MYKASIH 2026 100 SEBULAN : PEMOHON YANG BERSTATUS LULUS BAKAL TERIMA BAYARAN DUIT BANTUAN DALAM MYKAD SETIAP BULAN (SEMAK STATUS SEGERA)

MYKASIH 2026 100 SEBULAN : PEMOHON YANG BERSTATUS LULUS BAKAL TERIMA BAYARAN DUIT BANTUAN DALAM MYKAD SETIAP BULAN (SEMAK STATUS SEGERA)

Sebulan sekali bermual Januari hingga Disember, Bantuan MyKasih akan dikreditkan kepada pemohon yang berstatus lulus melalui MyKad (Kad Pengenalan) dan boleh terus digunakan untuk beli barang keperluan asas di lebih 10,000 ribu premis terpilih seluruh Malaysia.

Bagaimanakah semak status pemohon lulus Bantuan MyKasih 100 sebulan dalam MyKad? Rujuk info lanjut di bawah.

BACA JUGA : BAYARAN DUIT STR FASA 1 2026 MENGIKUT BANK : TARIKH MASUK & SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN TUNAI HASIL

KADAR BANTUAN MYKASIH 2026

Bukan semua penerima akan terima Bantuan MyKasih dengan kadar yang sama iaitu sebanyak RM100 sebulan. Namun ianya akan diberikan dengan kadar yang berbeza mengikut kategori dan kelayakan penerima seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
Isi Rumah MiskinRM200 sebulan
Isi Rumah AsasRM100 sebulan
Warga Emas MiskinRM150 sebulan
Warga Emas AsasRM50 sebulan
Bujang MiskinRM100 sebulan
Bujang AsasRM50 sebulan

KELAYAKAN PENERIMA MYKASIH 100 SEBULAN

Hanya dua (2) sahaja kategori yang layak menerima Bantuan MyKasih sebanyak RM100 sebulan, iaitu kategori isi rumah dan juga bujang yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :

  • Syarat Kelayakan Penerima RM100 (Isi Rumah) :
SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Had UmurTiada had umur
Status PerkahwinanBerkahwin (ada / tiada anak)
atau
Balu / duda / janda (ada anak)
Kadar PendapatanBawah RM2,500 atau tidak
lebih RM5,000 sebulan
EKasihTidak tersenarai dalam
rekod data eKasih
Permohonan STRLulus
  • Syarat Kelayakan Penerima RM100 (Bujang) :
SYARATKELAYAKAN
WarganegaraMalaysia
Had Umur21 hingga 59 tahun
Status PerkahwinanBujang
atau
Balu / duda / janda (tiada anak)
Kadar PendapatanBawah Garis Kemiskinan (PGK)
semasa
EKasihTersenarai dalam
rekod data eKasih
Permohonan STRLulus

TARIKH KREDIT MYKASIH 100 SEBULAN

Setiap bulan Bantuan MyKasih akan dikreditkan ke dalam MyKad penerima yang layak mengikut tarikh-tarikh yang dijadualkan seperti berikut :

JUMLAH BANTUANTARIKH KREDIT
RM1009/1/2026 (Isi Rumah)
16/1/2026 (Bujang)
RM1001/2/2026 (Semua)
RM1001/3/2026 (Semua)
RM1001/4/2026 (Semua)
RM1001/5/2026 (Semua)
RM1001/6/2026 (Semua)
RM1001/7/2026 (Semua)
RM1001/8/2026 (Semua)
RM1001/9/2026 (Semua)
RM1001/10/2026 (Semua)
RM1001/11/2026 (Semua)
RM1001/12/2026 (Semua)

SEMAK STATUS MYKASIH 2026 100 SEBULAN

Terdapat dua (2) platform semakan MyKasih online yang disediakan oleh Kerajaan untuk mudahkan rakyat mengetahui status kelayakan sebagai penerima. Semakan boleh dilakukan melalui :

  • Portal Rasmi MyKasih; dan
  • Aplikasi MyKasih.

Berikut merupakan dua (2) cara semak status melalui Portal Rasmi MyKasih dan melalui Aplikasi MyKasih :

  • Cara Semak Status Melalui Portal Rasmi MyKasih :
    1. Sila klik pada pautan portal rasmi MyKasih di sini : https://mykasih.com.my/.
    2. Halaman utama Portal Rasmi MyKasih akan dipaparkan.
    3. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
    4. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
    5. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
    6. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
    7. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
    8. Selesai.
  • Cara Semak Status Melalui Aplikasi MyKasih :
    1. Muat turun aplikasi MyKasih melalui Appstore / Google Play / Huawei App Gallery.
    2. Setelah berjaya muat turun, buka aplikasi MyKasih.
    3. Paparan pertama (1) adalah pilihan menu :
      • [SARA Untuk Semua RM100One-Off]
      • [SARA Bulanan & SARA Untuk Semua RM100One-Off]
    4. Klik pada menu [SARA Bulanan & SARA untuk Semua RM100One-off].
    5. Pengenalan SARA akan dipaparkan, klik [TERUSKAN].
    6. Klik pada butang merah [SEMAK KELAYAKAN].
    7. Masukkan Nombor MyKad* tanpa – (contoh : 700129101234).
    8. Tandakan pada kotak [/] Verify you are human.
    9. Klik pada butang [Semakan Status].
    10. Status kelayakan penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
    11. Selesai.

INFO LANJUT MYKASIH

Informasi yang kami kongsikan ini adalah dirujuk daripada Portal Rasmi MyKasih. Untuk dapatkan info yang lebih lanjut berkaitan Bantuan SARA MyKasih, sila rujuk pihak berwajib seperti berikut :

PENAFIAN

Pihak kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pembaca dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang kami kongsikan dalam artikel ini.

Tujuan penulisan artikel ini adalah untuk berkongsi informasi yang terkini yang dirujuk daripada maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru berkaitan Bantuan SARA MyKasih.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment