Tunai Rahmah Fasa 2 adalah bertarikh pada :
🗓️ Tarikh bayaran Bantuan Tunai Rahmah :
| PERINGKAT FASA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Fasa 2 | Mac 2026 |
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH
Status kelayakan sebagai penerima Bantuan Tunai Rahmah boleh disemak seperti berikut :
- Layari laman web rasmi Bantuan Tunai Rahmah di :
- Anda akan dibawa ke halaman ‘Log Masuk’.
- Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda / pemohon.
- Terus klik pada butang [Semak].
- Nama anda / pemohon akan dipaparkan sebagai ‘Kata Kunci Keselamatan’.
- Jika paparan tersebut betul, klik butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang telah dicipta dengan sah.
- Klik pada butang [Log Masuk].
- Papan pemuka anda / pemohon akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan & bayaran Bantuan Tunai Rahmah dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Rasmi : 1800 88 2747 / 03 8882 4565
- E-mel Rasmi : [email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://bantuantunai.hasil.gov.my/Info/MaklumatTerkini.