BANTUAN MYKASIH RM200 SEBULAN : AKAN DIKREDIT MASUK KEPADA PEMOHON YANG LULUS SYARAT KELAYAKAN YANG TELAH DITETAPKAN (SEMAK STATUS SEKARANG)
Sebulan sekali Bantuan MyKasih akan dikreditkan kepada seramai hampir 400,000 individu yang layak dengan kadar sebanyak RM200 setiap bulan. Dengan Bantuan MyKasih, penerima boleh membeli barang keperluan asas seperti barang dapur, produk penjagaan diri, barang keperluan bayi, ubat-ubatan, barang sekolah dan sebagainya.
Bagaimanakah semak status penerima Bantuan MyKasih RM200 sebulan? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.
MANFAAT BANTUAN MYKASIH
Terdapat pelbagai manfaat Bantuan MyKasih, antaranya ialah :
| BIL. | MANFAAT BANTUAN MYKASIH |
|---|---|
| 1. | Dikreditkan secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan |
| 2. | Terdapat lebih 100,000 jenis barang keperluan asas yang boleh dibeli guna Bantuan MyKasih |
| 3. | Baki yang ada dalam Kad Pengenalan akan dibawa ke bulan berikutnya sehingga jumlah terkumpul RM2,400 |
| 4. | Boleh buat pembelian guna Kad Pengenalan di lebih 10,000 ribu premis terpilih seluruh Malaysia |
TEMPOH GUNA BANTUAN MYKASIH RM200 SEBULAN
Apabila Bantuan MyKasih dikreditkan dalam Kad Pengenalan, penerima boleh menggunakannya pada bila-bila masa selama tempoh yang ditetapkan seperti berikut :
| TARIKH KREDIT MASUK | TEMPOH SAH GUNA | TARIKH AKHIR GUNA |
|---|---|---|
| 9 Januari 2026 1 Februari 2026 1 Mac 2026 1 April 2026 1 Mei 2026 1 Jun 2026 1 Julai 2026 1 Ogos 2026 1 September 2026 1 Oktober 2026 1 November 2026 1 Disember 2026 | 12 Bulan | 31 Disember 2026 |
SIAPA LAYAK TERIMA BANTUAN MYKASIH RM200 SEBULAN
Mereka yang layak menerima Bantuan MyKasih sebanyak RM200 sebulan adalah dipilih berdasarkan syarat kelayakan seperti berikut :
| SYARAT | KELAYAKAN |
|---|---|
| Warganegara | Malaysia |
| Status Perkahwinan | Berkahwin (ada / tiada anak) atau Balu / duda / janda (ada anak) |
| Kadar Pendapatan | Bawah Garis Kemiskinan (PGK) semasa |
| Rekod Data eKasih | Tersenarai dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) |
| Permohonan STR | Lulus sebagai penerima Isi Rumah |
CARA SEMAK STATUS BANTUAN MYKASIH
Untuk tahu sama ada anda layak atau tidak terima Bantuan MyKasih, ikuti cara semak seperti berikut :
- Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
- Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
- Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH GUNA BANTUAN MYKASIH
Jika anda berstatus ‘Layak’ Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk langkah-langkah guna yang mudah seperti berikut :
| LANGKAH | KAEDAH GUNA BANTUAN MYKASIH |
|---|---|
| 1. | Kunjungi premis yang berdaftar MyKasih |
| 2. | Pilih barang keperluan yang ingin dibeli (pastikan mempunyai label MyKasih pada rak tanda harga) |
| 3. | Pergi ke kaunter yang mempunyai sistem bayaran MyKasih |
| 4. | Berikan Kad Pengenalan kepada juruwang yang bertugas untuk pengesahan penerima dan baki |
| 5. | Juruwang akan imbas setiap barang keperluan diambil |
| 6. | Bayaran akan disahkan menggunakan Bantuan MyKasih dalam Kad Pengenalan |
| 7. | Resit dan Kad Pengenalan akan dikembalikan |
INFO LANJUT
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]
PENAFIAN
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.