SEMAK KELAYAKAN SKAS 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK RM950, RM500 & RM300
Bantuan SKAS atau rasminya diperkenalkan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak yang diperuntukan sebanyak RM640 juta khas kepada warga Sarawak yang dibayar sebanyak RM950, RM500 dan RM300 (tertakluk kelayakan penerima).
Bagaimanakah cara semak kelayakan SKAS? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
MANFAAT SKAS 2026
Berikut merupakan manfaat-manfaat Bantuan SKAS :
- Penerimaan secara tanpa tunai (cashless);
- Pembayaran setiap 4 bulan sekali (3 kali bayaran setahun);
- Boleh dibelanjakan oleh penerima untuk membeli barangan makanan asas harian di pasar raya dan kedai runcit yang berdaftar;
- Contoh : Makan asas : beras, tepung, minyak masak.
SYARAT KELAYAKAN SKAS 2026
Berikut merupakan syarat-syarat kelayakan penerima Bantuan SKAS :
- Syarat Umum :
- Warganegara Malaysia dengan Kad Pengenalan berstatus âKâ.
- Beralamat dan menetap di Sarawak.
- Maklumat penerima berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4.
- Syarat Penerima :
- Isi Rumah :
- Berkahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa).
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Tiada had umur.
- Warga Emas :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak.
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah.
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
- Bujang :
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan.
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah.
- Had umur 21-59 tahun.
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas.
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
- Isi Rumah :
KADAR KREDIT SKAS 2026
Kadar Bantuan SKAS akan dikreditkan mengikut kategori penerima seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | KADAR KREDIT SKAS |
|---|---|
| Isi Rumah | RM950 (RM316 setiap fasa) |
| Warga Emas | RM500 (RM166 setiap fasa) |
| Bujang | RM300 (RM100 setiap fasa) |
CARA TERIMA BANTUAN SKAS 2026
Bantuan SKAS akan diterima oleh penerima yang layak melalui cara seperti berikut :
| CARA TERIMA BANTUAN | PLATFORM |
|---|---|
| Baucar Digital | Aplikasi S Pay Global |
SEMAK KELAYAKAN SKAS 2026
Rujuk panduan lengkap cara semak kelayakan sebagai penerima Bantuan SKAS seperti berikut :
- Layari laman web rasmi di sini : https://sarawak.gov.my/.
- Klik [Semak Kelayakan]
- Sila pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah.
- Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda
- Seterusnya, klik butang [Teruskan].
- Klik pada [Akaun Individu]
- Masukkan nombor MyKad anda.
- Kemudian, klik [Carian].
- Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).
- Sekiranya layak, sila kemaskini maklumat S Pay Global anda.
- Selesai.
MAKLUMAT LANJUT SKAS
Untuk maklumat lebih lanjut berkaitan Bantuan Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh buat rujukan melalui pihak berwajib melalui berikut :
- Pusat Talikhidmat SKAS : 08 2555999
- E-Mel Rasmi SKAS : [email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://premierdept.sarawak.gov.my/web/subpage/news_view/11348/UKAS.