EKASIH SEMAK RM200 : 2026 CEK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Berdasarkan rekod pangakalan data eKasih yang terbaru, kira-kira seramai lebih 400,000 ribu individu yang merupakan Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) yang tersenarai serta layak terima bayaran Bantuan SARA sehingga RM200 setiap bulan.
Bagaimanakah semak status eKasih RM200? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : STR 2026 FASA 1 TARIKH BAYARAN : CHECK STATUS KELULUSAN LULUS ATAU TIDAK TERIMA BANTUAN TUNAI RAHMAH
PENGENALAN EKASIH RM200
EKasih bukanlah program atau bantuan. Namun ianya merupakan sebuah Pangkalan Data Kemiskinan Nasional yang menyimpan data profil individu yang berpendapatan di bawah garis kemiskinan semasa yang layak menerima pelbagai bantuan oleh kerajaan dan agansi.
Antara bantuan yang dikreditkan kepada penerima eKasih adalah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan kadar yang tinggi berbanding penerima yang tidak tersenarai dalam rekod data eKasih bagi tahun 2026.
MANFAAT PENERIMA EKASIH
Bagi mereka yang berdaftar dan tersenarai dalam rekod data eKasih akan menerima manfaat seperti berikut :
| BIL. | MANFAAT PENERIMA EKASIH |
|---|---|
| 1. | Layak terima bayaran Bantuan SARA setiap bulan secara automatik |
| 2. | Bayaran diberikan dengan kadar tinggi iaitu sebanyak RM100, RM150 dan RM200 setiap bulan |
| 3. | Dapat gunakan Bantuan SARA untuk memenuhi keperluan asas harian untuk seisi keluarga |
JADUAL BAYARAN EKASIH RM200
Bayaran sebanyak RM200 akan diberikan kepada isi rumah yang berdaftar dengan eKasih mengikut jadual seperti berikut :
| TARIKH BAYARAN | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| 09 Januari 2026 | RM200 |
| 01 Februari 2026 | RM200 |
| 01 Mac 2026 | RM200 |
| 01 April 2026 | RM200 |
| 01 Mei 2026 | RM200 |
| 01 Jun 2026 | RM200 |
| 01 Julai 2026 | RM200 |
| 01 Ogos 2026 | RM200 |
| 01 September 2026 | RM200 |
| 01 Oktober 2026 | RM200 |
| 01 November 2026 | RM200 |
| 01 Disember 2026 | RM200 |
SYARAT KELAYAKAN EKASIH RM200
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan SARA RM200 :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Kategori | Ketua Isi Rumah (KIR) |
| Status Perkahwinan | Berkahwin atau Balu / Bercerai (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) Semasa & tersenarai dalam rekod data eKasih |
| Permohonan STR | Lulus 2026 |
EKASIH SEMAK STATUS PENERIMA RM200
Bagi yang telah mendaftar eKasih, anda boleh semak kelayakan pendaftaran seperti berikut :
- Sila layari laman rasmi eKasih di sini : https://ekasih2.icu.gov.my/.
- Portal pangkalan data eKasih akan dipaparkan.
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No.KP’ tanpa (-).
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Setelah status kelayakan eKasih disemak, anda perlu menyemak status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA RM200 seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan nombor kad pengenalan pada ruangan ‘No. MyKad*’.
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
Berikut merupakan contoh paparan status penerima yang layak terima Bantuan RM200 :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 200.00 |
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan SARA MOF : 03 7720 1800 / https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Talian eKasih : 03 8000 8000 / https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Pihak kami hanya berkongsi maklumat tentang bantuan yang disediakan oleh pihak Kerajaan Malaysia dan juga Kerajaan Negeri bertujuan untuk berkongsi dan memudahkan carian pelawat. Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pelawat atau tidak pernah mengenakan bayaran melalui maklumat yang dikongsikan ini. Tujuan penulisan ini hanyalah berkongsi maklumat dan memudahkan pelawat mendapat info terbaru tentang bantuan. Artikel ini di rujuk berdasarkan Portal Rasmi dari : https://www.sara.gov.my/.