MYKASIH 2026 SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD SETIAP BULAN BERJUMLAH RM200, RM100, RM50

MYKASIH 2026 SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA : SAMA ADA LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BAYARAN BANTUAN SARA DALAM MYKAD SETIAP BULAN BERJUMLAH RM200, RM100, RM50

Inisiatif Bantuan SARA MyKasih iaitu Sumbangan Asas Rahmah untuk tahun 2026 telah mula disalurkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) penerima yang layak bermula bulan Januari dan seterusnya setiap bulan sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah semakan kelayakan penerima MyKasih 2026? Ikuti panduan semakan lengkap di bawah.

BACA JUGA : STR 2026 FASA 2 TARIKH BAYAR : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

JUMLAH PENERIMA SARA MYKASIH 2026

Seramai lebih 8.1 juta individu dari pelbagai kategori telah disahkan layak menerima Bantuan SARA MyKasih pada bulan Januari dan Februari yang merangkumi :

KATEGORI &
KELAYAKAN
PENERIMA
JUMLAH PENERIMA
YANG LAYAK
Isi Rumah
(Miskin, Miskin Tegar & Bukan Miskin)
3.7 juta penerima
Warga Emas
(Miskin, Miskin Tegar & Bukan Miskin)
1.3 juta penerima
Bujang
(Miskin, Miskin Tegar & Bukan Miskin)
3.1 juta penerima

KADAR BANTUAN SARA MYKASIH 2026

Kadar Bantuan SARA MyKasih untuk tahun 2026 adalah bermula RM50 hingga RM200 mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

KATEGORI &
KELAYAKAN
PENERIMA
KADAR KREDIT
SETIAP BULAN
KADAR KREDIT
SETAHUN
Isi Rumah
(Miskin Tegar)
RM200RM2,400
Warga Emas
(Miskin Tegar)
RM150RM1,800
Bujang
(Miskin Tegar)
RM100RM1,200
Isi Rumah
(Bukan Miskin)
RM100RM1,200
Warga Emas
(Bukan Miskin)
RM50RM600
Bujang
(Bukan Miskin)
RM50RM600

TARIKH KREDIT SARA MYKASIH 2026

Berikut merupakan tarikh pengkreditan Bantuan SARA MyKasih untuk sepanjang tahun 2026 :

KATEGORI PENERIMATARIKH KREDIT SARA
DALAM MYKAD
Isi Rumah
dan
Warga Emas
9 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026
Bujang16 Januari 2026
1 Februari 2026
1 Mac 2026
1 April 2026
1 Mei 2026
1 Jun 2026
1 Julai 2026
1 Ogos 2026
1 September 2026
1 Oktober 2026
1 November 2026
1 Disember 2026

MYKASIH 2026 SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA

Rakyat Malaysia boleh membuat semakan kelayakan melalui dua (2) platform yang disediakan oleh pihak Kerajaan yang boleh diakses secara percuma, antaranya ialah :

PLATFORM🔗 LINK RASMI
Portal MyKasihhttps://mykasih.com.my/
Aplikasi MyKasihhttps://mykasih.com.my/mykasih-app/

PANDUAN SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA SARA MYKASIH

Ikuti panduan lengkap cara semakan kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA MyKasih di bawah :

  • Cara Semakan Kelayakan Penerima SARA di Portal MyKasih :
    1. Sila layari laman web Portal MyKasih di atas.
    2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
    3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
    5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
    6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    7. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
    8. Selesai.
  • Cara Semakan Kelayakan Penerima SARA di Aplikasi MyKasih :
    1. Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
    2. Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
    3. Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100 One-off].
    4. Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
    5. Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
    6. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
    7. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
    8. Klik pada butang [Semakan Status].
    9. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
    10. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat.

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment