SEMAKAN EKASIH 2026 RM200 SEBULAN : PENERIMA AKAN DIBAYAR DUIT BANTUAN DI DALAM MYKAD JIKA STATUS LAYAK

SEMAKAN EKASIH 2026 RM200 SEBULAN : PENERIMA AKAN DIBAYAR DUIT BANTUAN DI DALAM MYKAD JIKA STATUS LAYAK

EKasih bukanlah bantuan, namun ianya merupakan Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi data individu yang merupakan Miskin dan Miskin Tegar yang layak menerima pelbagai bantuan termasuk Bantuan SARA sehingga RM200 sebulan.

Bagaimanakah semakan eKasih RM200 sebulan? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR 2026 FASA 1 TARIKH BAYAR : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK

JUMLAH AGIHAN EKASIH 2026

Bukan semua penerima yang akan terima bantuan sebanyak RM200 sebulan. Namun, ianya akan diagihkan mengikut kategori penerima yang daftar eKasih dan bukan eKasih seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH AGIHAN
Isi Rumah
Daftar eKasih
RM200 sebulan
Warga Emas
Daftar eKasih
RM150 sebulan
Bujang
Daftar eKasih
RM100 sebulan
Isi Rumah
Bukan eKasih
RM100 sebulan
Warga Emas
Bukan eKasih
RM50 sebulan
Bujang
Bukan eKasih
RM50 sebulan

SYARAT LAYAK EKASIH RM200 SEBULAN

Berikut merupakan syarat kelayakan penerima Bantuan RM200 sebulan :

SYARATKELAYAKAN PENERIMA
WarganegaraMalaysia
KategoriKetua Isi Rumah
Kadar
Pendapatan
Bawah Garis Kemiskinan
(PGK) Semasa
Had UmurTiada had umur
Status eKasihBerdaftar & tersenarai
dalam rekod data eKasih
Status STRLulus permohonan STR 2026

JADUAL AGIHAN EKASIH 2026 RM200 SEBULAN

Bantuan RM200 sebulan akan diagihkan bermula Januari hingga Disember mengikut jadual yang ditetapkan seperti berikut :

TARIKH AGIHANJUMLAH BANTUAN
9 Januari 2026RM200
1 Februari 2026RM200
1 Mac 2026RM200
1 April 2026RM200
1 Mei 2026RM200
1 Jun 2026RM200
1 Julai 2026RM200
1 Ogos 2026RM200
1 September 2026RM200
1 Oktober 2026RM200
1 November 2026RM200
1 Disember 2026RM200

SEMAKAN EKASIH 2026 RM200 SEBULAN

Untuk tahu sama ada anda layak atau tidak terima duit Bantuan eKasih RM200 sebulan, ikuti cara semakan status yang lengkap seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan eKasih rasmi di sini : https://ekasih2.icu.gov.my/.
  2. Masukkan nombor Kad Pengenalan tanpa (-).
  3. Masukkan Kod Kaptcha mengikut imej yang disediakan.
  4. Klik pada butang [Klik Untuk Carian].
  5. Status kelayakan penerima eKasih akan dipaparkan.
  6. Selesai.

Walaupun anda tidak tersenarai dalam rekod data eKasih, anda masih boleh menerima bayaran Bantuan SARA sebulan sekali. Oleh itu, semak status kelayakan anda sebagai penerima Bantuan SARA seperti berikut :

  1. Sila klik pada pautan SARA rasmi di sini : https://www.sara.gov.my/.
  2. Klik pada butang [Semak Kelayakan].
  3. Masukkan Nombor Kad Pengenalan tanpa (-).
  4. Klik pada [Verify you are human].
  5. Seterusnya, klik butang [Semakan Status].
  6. Status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA Bulanan akan dipaparkan.
  7. Selesai.

INFO LANJUT

Untuk informasi lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA eKasih, anda boleh dapatkan melalui pihak berwajib di talian berikut :

  • Talian SARA MOF : 03 7720 1800
  • Talian eKasih : 03 8000 8000

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment