EKASIH SEMAKAN RM200 : 2026 SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK
Berdasarkan rekod Bank Data Kemiskinan Nasional eKasih yang terkini, terdapat seramai lebih 400,000 ribu individu yang tersenarai dan layak secara automatik menerima bayaran Bantuan SARA berjumlah sehingga RM200 setiap bulan.
Bagaimanakah semakan status eKasih RM200? Ikuti panduan dan penjelasan lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : MYKASIH BARANG DAPUR 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK (RM200 & RM100 & RM50 SETIAP BULAN)
CARA TERIMA EKASIH RM200
Penerima-penerima yang layak akan terima Bantuan RM200 melalui satu (1) cara, iaitu :
| NEGERI PENERIMA | CARA TERIMA BANTUAN |
|---|---|
| Kuala Lumpur, Selangor, Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan | Terima bayaran Bantuan RM200 setiap bulan secara tanpa tunai dikreditkan melalui Kad Pengenalan khas untuk pembelian barangan keperluan harian |
| Sabah, Sarawak & W.P Labuan | Terima bayaran Bantuan RM200 setiap bulan secara tanpa tunai dikreditkan melalui Kad Pengenalan khas untuk pembelian barangan keperluan harian |
TARIKH KREDIT EKASIH RM200
Penerima yang layak akan terima kredit Bantuan RM200 pada setiap bulan mengikut tarikh-tarikh yang dijadualkan seperti berikut :
| TARIKH KREDIT | JUMLAH BANTUAN |
|---|---|
| 9 Januari 2026 | RM200 |
| 1 Februari 2026 | RM200 |
| 1 Mac 2026 | RM200 |
| 1 April 2026 | RM200 |
| 1 Mei 2026 | RM200 |
| 1 Jun 2026 | RM200 |
| 1 Julai 2026 | RM200 |
| 1 Ogos 2026 | RM200 |
| 1 September 2026 | RM200 |
| 1 Oktober 2026 | RM200 |
| 1 November 2026 | RM200 |
| 1 Disember 2026 | RM200 |
SYARAT LAYAK EKASIH RM200
Bantuan RM200 setiap bulan khusus diberikan kepada rakyat Malaysia yang memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Status Diri | Ketua Isi Rumah : Berkahwin (ada / tiada anak) atau Ibu / bapa tunggal (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) Semasa |
| Pendaftar eKasih | Berdaftar & tersenarai dalam rekod data eKasih |
| Permohonan STR | Lulus (Kategori isi rumah) |
EKASIH SEMAKAN RM200
Status pendaftaran eKasih boleh disemak secara atas talian (online) mengikut panduan berikut :
- Sila layari portal rasmi eKasih; atau klik pada pautan di sini : https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx.
- Kemudian, klik pada eKasih [Semakan Pendaftaran].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Masukkan kod kaptcha yang betul berdasarkan imej yang dipaparkan.
- Seterusnya, klik pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Setelah anda menyemak status eKasih, anda perlu membuat semakan seterusnya di MyKasih untuk tahu sama ada layak atau tidak terima Bantuan RM200. Ikuti cara semakan berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA RM200 Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
INFO LANJUT
Untuk dapatkan informasi lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA eKasih, anda boleh hubungi pihak berwajib melalui talian berikut :
- Talian Bantuan : 03 8000 8000 / Talian SARA : 03 7720 1800
- Laman Pertanyaan e-Kasih : https://www.malaysia.gov.my/portal/contact.
PENAFIAN
Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat peribadi pengguna atau mengenakan sebarang bayaran untuk pembaca bagi maklumat yang telah kami kongsikan ini. Penulisan artikel ini adalah bertujuan untuk berkongsikan maklumat terkini untuk memudahkan carian berkaitan Bantuan SARA eKasih.
Artikel ini adalah dirujuk berdasarkan sumber sahih dari : https://www.sara.gov.my/.