BANTUAN DALAM MYKAD 2026 RM200 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK
MyKad iaitu Kad Pengenalan rakyat Malaysia digunakan untuk menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dan ianya diperlu digunakan bagi memenuhi keperluan asas melalui pembayaran tanpa tunai (cashless) tanpa membuat pengeluaran tunai.
Bagaimanakah semakan status layak atau tidak Bantuan Dalam MyKad RM200? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : JUMLAH DUIT BANTUAN TUNAI STR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN YANG AKAN DITERIMA JIKA LEPAS KELAYAKAN
SIAPA LAYAK TERIMA BANTUAN DALAM MYKAD RM200
Inisiatif Bantuan sebanyak RM200 dalam MyKad hanya layak diterima oleh yang memenuhi kriteria kelayakan seperti berikut :
| KRITERIA | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Kategori | Ketua Isi Rumah (KIR) |
| Status Perkahwinan | Berkahwin atau Balu / Bercerai (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | Pendapatan Bawah Garis Kemiskinan (PGK) Semasa (Tersenarai dalam rekod data eKasih sebagai rakyat Miskin & Miskin Tegar) |
| Permohonan STR | Lulus 2026 |
TARIKH BAYARAN BANTUAN DALAM MYKAD 2026 RM200
Berikut merupakan tarikh pembayaran Bantuan Dalam MyKad penerima yang layak setiap bulan :
| TARIKH BAYARAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| 09/01/2026 | RM200 |
| 01/02/2026 | RM200 |
| 01/03/2026 | RM200 |
| 01/04/2026 | RM200 |
| 01/05/2026 | RM200 |
| 01/06/2026 | RM200 |
| 01/07/2026 | RM200 |
| 01/08/2026 | RM200 |
| 01/09/2026 | RM200 |
| 01/10/2026 | RM200 |
| 01/11/2026 | RM200 |
| 01/12/2026 | RM200 |
LANGKAH GUNA BANTUAN DALAM MYKAD
Bagi penerima yang layak tetapi belum tahu cara menggunakan Bantuan Dalam MyKad, ikuti langkah-langkah berikut :
| LANGKAH | CARA GUNA BANTUAN |
|---|---|
| 1. | Lawati pasar raya / pasar mini / kedai runcit yang terpilih berhampiran anda |
| 2. | Ambil barang keperluan asas yang diluluskan |
| 3. | Pergi ke kaunter ‘MyKasih’ |
| 4. | Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan dan baki |
| 5. | Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih |
| 6. | Bayaran akan disahkan dengan guna MyKad penerima |
SENARAI BARANG BOLEH BELI GUNA BANTUAN DALAM MYKAD 2026
Berikut merupakan senarai barang-barang keperluan yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan RM200 dalam MyKad :
| BIL. | SENARAI BARANG DILULUSKAN |
|---|---|
| 1. | Beras |
| 2. | Roti |
| 3. | Telur |
| 4. | Minyak Masak |
| 5. | Tepung |
| 6. | Biskut |
| 7. | Mi Segera |
| 8. | Minuman |
| 9. | Makanan Dalam Tin |
| 10. | Bahan Perasa |
| 11. | Produk Penjagaan Diri |
| 12. | Keperluan Asas Bayi |
| 13. | Ubat-ubatan |
| 14. | Barang Sekolah |
| 15. | Produk Kebersihan Rumah |
SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK BANTUAN DALAM MYKAD
Untuk tahu status anda layak atau tidak terima Bantuan Dalam MyKad, semakan boleh dilakukan seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
Berikut merupakan contoh papara status penerima yang layak :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 200.00 |
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami menafikan bahawa tiada sebarang maklumat peribadi yang diminta atau direkodkan serta tiada sebarang bayaran yang kami kenakan untuk pembaca artikel ini kerana pihak kami hanya menulis dan kongsikan maklumat dan info terkini berkaitan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
Maklumat dalam artikel ini dirujuk daripada : https://www.sara.gov.my/.