CHECK SARA BULANAN 2026 : SEMAKAN STATUS LULUS ATAU TIDAK LAYAK TERIMA BANTUAN DI DALAM MYKAD BEJUMLAH RM200, RM100 & RM50

CHECK SARA BULANAN 2026 : SEMAKAN STATUS LULUS ATAU TIDAK LAYAK TERIMA BANTUAN DI DALAM MYKAD BERJUMLAH RM200, RM100 & RM50

Bayaran Bantuan SARA Bulanan yang pertama telah dikreditkan ke dalam MyKad (Kad Pengenalan) 5 juta penerima yang merupakan isi rumah dan warga emas. Diikuti dengan 3.1 juta individu bujang yang akan terima bayaran pada 16 Januari 2026, Jumaat ini.

Bagaimanakah cara check status SARA Bulanan 2026? Ikuti panduan lengkap dan penjelasan lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : EKASIH 2026 RM200 SEBULAN : CHECK STATUS KELAYAKAN PEMOHON YANG LAYAK

PENGENALAN SARA BULANAN

SARA Bulanan (Sumbangan Asas Rahmah) adalah sebuah program bantua tambahan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah yang diberikan secara bersasar kepada rakyat paling terkesan dengan kos sara hidup yang tinggi.

Program SARA Bulanan ini bertujuan untuk meningkatkan taraf ekonomi kerana penerima yang layak boleh membeli barang keperluan asas meliputi lebih 100,000 ribu barangan di lebih 10,000 kedai terpilih seluruh Malaysia.

KADAR BANTUAN SARA BULANAN 2026

Bantuan SARA Bulanan akan diberikan dengan kadar mengikut kepada kategori penerima yang bermula sebanyak RM50 hingga RM200 setiap bulan seperti berikut :

KATEGORI PENERIMAKADAR BANTUAN
Isi Rumah
Miskin & Miskin Tegar
RM200 setiap bulan
(RM2,400 setahun)
Warga Emas
Miskin & Miskin Tegar
RM150 setiap bulan
(RM1,800 setahun)
Bujang
Miskin & Miskin Tegar
RM100 setiap bulan
(RM1,200 setahun)
Isi Rumah
Asas Bukan Miskin
RM100 setiap bulan
(RM1,200 setahun)
Warga Emas
Asas Bukan Miskin
RM50 setiap bulan
(RM600 setahun)
Bujang
Asas Bukan Miskin
RM50 setiap bulan
(RM600 setahun)
*Nota : Baki yang tidak habis digunakan atau tidak digunakan setiap bulan akan dibawa ke bulan-bulan berikutnya sehingga jumlah terkumpul setahun.

TARIKH BAYARAN SARA BULANAN 2026

KATEGORI
PENERIMA
TARIKH BAYARAN
Isi Rumah &
Warga Emas
09.01.2026 (Jumaat)
01.02.2026 (Ahad)
01.03.2026 (Ahad)
01.04.2026 (Rabu)
01.05.2026 (Jumaat)
01.06.2026 (Isnin)
01.07.2026 (Rabu)
01.08.2026 (Sabtu)
01.09.2026 (Selasa)
01.10.2026 (Khamis)
01.11.2026 (Ahad)
01.12.2026 (Selasa)
Bujang16.01.2026 (Jumaat)
01.02.2026 (Ahad)
01.03.2026 (Ahad)
01.04.2026 (Rabu)
01.05.2026 (Jumaat)
01.06.2026 (Isnin)
01.07.2026 (Rabu)
01.08.2026 (Sabtu)
01.09.2026 (Selasa)
01.10.2026 (Khamis)
01.11.2026 (Ahad)
01.12.2026 (Selasa)
*Nota : Bantuan SARA yang dikreditkan pada tarikh di atas akan tamat tempoh pada 31.12.2026 (Khamis).

CHECK STATUS SARA BULANAN 2026

Status kelayakan sebagai penerima SARA Bulanan boleh di check secara online melalui laman web rasmi yang tertera di bawah :

  1. Sila layari laman web rasmi SARA di sini : https://www.sara.gov.my/.
  2. Halaman utama SARA akan dipaparkan.
  3. Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Bahagian semakan akan dipaparkan.
  5. Masukkan Nombor MyKad* pada ruang yang disediakan.
    • *Ikuti format tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
  6. Tandakan pada kotak [Verify you are human].
  7. Klik pada butang [Semakan Status].
  8. Status penerima SARA Bulanan akan dipaparkan.
  9. Selesai.

**Contoh paparan status penerima SARA Bulanan yang layak :

Nama ProgramSARA Bulanan 2026
StatusLayak
Tarikh Program Bermula09/01/2026
Tarikh Program Berakhir31/12/2026
Baki Terkumpul Setakat Hari Ini (RM)100.00

MAKLUMAT LANJUT SARA

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan SARA MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

PENAFIAN

Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.

Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di : https://www.sara.gov.my/.

Leave a Comment