EKASIH 2026 RM2400 : AKAN DIBAYAR KEPADA PENERIMA YANG LEPAS SYARAT KELAYAKAN YANG DITETAPKAN

EKASIH 2026 RM2400 : AKAN DIBAYAR KEPADA PENERIMA YANG LEPAS SYARAT KELAYAKAN YANG DITETAPKAN

Pemberian Bantuan Sumbangan Asas Rahmah sehingga RM2,400 kepada penerima yang melepasi syarat kelayakan eKasih adalah bertujuan untuk membantu meringankan bebanan kos sara hidup dalam menampung perbelanjaan keperluan barangan asas bagi tahun 2026.

Bagaimanakah semakan kelayakan penerima eKasih RM2400? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : KELAYAKAN STR 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK FASA 1

TARIKH BAYARAN EKASIH 2026 RM2400

Bantuan sebanyak RM2,400 bukanlah dibayar secara sekaligus (lumpsum) kepada penerima, namun sebaliknya dibayar secara ansur setiap bulan mengikut tarikh bayaran berikut :

TARIKH BAYARANJUMLAH RM2400
(ANSUR)
09 Januari 2026RM200
01 Februari 2026RM200
01 Mac 2026RM200
01 April 2026RM200
01 Mei 2026RM200
01 Jun 2026RM200
01 Julai 2026RM200
01 Ogos 2026RM200
01 September 2026RM200
01 Oktober 2026RM200
01 November 2026RM200
01 Disember 2026RM200

SYARAT KELAYAKAN EKASIH RM2400

Bantuan sebanyak RM2,400 hanya khusus diberikan kepada rakyat yang benar-benar layak serta memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :

SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
KategoriKetua Isi Rumah (KIR)
Status
Perkahwinan
Berkahwin
atau
Balu / Bercerai (ada anak)
Kadar
Pendapatan
Bawah Garis Kemiskinan
(PGK) Semasa dan
tersenarai dalam pangkalan
data eKasih sebagai rakyat
Miskin & Miskin Tegar
Permohonan STRLulus sebagai isi rumah B40

CARA SEMAK STATUS EKASIH 2026

Bagi yang telah mendaftar eKasih, semak status pendaftaran anda untuk tahu anda tersenarai atau tidak dalam pangkalan data eKasih :

  1. Sila layari portal rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
  2. Kemudian, klik pada eKasih [Semakan Pendaftaran].
  3. Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa – (contoh : 700129101234).
  4. Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  6. Status penerima akan dipaparkan.
  7. Selesai.

CARA SEMAK STATUS BANTUAN RM2400

Untuk tahu sama ada anda layak atau tidak terima Bantuan RM2,400, ikuti cara semak status seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
  3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
  5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
  6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
  8. Selesai.
Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)200.00

MEDIUM BAYARAN EKASIH RM2400

Pembayaran Bantuan RM2,400 kepada penerima eKasih di Semenanjung Malaysia serta penerima Sabah, Sarawak dan W.P Labuan adalah melalui medium berikut :

NEGERI PENERIMAMEDIUM BAYARAN
Semenanjung MalaysiaDibayar secara tanpa tunai
(cashless) setiap bulan
melalui Kad Pengenalan
(MyKad) ketua isi rumah
khusus untuk digunakan
bagi membeli barang keperluan
asas
Sabah, Sarawak &
W.P Labuan
Dibayar secara tanpa tunai
(cashless) setiap bulan
melalui Kad Pengenalan
(MyKad) ketua isi rumah
khusus untuk digunakan
bagi membeli barang keperluan
asas

RUJUKAN LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang masalah atau pertanyaan lanjut berkaitan Bantuan SARA eKasih, sila rujuk pihak berwajib melalui talian, laman web dan e-mel seperti di bawah :

PENAFIAN

Pihak kami menafikan bahawa tiada sebarang maklumat peribadi yang diminta atau direkodkan serta tiada sebarang bayaran yang kami kenakan untuk pembaca artikel ini kerana pihak kami hanya menulis dan kongsikan maklumat dan info terkini berkaitan SARA eKasih.

Artikel ini ditulis berdasarkan maklumat sahih daripada : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment