BANTUAN SARA 2026 RM200 SEBULAN : SEMAK STATUS KELAYAKAN LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN DI DALAM MYKAD SETIAP BULAN
Bagi membantu meringankan bebanan kos sara hidup rakyat dalam memenuhi keperluan asas harian, Kerajaan telah bersetuju untuk melaksanakan Bantuan SARA dan meluaskan agihan kepada lebih ramai penerima yang layak sehingga RM200 sebulan.
Bagaimanakah semak status kelayakan Bantuan SARA RM200 sebulan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : CHECK DUIT STR FASA 1 2026 : SEMAK AMAUN YANG AKAN DIBAYAR KEPADA PENERIMA BERSTATUS LAYAK
TARIKH KREDIT BANTUAN SARA 2026 RM200 SEBULAN
Bantuan SARA sebanyak RM200 sebulan dikreditkan bermula Januari hingga Disember 2026 mengikut tarikh-tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| JUMLAH BANTUAN | TARIKH KREDIT |
|---|---|
| RM200 | 09/01/2026 (Jumaat) |
| RM200 | 01/02/2026 (Ahad) |
| RM200 | 01/03/2026 (Ahad) |
| RM200 | 01/04/2026 (Rabu) |
| RM200 | 01/05/2026 (Jumaat) |
| RM200 | 01/06/2026 (Isnin) |
| RM200 | 01/07/2026 (Rabu) |
| RM200 | 01/08/2026 (Sabtu) |
| RM200 | 01/09/2026 (Selasa) |
| RM200 | 01/10/2026 (Khamis) |
| RM200 | 01/11/2026 (Ahad) |
| RM200 | 01/12/2026 (Selasa) |
KRITERIA PENERIMA BANTUAN SARA RM200 SEBULAN
Berikut merupakan kriteria kelayakan penerima Bantuan SARA sebanyak Rm200 sebulan :
| KRITERIA | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Status Perkahwinan | Berkahwin atau Balu / Bercerai |
| Jumlah Tanggungan | Tiada atau lebih 5 orang (bergantung pemohon) |
| Kadar Pendapatan | Tidak lebih RM2,500 atau Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa |
| Permohonan STR | Lulus ✅ |
CARA PENERIMAAN BANTUAN SARA 2026
Kategori seperti isi rumah, warga emas dan bujang yang layak akan terima Bantuan SARA melalui cara berikut :
| KATEGORI PENERIMA | CARA TERIMA BANTUAN SARA |
|---|---|
| Isi Rumah, Warga Emas & Bujang | Terima bayaran Bantuan SARA secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan (MyKad) pada setiap bulan khas untuk pembelian barang keperluan asas harian |
SEMAK STATUS KELAYAKAN BANTUAN SARA 2026
Untuk tahu status kelayakan sama ada layak atau tidak terima Bantuan SARA, anda boleh membuat semakan status seperti berikut :
- Sila layari laman web rasmi SARA di sini : https://www.sara.gov.my/.
- Halaman utama SARA akan dipaparkan.
- Klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan Nombor MyKad* pada ruang yang disediakan.
- *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Contoh : 850230112345.
- *Pastikan tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Tandakan pada kotak [Verify you are human].
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima Bantuan SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
**Contoh paparan status penerima layak Bantuan SARA RM200 sebulan :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 200.00 |
LANGKAH GUNA BANTUAN SARA 2026
Setelah disahkan layak dan Bantuan SARA dikreditkan dalam Kad Pengenalan (MyKad), penerima boleh membuat pembelian barang keperluan asas mengikut langkah-langkah berikut :
| LANGKAH | CARA GUNA BANTUAN SARA |
|---|---|
| 1. | Kunjungi kedai runcit / pasaraya / pasar mini berdaftar dengan Bantuan SARA |
| 2. | Pilih barang keperluan asas yang terpilih (mempunyai label SARA pada rak tanda harga) |
| 3. | Berikan MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima dan baki |
| 4. | Juruwang akan imbas setiap barang yang dipilih mengikut jumlah baki Bantuan SARA yang ada dalam MyKad |
| 5. | Bayaran akan disahkan dengan menggunakan MyKad penerima (jika lebih baki dalam MyKad, penerima perlu bayar lebihan barang secara tunai) |
| 6. | MyKad penerima akan dikembalikan |
| 7. | Resit pembelian guna MyKad akan diberikan untuk rujukan baki |
RUJUKAN LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Pihak kami menafikan bahawa tiada sebarang maklumat peribadi yang diminta atau direkodkan serta tiada sebarang bayaran yang kami kenakan untuk pembaca artikel ini kerana pihak kami hanya menulis dan kongsikan maklumat dan info terkini berkaitan Bantuan SARA.
Maklumat dalam artikel ini kami rujuk dari sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.