SEMAKAN BANTUAN MYKAD FASA FEBRUARI 2026 : BAYARAN BERJUMLAH RM200, RM100 & RM50 AKAN DIKREDIT MASUK JIKA LAYAK
Jika mana-mana individu yang memenuhi kelayakan dan disahkan layak oleh Kerajaan, mereka akan terima Bantuan sebanyak RM50, RM100, RM150 dan bahkan sehingga RM200 melalui MyKad untuk Fasa Februari 2026.
Bagaimanakah semakan Bantuan MyKad Fasa Februari? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN STR TAMBAHAN TERBARU 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
TARIKH BAYARAN BANTUAN MYKAD FASA FEBRUARI 2026
Bayaran Bantuan MyKad untuk Fasa Februari adalah pada tarikh berikut :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah & Warga Emas | 01 Februari 2026, Ahad |
| Bujang | 01 Februari 2026, Ahad |
JUMLAH BAYARAN BANTUAN MYKAD FASA FEBRUARI 2026
Berikut merupakan jumlah bayaran Bantuan dalam MyKad untuk Fasa Februari :
| KATEGORI & KELAYAKAN PENERIMA | JUMLAH BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah (Miskin Tegar) | RM200 (Februari) |
| Warga Emas (Miskin Tegar) | RM150 (Februari) |
| Bujang (Miskin Tegar) | RM100 (Februari) |
| Isi Rumah (Bukan Miskin) | RM100 (Februari) |
| Warga Emas (Bukan Miskin) | RM50 (Februari) |
| Bujang (Bukan Miskin) | RM50 (Februari) |
PANDUAN BELI BARANG GUNA BANTUAN MYKAD
Ikuti panduan lengkap cara beli barang keperluan asas guna Bantuan MyKad :
| BIL. | PANDUAN CARA GUNA |
|---|---|
| 1. | Pergi ke premis yang terpilih (Lebih 10,000 kedai terpilih seluruh Malaysia) |
| 2. | Ambil barang keperluan asas yang ada label SARA MyKasih |
| 3. | Berikan MyKad kepada juruwang untuk sahkan penerima & baki |
| 4. | Setiap barang akan diimbas oleh juruwang |
| 5. | Bayaran akan disahkan guna MyKad penerima |
| 6. | Resit pembelian akan diberikan |
SENARAI BARANG KEPERLUAN ASAS DILULUSKAN
Barang-barang keperluan asas yang diluluskan boleh beli guna Bantuan MyKad ada seperti berikut :
| KATEGORI | SENARAI BARANG |
|---|---|
| Bahan masakan asas | Beras, telur, minyak masak, tepung, mi segera, sardin, tuna, kicap, sos cili, gula, garam, cukup rasa, dan sebagainya. |
| Makanan ringan | Roti, biskut, dan sebagainya. |
| Minuman | Susu tepung, susu tin (pekat & cair), teh, coklat / Milo, kopi / Nescafe dan sebagainya. |
| Produk penjagaan diri | Ubat gigi, berus gigi, sabun mandian, shampoo, tuala wanita dan sebagainya. |
| Keperluan asas bayi | Lampin pakai buang, susu tepung (hanya jenama terpilih), sabun cecair mandian bayi dan sebagainya. |
| Ubat-ubatan | Panadol, ubat batuk dan sebagainya yang diluluskan oleh KKM. |
| Barang sekolah | Alat tulis, pakaian seragam sekolah, kasut sekolah dan sebagainya. |
| Produk kebersihan rumah | Sabun pencuci lantai, sabun / serbuk pencuci pakaian, sabun pencuci pinggan dan sebagainya. |
SEMAKAN BANTUAN MYKAD FASA FEBRUARI 2026
Ikuti cara semakan Bantuan MyKad untuk Fasa Februari seperti berikut :
- Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
- Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
- Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
- [SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
- [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100 One-Off]
- Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100One-off].
- Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
- Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.sara.gov.my/.