BANTUAN SARAWAK SKAS 2026 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN SARAWAK SKAS 2026 : SEMAK KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK

Bagi membantu meringankan bebanan kewangan rakyat Sarawak, Kerajaan Negeri Sarawak akan terus menyalurkan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak iaitu SKAS kepada rakyat yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan selama empat (4) fasa.

Bagaimanakah semak kelayakan Bantuan Sarawak SKAS? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026 : PEMOHON YANG BERSTATUS LULUS AKAN DIBAYAR DALAM IC

SYARAT LAYAK BANTUAN SARAWAK SKAS

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk penerima Bantuan Sumbangan Asas Sarawak (SKAS) :

  • Syarat Umum :
    • Warganegara Malaysia;
    • Kad Pengenalan berstatus ‘K’;
    • Beralamat dan menetap di Sarawak;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
  • Syarat Kelayakan Setiap Kategori :
SYARATISI RUMAHWARGA EMASBUJANG
Had UmurTiada60 tahun ke atas21 – 59 tahun
Status
Kahwin
Berkahwin
atau
Ibu / bapa
tunggal
(ada anak)
Bujang
atau
Ibu / bapa
tunggal
(tiada anak)
Bujang
atau
Balu /
Bercerai
(tiada anak)
PendapatanBawah
RM5,000
sebulan
Bawah
RM5,000
sebulan
Bawah
RM2,500
sebulan

KADAR BANTUAN SARAWAK SKAS 2026

Kerajaan Sarawak telah meningkatkan kadar bayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) bagi setiap kategori penerima sebanyak jumlah berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN SKAS
Isi RumahRM950
Warga EmasRM500
BujangRM300
*Namun, bayaran dilaksanakan secara empat (4) fasa yang mana setiap fasa diberikan dengan kadar sama rata.

KAEDAH BAYARAN BANTUAN SARAWAK SKAS

Semua penerima dari kategori isi rumah, warga emas dan bujang akan terima bayaran Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) melalui kaedah yang sama seperti berikut :

KAEDAH BAYARANMEDIUM PENERIMAAN
Tanpa tunai
(Baucar Digital)
Aplikasi S Pay Global

SEMAK KELAYAKAN BANTUAN SARAWAK SKAS

Kelayakan sebagai penerima Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) boleh disemak secara online melalui laman web rasmi seperti berikut :

  1. Layari laman web rasmi di sini : https://sarawak.gov.my/.
  2. Klik [Check Eligibility ]
  3. Sila pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah. Jika anda masih belum ada akaun, sila rujuk cara pendaftaran SarawakID di bawah.
  4. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda
  5. Seterusnya, klik butang [Next].
  6. Klik pada [My Individual Account].
  7. Masukkan nombor MyKad anda.
  8. Kemudian, klik [Search].
  9. Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  10. Sekiranya layak, sila kemaskini maklumat S Pay Global anda.
  11. Selesai.

CARA MOHON BANTUAN SARAWAK SKAS

Walaupun permohonan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak masih belum dibuka. Individu yang memenuhi syarat kelayakan boleh kemukakan permohonan apabila dibuka. Ikuti panduan cara mohon yang mudah di bawah :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Keperluan Asas Sarawak di pautan ini :https://service.sarawak.gov.my/web/web/home/sla_view/0/790/.
  2. Kemudian, klik pada butang [Apply Online] di bawah.
  3. Klik pada butang [Sarawak ID Login].
  4. Masukkan [Sarawak ID] anda dengan betul.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Next].
  6. Klik pada permohonan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
  7. Isikan segala maklumat yang diperlukan dengan betul dan tepat.
  8. Akhir sekali, klik butang [Hantar / Apply].
  9. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), sila rujuk pihak berwajib melalui :

PENAFIAN

Segala informasi yang kami kongsikan dalam artikel ini adalah bertujuan untuk memudahkan carian dan capaian orang ramai berkaitan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) yang mana tajuk dan kata kunci ini berdasarkan carian orang ramai.

Melalui artikel ini juga, pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pembaca atau tidak pernah mengenakan sebarang bayaran untuk info yang telah dikongsikan ini.

Pihak kami hanya merujuk sumber sahih di : https://ukas.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/29204

Leave a Comment