BANTUAN MYLESEN B2 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK & CARA MOHON LESEN PERCUMA JPJ TERKINI

BANTUAN MYLESEN B2 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK & CARA MOHON LESEN PERCUMA JPJ TERKINI

Program Bantuan MyLesen B2 sesi 2026 kini dibuka. Individu yang memenuhi syarat kelayakan, kini boleh membuat permohonan dengan segara untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) B2 secara percuma sebelum kuota dipenuhi dan tarikh permohonan ditutup.

Bagaimanakah semakan status dan permohonan bantuan mylesen b2 2026? Ikuti info lanjut disini.

Baca juga: BANTUAN RM1200 2026 : AKAN DIBAYAR KEPADA PEMOHON YANG LEPAS SYARAT KELAYAKAN – SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

BANTUAN MYLESEN B2

Bantuan MyLesen B2 ialah Bantuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 (motosikal) oleh Kerajaan melalui kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia untuk membantu rakyat Malaysia yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 secara percuma yang dibiayai penuh terutama golongan :

  • Pelajar Sekolah Menengah;
  • Pelajar Universiti; dan
  • Belia Dari Keluarga B40

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN MYLESEN B2

Syarat dan Kategori Kelayakan Lesen B2 Percuma mestilah terdiri daripada:

  • Warganegara Malaysia;
  • Berusia sekurangnya 16 tahun pada 1 Januari 2026;
  • Terdiri daripada Golongan B40 dan Tanggungan;
  • Sihat dari segi fizikal dan mental;
  • Belum memiliki sebarang Lesen Memandu semasa mengemukakan permohonan.
  • Bebas daripada senarai hitam oleh mana-mana Mahkamah, JPJ, PDRM atau mana-mana agensi.
  • Keutamaan kepada Pelajar Sekolah Menengah, Pelajar Institut Pengajian Tinggi atau Kadet JPJ;

KOS DAFTAR BANTUAN MYLESEN B2 2026

Program MyLesen B2 adalah SECARA PERCUMA dan DIBIAYAI PENUH OLEH KERAJAAN melalui kerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Kos-kos lain seperti kos pengangkutan ke institut memandu, serta makan minum sepanjang mengikuti kursus, latihan dan ujian memandu perlu ditanggung oleh peserta dan tidak termasuk di dalam pakej yuran pembiayaan oleh pihak Kerajaan.

PERMOHONAN BANTUAN MYLESEN B2

Permohonan lesen memandu percuma MyLesen B2 adalah HANYA secara fizikal di Pejabat JPJ Negeri di seluruh Malaysia yang berdekatan.

Ikuti langkah-langkah permohonan seperti berikut:

  1. Kunjungi Jabatan pengangkutan Jala Raya (JPJ) Negeri berdekatan anda.
  2. Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2026.
  3. Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
  4. Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti :
    • Kad Pengenalan;
    • Keputusan Ujian Saringan Kesihatan; dan
    • Gambar Pasport.
  5. Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal.
  6. Hantar borang permohonan dan dokumen sokongan tersebut ke pejabat JPJ berdekatan.
  7. Setelah permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal
  8. Pastikan pemohon hadir pada kesemua tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan tidak terbatal.
  9. Selesai.

JADUAL LATIHAN & UJIAN MYLESEN B2 2026

Modul Kursus, Latihan dan Ujian memandu perlu dijalani oleh peserta dalam tempoh yang telah ditetapkan sebelum Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 diberikan kepada penerima. Sekiranya peserta gagal untuk menamatkan Program MyLesen B2 dalam tempoh yang telah ditetapkan (3 bulan), peserta akan dikeluarkan daripada menyertai Program MyLesen B2 serta merta.

Jadual latihan dan ujian Program MyLesen B2 akan berlangsung seperti berikut :

  • Kursus Teori (KPP01) : Selama 6 Jam;
  • Ujian Bertulis (KPP01) : Selama 1 Jam;
  • Latihan Praktikal Di Litar (KPP02) : Selama 9 setengah Jam;
  • Latihan Praktikal Di Jalan Raya (KPP03) : 6 Jam;
  • Pra Ujian (QTI) : 30 Minit; dan
  • Ujian JPJ.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN BANTUAN MYLESEN B2

Program ini akan berlangsung bermula Mac hingga Oktober 2026. Kuota Penyertaan adalah terhad mengikut Negeri masing-masing.

Tarikh pendaftaran dan tarikh tutup penyertaan Program MyLesen B2 Tahun 2026 adalah berbeza mengikut negeri, dan boleh dirujuk seperti berikut :

NEGERITARIKH TUTUP PERMOHONAN
MyJPJ Negeri Melaka13 Februari 2026
MyJPJ Negeri Negeri Sembilan7 Februari 2026
MyJPJ Negeri Perlis31 Januari 2026 & 1 Februari 2026
MyJPJ Negeri Johor13 Februari 2026
MyJPJ Negeri Pahang30 Januari 2026
MyJPJ Negeri Selangor6 Februari 2026

Untuk memohon Program MyLesen B2 Tahun 2026, borang dan pendaftaran boleh dibuat melalui Pejabat JPJ Negeri di seluruh Malaysia.

INFO LANJUT

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Jabatan pengangkutan Jala Raya (JPJ) yang berdekatan.

PENAFIAN

Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.

Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
https://ihsanmadani.gov.my/inisiatif/pengangkutan/program-mylesen-b2

Leave a Comment