BANTUAN EKASIH 2026 RM200 SEBULAN : SEMAKAN STATUS KELULUSAN PENERIMA YANG LULUS DIKREDIT MASUK DUIT DALAM MYKAD SECARA BULANAN
Berdasarkan pengkalan data eKasih, kira-kira seramai lebih 400,000 ribu individu yang tersenarai dan layak menerima pengkreditan duit Bantuan SARA Bulanan termasuk bayaran sebanyak RM200 sebulan.
Bagaimanakah semakan status kelulusan penerima Bantuan eKasih RM200 sebulan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
BACA JUGA : AMAUN DUIT BANTUAN STR 2026 : CEK JUMLAH PEMBAYARAN AKAN DITERIMA PENERIMA YANG LULUS PERINGKAT FASA 1
CARA AGIHAN BANTUAN EKASIH 2026
Penerima-penerima dari Semenanjung Malaysia dan penerima di Sabah, Sarawak dan W.P Labuan akan terima agihan Bantuan eKasih melalui cara berikut :
| NEGERI PENERIMA | CARA AGIHAN BANTUAN |
|---|---|
| Semenanjung Malaysia | Diagihkan secara tanpa tunai setiap bulan melalui Kad Pengenalan khas untuk pembelian barang keperluan secara tanpa tunai dan tidak boleh dikeluarkan secara tunai |
| Sabah, Sarawak & W.P Labuan | Tidak lagi diagihkan secara tunai ianya diagihkan sama seperti penerima di Semenanjung Malaysia iaitu tanpa tunai setiap bulan melalui Kad Pengenalan |
TARIKH AGIHAN BANTUAN EKASIH 2026 RM200 SEBULAN
Berikut merupakan tarikh agihan Bantuan eKasih pada setiap bulan untuk sepanjang tahun 2026 kepada penerima yang layak :
| JUMLAH BANTUAN | TARIKH AGIHAN |
|---|---|
| RM200 | 09/01/2026 (Jumaat) |
| RM200 | 01/02/2026 (Ahad) |
| RM200 | 01/03/2026 (Ahad) |
| RM200 | 01/04/2026 (Rabu) |
| RM200 | 01/05/2026 (Jumaat) |
| RM200 | 01/06/2026 (Isnin) |
| RM200 | 01/07/2026 (Rabu) |
| RM200 | 01/08/2026 (Sabtu) |
| RM200 | 01/09/2026 (Selasa) |
| RM200 | 01/10/2026 (Khamis) |
| RM200 | 01/11/2026 (Ahad) |
| RM200 | 01/12/2026 (Selasa) |
SYARAT LAYAK BANTUAN EKASIH RM200 SEBULAN
Kelayakan penerima Bantuan eKasih RM200 sebulan adalah dipilih berdasarkan syarat-syarat yang dipenuhi seperti yang ditetapkan berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN PENERIMA |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Had Umur | Tiada had umur |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) Semasa |
| Status Perkahwinan | Berkahwin atau Balu / Duda / Janda (ada anak) |
| Pendaftaran eKasih | Berdaftar & tersenarai dalam rekod data eKasih |
| Permohonan STR | Lulus |
SEMAKAN STATUS KELULUSAN BANTUAN EKASIH RM200 SEBULAN
Rujuk panduan lengkap cara semak status kelulusan pendaftaran Bantuan eKasih seperti berikut :
- Layari laman web rasmi eKasih di pautan ini :
https://ekasih.icu.gov.my/ekasih/Semakan/Pages/CarianAwam.aspx. - Pada halaman tersebut, klik butang [eKasih Semakan Pendaftaran].
- Masukkan nombor Kad Pengenalan (contoh : 850230112345).
- Masukkan Kod Kaptcha mengikut imej yang disediakan.
- Klik pula pada butang [Klik Untuk Carian].
- Status pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
Setelah itu, anda boleh mengetahui status sama ada layak atau tidak terima bayaran Bantuan RM200 sebulan melalui semakan seperti di bawah :
- Layari laman web rasmi SARA di pautan ini : https://www.sara.gov.my/.
- Seterusnya, klik terus pada butang [Semak Kelayakan].
- Masukkan nombor Kad Pengenalan (contoh : 850220112345).
- Tandakan pada kotak [Verify you are human].
- Klik pula pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
Berikut merupakan contoh status penerima yang layak terima Bantuan RM200 sebulan :
| Nama Program | SARA Bulanan 2026 |
| Status | Layak |
| Tarikh Program Bermula | 09/01/2026 |
| Tarikh Program Berakhir | 31/12/2026 |
| Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM) | 200.00 |
RUJUKAN LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA eKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian SARA MOF : 03 7720 1800
- Talian eKasih :03 8000 8000
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.
Mysara