MYKASIH 2026 SETIAP BULAN : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BAYARAN BANTUAN SARA BULANAN (RM50 & RM100 & RM200)

MYKASIH 2026 SETIAP BULAN : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK DAPAT BAYARAN BANTUAN SARA BULANAN (RM50 & RM100 & RM200)

Bantuan SARA MyKasih iaitu Sumbangan Asas Rahmah Bulanan dibayar sebanyak RM50, RM100, RM150 dan sehingga RM200 setiap bulan kepada penerima-penerima yang layak khas untuk digunakan bagi membeli barang keperluan asas seperti barang dapur, produk penjagaan diri, ubat-ubatan dan sebagainya.

Bagaimanakah check status kelayakan MyKasih setiap bulan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR FASA 2 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

MEDIUM AGIHAN MYKASIH 2026

Berikut merupakan medium / cara agihan Bantuan SARA MyKasih kepada setiap penerima yang layak :

NEGERI PENERIMAMEDIUM AGIHAN MYKASIH
Semenanjung MalaysiaDiagihkan secara tanpa tunai
melalui Kad Pengenalan (IC)
penerima pada setiap bulan
khusus untuk beli barang
keperluan asas harian di
mana-mana kedai terpilih
Sabah, Sarawak dan
W.P Labuan
Diagihkan SAMA seperti
penerima di Semenanjung
Malaysia dan ianya TIDAK lagi
diagihkan secara tunai dua
tahun sekali

KADAR AGIHAN MYKASIH SETIAP BULAN

Kadar agihan Bantuan SARA MyKasih setiap bulan adalah bergantung kepada kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

KATEGORI
&
KELAYAKAN
KADAR AGIHAN
SETIAP BULAN
Isi Rumah
Miskin Tegar
RM200 setiap bulan
Isi Rumah
Bukan Miskin
RM100 setiap bulan
Warga Emas
Miskin Tegar
RM150 setiap bulan
Warga Emas
Bukan Miskin
RM50 setiap bulan
Bujang
Miskin Tegar
RM100 setiap bulan
Bujang
Bukan Miskin
RM50 setiap bulan

JADUAL AGIHAN MYKASIH 2026 SETIAP BULAN

Agihan Bantuan SARA MyKasih bagi tahun 2026 dilaksanakan setiap bulan mengikut jadual berikut :

AGIHAN UNTUK
ISI RUMAH &
WARGA EMAS
AGIHAN UNTUK
INDIVIDU
BUJANG
09/01/2026 (Jumaat)16/01/2026 (Jumaat)
01/02/2026 (Ahad)01/02/2026 (Ahad)
01/03/2026 (Ahad)01/03/2026 (Ahad)
01/04/2026 (Rabu)01/04/2026 (Rabu)
01/05/2026 (Jumaat)01/05/2026 (Jumaat)
01/06/2026 (Isnin)01/06/2026 (Isnin)
01/07/2026 (Rabu)01/07/2026 (Rabu)
01/08/2026 (Sabtu)01/08/2026 (Sabtu)
01/09/2026 (Selasa)01/09/2026 (Selasa)
01/10/2026 (Khamis)01/10/2026 (Khamis)
01/11/2026 (Ahad)01/11/2026 (Ahad)
01/12/2026 (Selasa)01/12/2026 (Selasa)

CHECK STATUS KELAYAKAN MYKASIH 2026

Rujuk panduan lengkap cara check status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA MyKasih setiap bulan :

PLATFORM
CHECK STATUS
LINK 🔗
Portal Rasmi MyKasihhttps://mykasih.com.my/
Aplikasi MyKasihhttps://mykasih.com.my/mykasih-app/
  • Cara Check Status Melalui Portal Rasmi MyKasih :
    1. Layari platform Portal Rasmi MyKasih (klik link di atas).
    2. Anda akan dibawa ke halaman utama MyKasih.
    3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
    5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
    6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    7. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
    8. Selesai.
  • Cara Check Status Melalui Aplikasi MyKasih :
    1. Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon pintar anda.
    2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
    3. Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100 One-off].
    4. Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
    5. Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
    6. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
    7. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
    8. Klik pada butang [Semakan Status].
    9. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
    10. Selesai.

PAPARAN STATUS KELAYAKAN MYKASIH 2026

Berikut merupakan contoh paparan status penerima yang layak terima Bantuan SARA MyKasih setiap bulan :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)200.00

INFO LANJUT MYKASIH

Kami hanya berkongsikan informasi untuk mudahkan carian dan capaian orang awam sahaja. Untuk informasi lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak rasmi melalui talian tertera di bawah :

PENAFIAN

Melalui informasi yang kami kongsikan dalam artikel ini, pihak kami tidak sama sekali meminta sebarag maklumat peribadi pembaca atau tidak pernah mengenakan bayaran daripada pembaca. Tujuan artikel ini ditulis adalah untuk memudahkan carian dan memberikan informasi terkini dari Kerajaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih sahaja.

Segala informasi dalam artikel ini adalah dirujuk daripada : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment