MYKASIH ONLINE 2026 : CHECK STATUS LAYAK ATAU TIDAK UNTUK TERIMA BANTUAN SARA DALAM MYKAD SETIAP BULAN RM50, RM100 & RM200
Terkini, Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) telah mula dikreditkan dalam MyKad ketua isi rumah, warga emas dan bujang dengan kadar sebanyak RM50, RM100, RM150 dan RM200. Oleh itu, status kelayakan boleh mula disemak melalui MyKasih untuk tahu layak atau tidak.
Bagaimanakah check status MyKasih online? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
KADAR BANTUAN SARA MYKASIH 2026
Bantuan SARA MyKasih untuk tahun 2026 akan dikreditkan dengan kadar bermula RM50 hingga RM200 setiap bulan mengikut kepada kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :
| KATEGORI & KELAYAKAN PENERIMA | KADAR BANTUAN SARA SETIAP BULAN | KADAR BANTUAN SARA SETAHUN |
|---|---|---|
| Isi Rumah Status Miskin & Miskin Tegar | RM200 | RM2,400 |
| Isi Rumah Status Asas Bukan Miskin | RM100 | RM1,200 |
| Warga Emas Status Miskin & Miskin Tegar | RM150 | RM1,800 |
| Warga Emas Status Asas Bukan Miskin | RM50 | RM600 |
| Bujang Status Miskin & Miskin Tegar | RM100 | RM1,200 |
| Bujang Status Asas Bukan Miskin | RM50 | RM600 |
TARIKH KREDIT BANTUAN SARA MYKASIH 2026
Pengkreditan Bantuan SARA MyKasih dilaksanakan secara ansur setiap bulan dan bulan pertama telah mula dilaksanakan pada tarikh seperti berikut :
| KREDIT MYKAD ISI RUMAH & WARGA EMAS | KREDIT MYKAD BUJANG |
|---|---|
| 09 Januari 2026 | 16 Januari 2026 |
| 01 Februari 2026 | 01 Februari 2026 |
| 01 Mac 2026 | 01 Mac 2026 |
| 01 April 2026 | 01 April 2026 |
| 01 Mei 2026 | 01 Mei 2026 |
| 01 Jun 2026 | 01 Jun 2026 |
| 01 Julai 2026 | 01 Julai 2026 |
| 01 Ogos 2026 | 01 Ogos 2026 |
| 01 September 2026 | 01 September 2026 |
| 01 Oktober 2026 | 01 Oktober 2026 |
| 01 November 2026 | 01 November 2026 |
| 01 Disember 2026 | 01 Disember 2026 |
PLATFORM CHECK STATUS MYKASIH ONLINE
Rakyat Malaysia boleh check status kelayakan sebagai penerima Bantuan SARA MyKasih secara online melalui dua (2) platform yang disediakan seperti berikut :
| PLATFORM | LINK |
|---|---|
| Aplikasi Mudah Alih MyKasih | https://mykasih.com.my/mykasih-app/ |
| Portal Rasmi MyKasih | https://mykasih.com.my/ |
CARA CHECK STATUS MYKASIH ONLINE 2026
Rujuk mana-mana cara check status MyKasih yang memudahkan anda seperti berikut :
- Check Status Melalui Aplikasi MyKasih :
- Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
- Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
- Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
- [SARA Untuk Semua RM100One-Off]
- [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100One-Off]
- Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100One-off].
- Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
- Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
- Check Status Melalui Portal Rasmi MyKasih :
- Layari Portal Rasmi MyKasih yang dipaparkan di atas.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
- Selesai.
SENARAI BARANG BOLEH BELI GUNA MYKASIH
Setelah disahkan layak, Bantuan SARA MyKasih dikreditkan dalam MyKad dan boleh terus digunakan untuk beli barang keperluan asas. Berikut antara senarai barang yang boleh dibeli :
| KATEGORI BARANG | JENAMA DILULUSKAN |
|---|---|
| Beras | Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya. |
| Roti | Gardenia / Massimo / Mighty White dan sebagainya. |
| Telur | Nutriplus / QL eggs / CP dan sebagainya. |
| Minyak Masak | Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit dan sebagainya. |
| Tepung | Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey dan sebagainya. |
| Biskut | Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng dan sebagainya. |
| Mi Segera | Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap dan sebagainya. |
| Minuman | Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf dan sebagainya. |
| Makanan Dalam Tin | Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup dan sebagainya. |
| Bahan Perasa | Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta dan sebagainya. |
| Produk Penjagaan Diri | Colgate / Dettol / Kotex dan sebagainya. |
| Ubat-ubatan | Prospan / Hurix’s / Panadol / Sterimar / Difflam dan sebagainya. |
| Barang Persekolahan | Bata / Canggih / Stabilo / Faber-Castell / Staedtler dan sebagainya. |
| Produk Kebersihan Rumah | Top / Daia / Sunlight dan sebagainya. |
INFO LANJUT MYKASIH
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.