BANTUAN MYKASIH 2026 SETIAP BULAN : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN BULANAN (RM200 & RM100 & RM50)

BANTUAN MYKASIH 2026 SETIAP BULAN : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN BULANAN (RM200 & RM100 & RM50)

Bagi meringankan bebanan kos sara hidup rakyat terutamanya dalam pengurusan perbelanjaan bulanan, Kerajaan meluaskan pemberian Bantuan MyKasih kepada lebih ramai penerima yang layak pada setiap bulan untuk sepanjang tahun 2026.

Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima Bantuan MyKasih setiap bulan? Baca info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : KADAR BANTUAN STR 2026 – SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DIBAYAR KEPADA PEMOHON BERSTATUS LULUS

PENGENALAN BANTUAN MYKASIH SETIAP BULAN

Inisiatif Bantuan MyKasih atau rasminya dikenali Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan setiap bulan sebagai bantuan tambahan untuk membantu rakyat berpendapatan rendah seperti B40 dan M40 dalam memenuhi keperluan asas harian dan bulanan.

Bantuan ini disalurkan secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan penerima (tidak boleh dikeluarkan secara tunai) dan ianya perlu digunakan untuk perbelanjaan barang-barang keperluan asas di mana-mana kedai runcit atau pasaraya terpilih.

KRITERIA KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH SETIAP BULAN

Kerajaan memberikan Bantuan MyKasih secara automatik kepada individu yang berjaya memohon Sumbangan Tunai Rahmah serta memenuhi kriteria kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

  • Kelayakan Isi Rumah :
KRITERIAKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
Had UmurTiada had
Taraf
Perkahwinan
Berkahwin
atau
Balu / bercerai (ada anak)
Kadar
Pendapatan
Bawah Garis Kemiskinan (Daftar eKasih)
atau
Tidak melebihi RM5,000 sebulan
  • Kelayakan Warga Emas :
KRITERIAKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
Had Umur60 tahun & ke atas
Taraf
Perkahwinan
Bujang
atau
Balu / bercerai (tiada anak
yang status tanggungan)
Kadar
Pendapatan
Bawah Garis Kemiskinan (Daftar eKasih)
atau
Tidak melebihi RM5,000 sebulan
  • Kelayakan Bujang :
KRITERIAKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
Had Umur21 hingga 59 tahun
(OKU bermula 19 tahun)
Taraf
Perkahwinan
Bujang
atau
Balu / bercerai (tiada anak)
Kadar
Pendapatan
Bawah Garis Kemiskinan (Daftar eKasih)
atau
Tidak melebihi RM2,500 sebulan

JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2026 SETIAP BULAN

Setiap bulan Bantuan MyKasih akan disalurkan dengan jumlah yang berbeza mengikut kategori dan kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan seperti berikut :

  • Kategori Isi Rumah :
KELAYAKAN ISI RUMAHJUMLAH BANTUAN
MYKASIH
Isi Rumah Pendapatan
Bawah Garis Kemiskinan
(Daftar eKasih)
RM200 setiap bulan
sehingga
RM2,400 setahun
Isi Rumah Pendapatan
Tidak Lebih RM5,000
(Bukan eKasih)
RM100 setiap bulan
sehingga
RM1,200 setahun
  • Kategori Warga Emas :
KELAYAKAN WARGA EMASJUMLAH BANTUAN
MYKASIH
Warga Emas Pendapatan
Bawah Garis Kemiskinan
(Daftar eKasih)
RM150 setiap bulan
sehingga
RM1,800 setahun
Warga Emas Pendapatan
Tidak Lebih RM5,000
(Bukan eKasih)
RM50 setiap bulan
sehingga
RM600 setahun
  • Kategori Bujang :
KELAYAKAN BUJANGJUMLAH BANTUAN
MYKASIH
Bujang Pendapatan
Bawah Garis Kemiskinan
(Daftar eKasih)
RM100 setiap bulan
sehingga
RM1,200 setahun
Bujang Pendapatan
Tidak Lebih RM2,500
(Bukan eKasih)
RM50 setiap bulan
sehingga
RM600 setahun

JADUAL PENYALURAN BANTUAN MYKASIH SETIAP BULAN

Penyaluran Bantuan MyKasih yang dilaksanakan setiap bulan adalah mengikut tarikh-tarikh yang dijadualkan bagi setiap kategori seperti di bawah :

KATEGORI PENERIMATARIKH PENYALURAN
Isi Rumah
dan
Warga Emas
09 Januari 2026
01 Februari 2026
01 Mac 2026
01 April 2026
01 Mei 2026
01 Jun 2026
01 Julai 2026
01 Ogos 2026
01 September 2026
01 Oktober 2026
01 November 2026
01 Disember 2026
Bujang16 Januari 2026
01 Februari 2026
01 Mac 2026
01 April 2026
01 Mei 2026
01 Jun 2026
01 Julai 2026
01 Ogos 2026
01 September 2026
01 Oktober 2026
01 November 2026
01 Disember 2026

SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYKASIH

Oleh kerana Bantuan MyKasih disalurkan secara automatik dalam Kad Pengenalan setiap bulan, rakyat yang memenuhi kriteria kelayakan boleh membuat semakan status kelayakan secara online seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
  5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
  8. Selesai.

RUJUKAN LANJUT

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment