SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026 : PENERIMA YANG LAYAK AKAN TERIMA BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH DALAM MYKAD

SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026 : PENERIMA YANG LAYAK AKAN TERIMA BAYARAN BANTUAN SARA MYKASIH DALAM MYKAD

Terbaru, bayaran Bantuan Asas Rahmah (SARA) untuk Fasa Februari 2026 telah mula dilaksanakan dan kira-kira seramai lebih 8.1 juta penerima dari kategori isi rumah, warga emas dan bujang mula menerima kredit dalam MyKad (Kad Pengenalan) masing-masing.

Bagaimanakah semakan Bantuan Asas Rahmah Fasa Februari 2026? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SARA ONE OFF 2026

TARIKH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026

Pembayaran Bantuan Asas Rahmah untuk Fasa Februari 2026 dilaksanakan mengikut tarikh seperti berikut :

KATEGORI PENERIMATARIKH BAYARAN
Isi Rumah1 Februari 2026 (Ahad)
Warga Emas1 Februari 2026 (Ahad)
Bujang1 Februari 2026 (Ahad)

JUMLAH BAYARAN BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026

Setiap kategori akan terima bayaran Bantuan Asas Rahmah untuk Fasa Februari dalam MyKad mengikut jumlah yang ditetapkan berdasarkan kelayakan seperti berikut :

KATEGORI & KELAYAKAN
PENERIMA
JUMLAH BAYARAN
Isi Rumah Miskin TegarRM200
Warga Emas Miskin TegarRM150
Bujang Miskin TegarRM100
Isi Rumah Bukan MiskinRM100
Warga Emas Bukan MiskinRM50
Bujang Bukan MiskinRM50

SEMAKAN BANTUAN ASAS RAHMAH FASA FEBRUARI 2026

Status kelayakan dan status bayaran Bantuan Asas Rahmah untuk Fasa Februari 2026 boleh disemak secara serentak melalui Portal Rasmi seperti tertera di bawah :

PORTAL RASMIPAUTAN
Sumbangan Asas Rahmah (SARA)https://www.sara.gov.my/

Ikuti panduan lengkap cara semakan status kelayakan dan status bayaran Bantuan Asas Rahmah Fasa Februari 2026 :

  1. Sila layari Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  2. Anda akan dibawa ke halaman utama Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  3. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Masukkan nombor MyKad* pada ruang yang disediakan.
    • *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
      • Contoh : 900230112345.
  5. Tandakan pada kotak [Verify you are human].
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan & bayaran Bantuan Asas Rahmah akan dipaparkan.
  8. Selesai.

**Contoh paparan status penerima yang layak terima Bantuan Asas Rahmah :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)200.00

CARA BELI BARANG GUNA BANTUAN ASAS RAHMAH 2026

Setelah Bantuan Asas Rahmah dikreditkan dalam MyKad, penerima yang layak boleh membuat pembelian barang keperluan asas mengikut panduan lengkap di bawah :

LANGKAHCARA-CARA GUNA BANTUAN
1.Kunjungi kedai runcit / pasar raya
terpilih (semak senarai kedai yang
terdekat : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/merchant-list)
2.Pilih barang keperluan asas yang
ingin dibeli (pastikan mempunyai
label Sumbangan Asas Rahmah
pada rak tanda harga)
3.Pergi ke kaunter yang mempunyai
sistem bayaran guna Bantuan Asas
Rahmah (MyKasih)
4.Berikan MyKad kepada juruwang
untuk pengesahan penerima dan
baki yang ada
5.Juruwang akan maklumkan baki
bantuan yang ada dalam MyKad
6.Setiap barang yang dipilih akan
diimbas oleh juruwang mengikut
baki yang ada
7.Bayaran akan disahkan dengan
guna MyKad
8.Resit bayaran akan diberikan
*Nota : Jika harga melebihi baki yang ada, penerima perlu membuat bayaran tunai bagi lebihan barang tersebut.

RUJUKAN LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bayaran Bantuan Asas Rahmah (SARA), anda boleh rujuk pihak berwajib untuk info lebih lanjut di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment