BAYARAN BANTUAN SARA RM100 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK TERIMA PEMBAYARAN DALAM IC FASA FEBRUARI
Pembayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk Fasa Februari telah mula dikreditkan kepada seramai 8.1 juta penerima yang layak dan ianya boleh terus digunakan untuk beli barang keperluan asas di mana-mana premis yang terpilih seluruh Malaysia.
Bagaimanakah semak status bayaran Bantuan SARA RM100? Ikuti penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : BANTUAN STR TAMBAHAN TERBARU 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
KADAR AMAUN BANTUAN SARA 2026
Setiap penerima akan terima kadar amaun Bantuan SARA mengikut kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
- Penerima Isi Rumah :
| KELAYAKAN ISI RUMAH | KADAR AMAUN |
|---|---|
| Isi Rumah Status Miskin & Miskin Tegar | RM200 sebulan |
| Isi Rumah Status Asas Bukan Miskin | RM100 sebulan |
- Penerima Warga Emas :
| KELAYAKAN WARGA EMAS | KADAR AMAUN |
|---|---|
| Warga Emas Status Miskin & Miskin Tegar | RM150 sebulan |
| Warga Emas Status Asas Bukan Miskin | RM50 sebulan |
- Penerima Bujang :
| KELAYAKAN BUJANG | KADAR AMAUN |
|---|---|
| Bujang Status Miskin & Miskin Tegar | RM100 sebulan |
| Bujang Status Asas Bukan Miskin | RM50 sebulan |
CARA TERIMA BAYARAN BANTUAN SARA 2026
Penerimaan bayaran Bantuan SARA adalah seperti cara berikut :
| KATEGORI PENERIMA | CARA TERIMA BAYARAN |
|---|---|
| Isi Rumah Warga Emas & Bujang | Terima bayaran Bantuan SARA secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan (IC) penerima dan perlu digunakan untuk beli barang keperluan asas |
TARIKH BAYARAN BANTUAN SARA RM100 2026
Pembayaran Bantuan SARA bagi Fasa Februari adalah bertarikh pada :
| KATEGORI PENERIMA | TARIKH BAYARAN (FASA FEBRUARI) |
|---|---|
| Isi Rumah | 01 Februari 2026 (Ahad) |
| Warga Emas | 01 Februari 2026 (Ahad) |
| Bujang | 01 Februari 2026 (Ahad) |
CARA SEMAK STATUS BAYARAN BANTUAN SARA 2026
Rujuk panduan lengkap cara semak status bayaran Bantuan SARA seperti berikut :
- Layari laman web rasmi SARA di sini : https://www.sara.gov.my/.
- Halaman utama SARA akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor IC pada ruang yang disediakan.
- Tanpa sengkang (-) dan tanpa <jarak>.
- Tandakan pada kotak [Verify you are human].
- Klik pula pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima dan status bayaran Bantuan SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
Contoh paparan status kelayakan dan status bayaran Bantuan SARA Bulanan >>
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 100.00 |
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.