MYKASIH FASA 1 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

MYKASIH FASA 1 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

Sistem agihan MyKasih adalah bertujuan untuk memastikan bantuan digunakan hanya untuk barangan keperluan asas yang dibenarkan. Sekaligus ianya bagi menyokong golongan berpendapatan rendah seperti miskin tegar dapat memenuhi keperluan asas bulanan.

Bagaimanakah semak status MyKasih Fasa 1? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.

BACA JUGA : JUMLAH WANG BANTUAN STR 2026 : SEMAK JUMLAH PEMBAYARAN AKAN DITERIMA PEMOHON YANG LAYAK FASA 1

MANFAAT BANTUAN MYKASIH

Berikut merupakan antara manfaat Bantuan MyKasih yang akan dinikmati oleh penerima yang layak :

BIL.SENARAI MANFAAT MYKASIH
1.Dapat meringankan beban kos
perbelanjaan dapur setiap bulan
2.Boleh gunakan Bantuan MyKasih
untuk beli barang keperluan asas
harian dan bulanan
3.Pembelian secara tanpa tunai
(cashless) dengan menggunakan
Kad Pengenalan (MyKad)
4.Boleh digunakan di mana-mana
kedai runcit / pasar mini / pasaraya
terpilih seluruh Malaysia
5.Penggunaan mudah dan cepat
hanya perlu guna Kad Pengenalan
dan tidak boleh dikeluarkan
secara tunai
6.Baki yang tidak digunakan atau
tidak habis akan dibawa ke bulan
berikutnya dan boleh guna bersama
kredit semasa
7.Disah digunakan sehingga
31 Disember 2026

TARIKH KREDIT MYKASIH FASA 1 2026

Pengkreditan Bantuan MyKasih Fasa 1 telah mula dilaksanakan pada tarikh-tarikh seperti berikut :

KATEGORI PENERIMATARIKH KREDIT
FASA 1
Isi Rumah
(Miskin Tegar & Bukan Miskin)
09 Januari 2026 (Jumaat)
Warga Emas
(Miskin Tegar & Bukan Miskin)
09 Januari 2026 (Jumaat)
Bujang
(Miskin Tegar & Bukan Miskin)
16 Januari 2026 (Jumaat)

KADAR BANTUAN MYKASIH FASA 1 2026

Kadar bayaran Bantuan MyKasih untuk Fasa 1 dikreditkan sebanyak berikut :

KATEGORI & KELAYAKAN
PENERIMA
KADAR BANTUAN
FASA 1
Isi Rumah Status
Miskin Tegar
RM200
Warga Emas Status
Miskin Tegar
RM150
Bujang Status
Miskin Tegar
RM100
Isi Rumah Status
Bukan Miskin
RM100
Warga Emas Status
Bukan Miskin
RM50
Bujang Status
Bukan Miskin
RM50

PLATFORM SEMAK STATUS MYKASIH

Ada dua (2) platform yang boleh diakses secara percuma untuk semakan status penerima, iaitu :

PLATFORMPAUTAN
Aplikasi MyKasihhttps://mykasih.com.my/mykasih-app/
Portal Rasmi MyKasihhttps://mykasih.com.my/

CARA SEMAK STATUS MYKASIH 2026

Ikuti cara semakan status MyKasih melalui dua (2) platform yang tertera di bawah :

  • Panduan Semakan Status Dalam Aplikasi MyKasih :
    1. Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
    2. Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
    3. Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
      • [SARA Untuk Semua RM100One-Off]
      • [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100One-Off]
    4. Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100One-off].
    5. Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
    6. Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
    7. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
    8. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
    9. Klik pada butang [Semakan Status].
    10. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
    11. Selesai.
  • Panduan Semakan Status Di Portal Rasmi MyKasih :
    1. Layari pautan Portal Rasmi MyKasih.
    2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
    3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
    5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
    6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    7. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
    8. Selesai.

RUJUKAN LANJUT MYKASIH

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment